PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Friday, September 27, 2013

Masih Setia Berbakti


Assalamualaikum

Yeay dah hari Jumaat. Cuaca pagi ni mendung sahaja. Yela dah berapa hari tak hujan. Dah tengok cerita I LOVE YOU MR ARROGANT? Haha lawak mcm dalam novel dia jugak. Ingat nak baca balik novel tapi cam malas pulak.


Haha benda pa ni? Orang penang kata kukuq nyioq.. Korang pakai benda alah ni lagi x? Kat umah syeeda masih guna kukuq nyioq ni, tradisional gitu kan. Berapa tahun lepas, masa nak buat ketupat untuk hari raya, kami gilir-gilir kukuq nyioq yela buat banyak ketupatnya. Sampai berpeluh-peluh. Nak guna mesin semua pakat takut, sebab tu tak beli mesin kukur nyioq pun. Tapi sekarang setakat sebiji nyioq tu boleh la nak kukuq pakai ni, kalau 4 5 bijik tak terlarat dah. Lenguh satu hal, berpeluh lagi. Haha

Rasanya pengukuq ni sesuai la untuk senaman. Hii Semua otot2 bekerja ooo.. Tapi bab nak kukuq nyioq ni la part paling malas..haha nak tunggu pinggan tu penuh dengan nyioq nak dekat setengah jam jugak bagi yg masih tak pakar. Tapi kena hati-hati jugak takut kena tangan.

Apa lagi barang tradisional yg ada. Jom share sini.

Thursday, September 26, 2013

Bila Dia Buat Perangai


Assalamualaikum

Uit dah tengahari ka.. nasik tak masak lagi oii. Haha nak masak menda kat opis ni, dah waktu rehat pun. So berangan-angan jela nak makan sodap-sodap, kena diet sikit badan dah kembang.

Disaat Syeeda menaip entry ni, internet slow mlow nya. Nak wat kerja online memang tak boleh la tadi. Ni pun nasib baik dapat jugak menyelit masuk dalam blog jugak. Pasaipa internet ni buat perangai tak tau la pulak. Kalau aritu memang tak leh connect terus sebab da orang curi kabel. Aduhai wtpa la curi dik oi, sian la kat orang sama. Paling terjejas mestilah pejabat pos. Pejabat syeeda sederet dengan pejabat pos ja, jadi banyak perkhidmatan online diorang terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Kesian pelanggan jugak.

Takpe lah sekali sekala dia nak buat perangai. Bukan selalu pun. Dia tak ada perasaan pun, yang penting kita ni yang kena sabar bila berhadapan dengan internet slow ni..hii Jangan cepat naik angin pulak. 

Wednesday, September 25, 2013

Apa Maksudnya?


Assalamualaikum

Pagi ni mula isi online untuk penyeteman surat cara di laman web LHDN. Ini untuk satu loan bank oleh seorang klien. Biasalah budak ni baru belajar kan..huhu merangkak-rangkak juga nak isi online form ni..

Semua dah isi ok, send. Tapi satu ja yang sampai sekarang tak tahu maksudnya, apa itu PRINSIPAL dan SUBSIDIARI erk? Sebab dalam online form tadi ada suruh nyatakan dua benda alah ni, saya tak tahu pulak nasiblah bos dah bagi guideline kelmarin, saya cuma isi ja.

Boleh tak terangkan sat apa tu PRINSIPAL dan SUBSIDIARI
(*_^) serius masih blur dengan dua perkataan ni..huhu


Tuesday, September 24, 2013

Makanan/Minuman Tambahan


Assalamualaikum

Sejak muka membengkak gara-gara produk tak sesuai dengan kulit ritu, saya serik nak try produk baru. Sekarang pun kulit masih dalam proses penyembuhan dan hanya bergantung pada ubat doktor bagi tempoh hari, muka pun xbercuci sebab takut bagi kesan buruk pulak. Aduhai dah trauma dibuatnya. Nasib xlekat parut.

Sekarang ni bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan produk makanan/minuman tambahan semakin popular di mana-mana saja. Memang saya dah terpaut dengan 1 produk ni, tapi itu la takut sejarah lama berulang kembali..hii 


Saya berminat bukan sekadar nak cantikkan kulit. Tapi matlamat utama nak sihatkan tubuh badan ni. Korang ada guna apa2 produk tak? JOM SHARE SINI.. 


Monday, September 23, 2013

Memang Saya SOMBONG


Assalamualaikum

Kelmarin ada la seorang hamba Allah ni mesej saya dekat fb katanya nak buat soal selidik online untuk thesisnya. Berkenaan dengan Deodorant punca kanser payudara katanya. Saya tanya lagi dia cakap dia budak farmasi. Ok la.. disebabkan saya pun pernah buat kerja-kerja soal selidik ni masa belajar dulu, jadi saya setuju.Student perempuan kalau lelaki memang xla, lagipula dia seuniversiti saya dulu kalau xsalah..

Dari satu soalan ke satu soalan, semua ok. Lastly dia mintak sample. Saya pelik, sampel apa budak ni nak. Saya tanya dia, dia kata nak sampel gambar deodarant dan ketiak. Uishh dik oii, kalau gambar deodarant akak boleh kasi, tapi kalau sampai gambar ketiak pun ndak, maap la dia. Dia merayu, tapi saya tetap tak nak. Kang sound t, kecik aty pulak kan.. Dia cakap identiti dirahsiakan dan just utk perempuan. Ok saya fikir mungkin diaorang kena present dalam lecture hall maybe.. Tapi saya tetap xnak. Biarlah dia kata saya tak sporting pun.. Itu hak saya. Ok dia diam, tak balas mesej.

Malam tadi, dia mesej cakap 'SOMBONG'. Mak ai, tadi petang bukan main protokol mesejnya dengan sopan santun, sekarang boleh pulak dia cop kita sombong. Saya pun balas dengan ayat-ayat nasihat, xnak cari gaduh tumpang mood saya baik malam tadi. Aurat kena jaga jugak..


p/s : Maaf buat si adik soal selidik tu yaa


Thursday, September 19, 2013

Drama Adaptasi Novel : LOVE YOU MR ARROGANT

Assalamualaikum

Novel febret ku bakal kuar sebagai drama kat tv. Waa syioknya. Serius tak bosan walaupun ulang 2 3 kali baca novel ni.. 


SINOPSIS DARI KARYA SENI :

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."
"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

BARISAN PELAKON:
Azlee Khairy, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Norish Karman

Slot: AKASIA 

Tunggu dan jangan lupa menonton. Jom terjah penulis novel ni, ALIESHA KIRANA.

Kembali Bekerja


Assalamualaikum

Kelmarin dapat mc doktor sebab alegik dekat muka seperti dalam entry SINI. Siap keluar air bisa dia , rasa nak garu ja tapi kang berparut pulak muka ni. Nak letak pic kat sini t tak lalu nak makan pulak korang..hii

Kelmarin g klinik kulit, mulanya doktor suggest nak inject. Woo xmau xmau. So dia bagi ubat dan krim sapu ja. Total semua RM 130. Padanlah muka ku, nak try produk kecantikan yg harga RM 5.00 dah kena rawat muka dengan harga berlipat kali ganda. 

Hari ni, air bisa dah tak ada dan muka dah tak bengkak. Cepat juga kesan ubat ni kan. Dah kena kerja ari ni.. Apa pun ni pengajaran buat syeeda agar lebih berhati-hati dalam nak pilih produk kecantikan yang sesuai dengan kulit.

p/s : Nak cuti lagi.. 

Tuesday, September 17, 2013

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata


Assalamualaikum

Setelah tersalah guna produk kecantikan untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata, Syeeda nak apply balik petua tradisional. Biar lambat kesannya asalkan kulit sihat secara semulajadi. Kena berdisiplin ok. Tapi kalau nak guna produk kecantikan juga kena pilih yang betul-betul sesuai dan mendapat kelulusan ok

HilangkanHitamBawahMata

PETUA 1 :
Perah buah lemon ke dalam cawan dan campur dengan sedikit air suam. Ambil kain bersih, celupkan di dalam campuran tadi dan sapulah di sekitar bawah mata yang hitam tersebut. Seeloknya lakukan dua kali sehari.

PETUA 2 :
Sapu air sejuk dari peti ais di bawah kelopak mata setiap hari selepas bangun dari tidur.

PETUA 3 :
Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

PETUA 4 :
Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

PETUA 5 :
Minum air kosong secukupnya. Ini paling penting ok.

PETUA 6 :
Petua paling popular, tempek hirisan timun dan letakkan pada mata.

PETUA 7 : 
Celup kapas kedalam susu dan sapukan pada bahagian mata.Biar selama 20-35 minit, kemudian bilas dengan air putih.

PETUA 8 :
Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

Setakat tu dulu perkongsian Syeeda. Jangan lupa amalkan ok. Jangan lupa baca bismillah dan selawat dulu.

p/s : bengkak mata dah surut sikit.



Monday, September 16, 2013

Apabila Tersalah Guna Produk


Assalamualaikum

Selamat Hari Malaysia. Baru ada kesempatan nak ucap. Bukannya sibuk pun tapi dek kerana kesakitan yg dihadapi ini..huahua sakit woo, berdenyut-denyut..

Alkisahnya gi supermarket teringin nak try produk untuk hilangkan 'mata panda' ku ni.. entah kenapa terasa nak try sangat sebab sebelum ni ada 2 3 kali guba petua tradisional ja.. balik rumah sebelum tidur pakai la benda alah tu kat bawah mata.. dalam 30 minit juga, pastu cuci dan tidor.

Bangun pagi tadi dah rasa lain macam. Belek punya belek tudia bawah mata bengkak, siap merah dan pedih lagi..Nah ni dia kesan produk tu.. ambik kau.. muka yang dah ok jadi ko.. tempek bedak sejuk dengan timun dah.. esok tak taw cmna rupa.. pedih dan mula rasa gatal. Ish salah beli produk dah.. Tu lah padanya bila semua nak try..huhu

Lepas ni guna petua tradisional jela. Biar lambat kesan dia tapi kulit sihat secara semulajadi..

p/s : Esok kerja, pandai-pandailah cover. Cakap ja kena tumbuk..huhu


Friday, September 13, 2013

Waspada Itu Perlu


Assalamualaikum


Sebelum berbicara, bait-bait ayat yang bakal keluar dari mulut perlu ditapis dan ditafsir dahulu.
Andai terlepas cakap, takut mengguris hati dan perasaan orang lain.
Mungkin percakapan kita tanda disedari mampu mengguris perasaan orang lain. 

Waspada itu perlu dalam berbicara.

Andai takut mengguris perasaan orang lain, diam lebih baik. Diam bukan bererti sombong, tetapi sebagai langkah agar tidak keluar percakapan yang mampu mengguris perasaan orang lain.


Manis bicara indah tutur kata
Tak seindah rupa pengertiannya
Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba
Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian
Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Kata ibarat pedang
Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita

Kata madah pujangga
Bisa menjadi pedoman manusia
Jagalah bahasa kata kita
Jangan disalah guna

Yang merah itu saga
Yang kurik itu kendi
Yang indah itu bahasa
Yang cantik budi pekerti

Terkadang aku mentaksir manusia
Kurniaan Tuhan telah banyak dikhianati
Mencerca, menghina, dustanya bicara
Menyusun nista dengan kata-kata

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata buruk padahnya
Terlajak perahu masih boleh diundur lagi
Terlajak kata hilang percaya
Hilang percaya... 

"Bicara Kata"-Nyanyian : In-Team 

Jagalah bicara kita dengan orang lain. 


Tuesday, September 10, 2013

Kaki Novel September 2013


Assalamualaikum

BIS_2
BUKAN ISTERI SEMPURNA
Karya : Tulip Ungu
Sinopsis : KLIK SINI


mxl_2
MISS XL
Karya : Rina Farizq
Sinopsis : KLIK SINI


Kuli Rumah Untuk Dia
KULI RUMAH UNTUK DIA
Karya : Aireen Aryana
Sinopsis : KLIK SINI


Awek Skuter
AWEK SKUTER
Karya : Ilya Abbullah

SUMBER : KAKI NOVEL


Thursday, September 5, 2013

Review tempahan Softly Shop


RM 60 * PM HERE
CK 10154 ~ Long Sleeve Chiffon Jubah 
Color Available: Pink/Light Blue/Blue
Measurement: Length: 140cm Bust: 80-92cm Waist: 60-90cm Shoulder: 38cm Sleeve: 59cm
Material : Chiffon With Full Inner Lining

POSTAGE : RM 7







HARGA ASAL RM 85
HARGA PROMOTION RM 80 sahaja


POSTAGE RM7(SM) / RM10 (SS)





Harga asal RM 98
Harga Promotion RM 95 *save rm3 

 
 APA2 TEMPAHAN BUAT DISINI 

SOFTLY SHOP DRESS GIVEAWAY


Assalamualaikum

syeeda join

TEKAN BANNER


cun kan dress ni. Jadi tunggu apa lagi, jom join cepat
dengan klik banner kat atas tu ok.

Tuesday, September 3, 2013

Hujan Oh Hujan


Assalamualaikum


Bila takde kerja nak buat, barulah tercari-cari blog kesayangan hamba ni. Barulah gatai tangan nak menaip. Hujan lah pulak, lebat teramat lebat dengan guruh pulak. Camna nak kelik ni, aku bukannya naik keta sekadar motor kapcai ja pun..huhu Memang ada baju hujan tersedia tapi tak sanggup aih nak mandi ayaq hujan dah.

Tak pe sabar itu kan separuh daripada iman. Tunggu jela sampai hujan sereyat. Sampai malam pun sampai malam la. Nak buat camna. Tunggu dan berdoalah moga hujan cepat reda. 15 minit jugak kalau nak redah hujan ni.. Makan meggi jela jawabnya berbuka satgi..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...