ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Monday, May 26, 2014

Istighfar dan Positifkan Diri


ASSALAMUALAIKUM

"Hai la uncle oii.. Cakap elok-elok tak boleh ka. Kasi hilang mood saja.. Bikin gua naik hangin gini. Baru nak amalkan  amalan Mesra Pelanggan dah jadi gini ye.. Nanti cakap kasar kata tak mesra pulak. Ni cakap dengan penuh lemah lembut ditengkingnya pulak kita. Bukan salah kita pun kes hari ini terpaksa tunda ke tarikh lain..huhu"

Apabila berada dalam situasi di atas, pasti ada jugak yang akan rasa nak marah. Siapa yang suka dirinya ditengking walaupun dia sudah bercakap dengan penuh budi bahasa. Ok, kalau rasa marah, sikit-sikt cukuplah marahnya tu..hii Jangan sampai orang lain pula jadi mangsa, ataupun peralatan sekeliling akan musnah dek kerana kemarahan yang tak dapat dikawal tadi. Tapi kalau boleh, tahanlah marah tu dan istighfar banyak-banyak.


Dan positifkan diri ok. Benda yang lepas usah dikenang-kenang, tak gitu.. kecualilah kenangan yang manis-manis tu..

Jom Istighfar. 

Friday, May 23, 2014

Tazkirah : Senyum Senyumlah dan Berdoa Selalu

ASSALAMUALAIKUM

ehsan GOOGLE

Jom senyum selalu.. Senyuman  dan doa boleh jadi terapi juga taw.. Cuba senyum best tak rasa..
cuba berdoa,  tenang tak hati.. (^_*)


Thursday, May 22, 2014

PIZZA lagi...

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak makan pizza. Nak ke pizza hut jarang le perginya. Seingat syeeda sekali ja p masa jamuan form 6 dulu..hii Bila tengok sahabat blogger yang buat pizza sendiri, terasa pulak nak mencuba. Padahal memang malas nak masak-masak ni..huhu

Roti beli yang segera sudah. Memang nampak sangat malasnya kan. Takpe next time kita try buat doh homemade pulak. Topping syeeda pakai sos pasta cendawan ADABI, sosej cheese, ayam, cendawan butang, cabai benggala, bawang besar dan keju mozzarella. 

inilah hasilnya..

Dua keping pizza licin dengan berjayanya..Hiii Nanti kita buat pizza topping lain pulok ye.. 

#PrayForMH370

Tuesday, May 20, 2014

Membeli Belah di AVON

ASSALAMUALAIKUM

Cuti wesak hari tu tak ada merancang ke mana pun. Cuti satu hari saja malas nak keluar jalan-jalan. Hee. Petangnya sebelum pi melawat tok, kami pi Kompleks Dato' Kailan Kepala Batas. Dah lama tak jenjalan dekat sini ooo. Kalau sekali pi memang kena siap duit dulu.Hee rambang mata tengok baju, tudung, dan segala macam benda yang menarik la.. =)

Dah lama tak beli barang Avon, dah  setahun ke dua tahun lamanya.. nampak sangatlah kita ni ahli tak aktif..huhu Masuk kedai Avon, lama juga pilihnya. Dek kerana duit pulak tertinggal, jadi tak boleh beli banyak. 

maka inilah yang sempat dibeli..

Bedak compact 1, lipstik 3, minyak wanyi tenyeh-tenyeh tu 2.. yang eyeliner tu free sebab beli lipstik yang dalam kotak tu.. Minyak wanyi dua tu dapat la RM 4.00 murah kot sebab ada promosi. Wangi wangi.. 


Saturday, May 17, 2014

Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke 57

ASSALAMUALAIKUM

Malam ini merupakan malam penutup bagi majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan yang telah diadakan bermula Selasa lepas di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang. Seramai 30 orang peserta telahpun selesai memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran semalam. 


Dan berikut ialah senarai johan, naib johan dan tempat ketiga bagi qari dan qariah:

QARI :

1. Ahmad Tirmizi Ali (Terengganu) - 91.67%
2. Amir Rahman Abbas (Negeri Sembilan) - 90.33%
3. Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad (Wilayah Persekutuan) - 87.00%

QARIAH:

1. Hanimzah Jalaluddin (Johan Menunggu) - 88.67%
2. Nor Faizah Panut (Selangor) - 85.68%
3. Nor Azrah Ayub (Johor) -85.67%

JOHAN KESELURUHAN : Terengganu

Tahniah diucapkan kepada semua peserta. Tunggu pula Tilawah Al-Quran Antarabangsa tak lama lagi =)


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

ASSALAMUALAIKUM

Hari ni hari guru.. Yeah. Dulu masa sekolah suka sangat bila hari guru sebab tak payah masuk kelas kan..Hii Tapi bila dah tak bersekolah ni rasa rindu pulak nak masuk kelas dan belajar.huhu


Ok, di kesempatan ni Syeeda nak ucapkan Selamat Hari Guru buat mak dan ayah yang merupakan guru sejak dilahirkan lagi. Buat mak yang juga seorang guru. Buat cikgu masa kat Tadika Kemas Pdg Menora dulu. Cikgu-cikgu, ustaz, ustazah di SK Pdg Menora dan Maadul Irsyad Pdg Menora. 

Tak lupa juga cikgu-cikgu, ustaz, ustazah di SMK Dato' Onn dan SMK Datuk Hj Ahmad Badawi dan tak lupa juga buat Pensyarah-pensyarah di Universiti Utara Malaysia. 

Buat seluruh guru di Malaysia, SELAMAT HARI GURU.

"GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"



Tuesday, May 13, 2014

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-57

ASSALAMUALAIKUM

Malam ini merupakan malam acara perasmian bagi Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang Darul Makmur dirasmikan oleh Perdana Menteri.


Majlis tilawah al-Quran ini akan berlangsung sehingga 17 Mei 2014. Jemputlah beramai-ramai ke sana. Bagi yang tidak berpeluang boleh juga saksikan siaran langsung di RTM 1 sepanjang majlis tilawah ini berlangsung.

#Jomtonton


Monday, May 12, 2014

Drama Adaptasi Novel : Lembayung Kasih-Mu

ASSALAMUALAIKUM

Drama LEMBAYUNG KASIH-MU telah memulakan siarannya pada 5 Mei lalu di RTM 2. Drama adaptasi Novel 'Lembayung Kasih-Mu' karya Ummu Wafa ini merupakan sebuah novel berunsur islamik. 

ehsan alaf 21

Sinopsis dari novel :

Cinta itu anugerah yang terindah daripada ALLAH. ALLAH memberi kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Maira mengenakan syarat kepada lelaki yang ingin mencintainya. Lelaki itu hendaklah mencintai ALLAH dan Rasul terlebih dahulu sebelum menyintai dirinya. Dalam diam, Maira jatuh hati pada Fansuri. Namun dia sedar, dia hanyalah orang gaji. Untuk mengelakkan dia menjadi lebih gila dengan cinta rahsianya, Maira mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke London agar dapat melupakan Fansuri dan mencari lelaki yang sering bertandang dalam mimpinya sejak bertahun lamanya.

Fansuri kecewa setelah Maira pergi. Hatinya berkata, adakah dia terlambat untuk mengejar cintanya? Sedar akan kekurangan diri, dia bertekad mengejar cinta ALLAH dahulu sebelum mengejar cinta Maira.

Drama 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon seperti Fauziah Ghous, Shah Jaszle, Fazreen Rafi, Khatijah Tan, Syakila Khoriri, Mardiana Alwi, Dilla Ahamad, Syawal, S.Sahlan, Mimi Ernida, Azrel Ismail, Widya Irani. 



Diarahkan oleh Rosdi Md. Dali terbitan NHF Production Sdn. Bhd. Jangan lupa saksikannya bermula 5 Mei 2014 jam 9.00 malam di RTM 2.

Selamat menonton.


Tiger Biskuat NutriFruit Banana Choc

ASSALAMUALAIKUM

Selamat pagi Isnin. Kelmarin pergi hantar adik perempuan balik asrama dekat sebelah pulau. Balik tu menyinggah lagi di AeonBig Seberang Jaya. Tempat best sebab ada kedai buku Hasani dekat sini. Tempat wajib menyinggah sebelum beli barang dapur.hii


EHSAN GOOGLE

Dan beli juga biskut tiger yang baru ni. Ni bukan kanak-kanak nak makan, orang tua bangka yang teringin nak makan.Hii Sebenarnya suka makan biskut tiger ni, cicah dengan ait teh memang sedap. Dulu masa zaman duduk asrama, biskut tiger cicah air kosong pun dah sedap. 

Antara khasiat biskut tiger Banana Choc ni ialah :

"New Tiger Biskuat NutriFruit is big on nutrition with the goodness of Banana, Milk, Wheat and delicious Chocolate to fuel your child's daily adventures! Bananas are loaded with Vitamin C to help your child’s body absorb iron from food."

(sumber : SINI)

Semalam sempat rasa sekeping. Sedap, rasa pisang. Untuk kanak-kanak sangat sesuai dibawa sebagai bekal ke sekolah. Untuk yang tua ni bolehlah bawa ke tempat kerja. =)


Tuesday, May 6, 2014

Kartun Legend Zaman Kanak-Kanak

ASSALAMUALAIKUM

Tiba-tiba rindu pula dengan zaman kanak-kanak. Masalah tak ada, tak payah nak fikir macam-macam. Yang tahu makan, tidur, pergi sekolah, main, tengok tv cerita kartun. Kalau bab tengok tv, memang nombor satu la kan. Tambah-tambah kalau cerita kartun. Memang tak bergerak dari tv la jawabnya. Ni lah kartun-kartun yang Syeeda layan masa kecik dulu..Hiii

USOP SONTORIAN paling best. Cerita kehidup kat kampung Usop dengan kawan-kawan dia. 


YOKIES. Keluarga telur.Comei sangat. 


KELUANG MAN. Suka nyanyi lagu tema dia tapi ingat-ingat lupa dah..hii



ANAK-ANAK SIDEK pun layan tau. Kisah kehidupan anak-anak sidek masa diorang kecik. Macam-macam ragam.. 


Lain-lain cerita kartun/dokumentari kanak-kanak tahun 90 an tu termasuklah Dragon Ball, Sailormoon, Digimon, Cardcaptor Sakura, Pokemon, Power Rangers, Along, Di mana Joe Jambul, dan banyak lagi. Jom kongsikan.


Perginya Seorang Seniman : Datuk Aziz Sattar

ASSALAMUALAIKUM

KUALA LUMPUR 6 Mei-Seniman lagenda, Datuk Aziz Satar difahamkan meninggal dunia di Hospital Kajang pagi ini.

Beliau yang sentiasa diingati dalam filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee telah meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul dua pagi, sebentar tadi.

Antara lakonan Allahyarham ialah Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok dan pelbagai lagi.-UTUSAN ONLINE


Takziah buat keluarga Allahyarham. Marilah semua kita sedekahkan al-fatihah.

Friday, May 2, 2014

EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

ASSALAMUALAIKUM


EPHYRA UNTUK CANTIK SIHAT DAN BERTENAGA

Menjadi fenomena hangat masakini, kerana heboh diperkatakan akan keberkesanannya! Ramai pengguna yang dah cuba dan kagum dengan hasil yang menakjubkan. Pendek kata, memang jatuh cinta dengan EPHYRA, dan tak akan berpaling lagi!

Satu-satunya produk premium berkualiti tinggi khas untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, yang harus diminum oleh setiap orang, baik lelaki mahupun perempuan, yang bertindak dari dalaman, mencerahkan dan menyempurnakan kulit dari dalam, bukan saja untuk kulit muka, malah keseluruhan. EPHYRA sangat berkesan dalam mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. 

EPHYRA, produk keluaran bumiputera buatan Malaysia yang berkualiti tinggi dan dijamin HALAL oleh Jakim dan diiktiraf selamat oleh KKM. Dengan ramuan berkualiti premium yang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti kolagen ikan laut dalam, astaxanthin, acai beri, l-glutathione, gam akasia, serbuk tomato, bunga marigold dan acerolla cerry yang diimport dari seluruh dunia, dan dirumuskan di sini untuk menjaga tahap status selamat dan halal oleh badan JAKIM dan KKM di Malaysia, pastinya gabungan mantap yang memberikan 10 kali kuasa penyembuhan sel dalam badan, dan berupaya merangsang penjanaan sel-sel kulit baru, menyah toksin dalaman badan dan menyihatkan tubuh badan anda, serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan muda!

RUMUSAN TERHEBAT, 100% BERKESAN!
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, menyihatkan dalaman anda, memberi tenaga berpanjangan, serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG TERSANGATLAH SEDAP!
Mendapat pujian dari ribuan pengguna, supplement paling sedap di pasaran!! Sekali minum, rasa nak minum berkali-kali! Berperisa Tutti Frutti bukan sahaja enak diminum tetapi penuh dengan pelbagai khasiat untuk cantik, sihat dan bertenaga dalam satu masa.



TANPA BAHAN TAMBAHAN
Disahkan HALAL oleh Jakim, dan SELAMAT oleh KKM. 100 % semulajadi dan selamat, tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.

KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN EPHYRA 
  1. Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  2. 80% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 hari
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  4. memulihkan kulit jerawat, berparut, kusam dan eczema
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  6. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  7. Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  8. Menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
  9. Mengurangkan kadar kolesterol
  10. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  11. Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  12. Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  13. Kempiskan perut buncit
  14. Melancarkan haid & hilangkan senggugut
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis
  16. Mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
  17. Sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
  18. Meningkatkan kuantiti susu ibu
  19. Menjadi lebih bertenaga sepanjang hari
  20. Memulihkan masalah tumit merekah, kurangkan selulit
  21. Meningkatkan kualiti tidur
  22. Meningkatkan kesuburan
  23. Membantu memulihkan masalah cyst

EPHYRA SESUAI UNTUK 
  • Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahun ke atas)
  • Ibu menyusu dan hamil (5 bulan ke atas)
  • Mereka yang pentingkan kecantikan & kesihatan luar dan dalam
  • Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
    1. Kulit berjerawat
    2. Kulit Berjeragat dan Berparut
    3. Eczema / Penyakit Kulit
    4. Gastrik / Masalah Usus
    5. Menurunkan Kolestrol
    6. Stress / Kemurungan / Ceria
    7. Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
    8. Asthma / Lelah / Penat / Semput
    9. Gout / Arthritis Sendi
    10. Menopause
    11. Ketidakseimbangan Hormon
    12. Alergi Makanan Laut
    13. Resdung
    14. Penyakit Gusi / Demam
    15. Masalah Tidur / Kelesuan
    16. Jangkitan Pundi Kencing
    17. Masalah Buah Pinggang
    18. Kanser / PertumbuhanTumor
    19. Sakit Sendi & Sengal Badan
    20. Jantung / Saluran Darah
    21. Migraine / Sakit Kepala
    22. Strok / Parkinson
    23. Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
    24. Masalah Senggugut / PMS
    25. Jangkitan Virus / Bakteria
    26. Darah Tinggi
    27. Masalah Saraf
    28. Kencing Manis
    29. Thyroid

ANTARA RIBUAN TESTIMONI EPHYRA

Cantik
  1. Masalah jerawat - klik SINI dan SINI
  2. Masalah jeragat - klik SINI
  3. Eyebag pudar - klik SINI
  4. Parut chicken pox hilang - klik SINI
  5. Kulit lebih bersih daripada parut jerawat - klik SINI
Sihat
  1. Legakan sakit sendi dan suami berhenti merokok - klik SINI
  2. Masalah Eczema - klik SINI
  3. Berjaya kuruskan badan dan lancarkan haid serta tiada senggugut - klik SINI
  4. Berjaya mengandung setelah bertahun menanti - klik SINI dan SINI
  5. Masalah resdung - klik SINI

Bertenaga
  1. Kekal aktif sehingga ke malam - klik SINI
  2. Rasa lebih bertenaga dan bersemangat - klik SINI
  3. Badan lebih sihat dan segar - klik SINI
  4. Sentiasa bertenaga - klik SINI
  5. Tidak mudah letih / tidur lena / tidak mudah mengantuk di siang hari / kempiskan perut buncit / melancarkan sistem pelawasan - klik SINI

PROMOSI EPHYRA MEGASALE 


HARGA PREMIUM PACK (30 SACHETS) 
RM 180 ( Semenanjung ) / RM 190 ( Sabah & Sarawak )

Call / whatsapp HOTLINE : 019 3999 238 / 03 41417889




Jalan-jalan di blog Kak Mia Liana,
Terjumpa dengan Giveaway Ephyra,
Kalau nak Cantik, Sihat, dan Bertenaga,
Produk EPHYRA jom pakat-pakat cuba.


Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 10,020.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.
 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah