ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

Drama Adaptasi Novel : Setulus Janji

Assalamualaikum

Novel Setulus Janji karya Aina Emir dah diadaptasikan menjadi drama.. wah bestnya. Novel ni dok usung pi balik masa kat hostel dulu. Habis ja exam pakat buat list nak pinjam.. dah macam buku libraby pulak kan. Sampai jadi belacan..haha


Dan novel ni dah jadi drama.. baru mula Sabtu minggu lepas kalau tak silap Syeeda dekat TV1..

Sinopsis novel ni ...

Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.




Friday, March 18, 2011

INTAI INTAI

@Jom Intai@


          Hujung-hujung minggu korang buat apa..? Mesti bosan kan? Apakata kita try baca novel cinta nak..Mesti ada yg cakap “apa kes baca novel cintan cintun tu..”. Ni la stereotaip orang2 sekeliling..
Walaupun nama dia novel cinta dan banyak ayant-ayat jiwa..tapi berdasarkan pengalaman aku, novel ni bukan setakat cerita kisah percintaan tapi dia masukkan juga nilai-nilai murni contoh nilai kekeluargaan, kasih sayang, jiran..macam-macam lagi..

JOM INTAI NOVEL BARU KAT PASARAN

1. NIAN DI HATI:


     Kisah ni pasal sorang gadis nama Amy telah kehilangan tempat bergantung setelah ayah dia mati dibakar. Mak dia pula tak pernah dia jumpa sejak kecik.. Nasib la ada kawan baik dia Hani dan abang dia Arif.. Tapi mak & adik beradik diorang tak suka pulak dekat si Amy ni..Shariza si tunang Arif memutuskan pertunangan diorang dan Arif terus lamar Amy jadi isteri dia...Tapi mak dan bekas tunang dia buat kacau pulak, nak hancurkan rumah tangga diorang..jahat betol..Nak tau kesudahan dia beli la novel NIAN DI HATI HATI kat pasaran berharga RM 19.90 sahaja keluaran Alaf 21.

2. BERIKAN AKU RINDU:


Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania. Akhirnya Fiqri akur dengan kehendak ibu untuk menyatukannya dengan Faen. Namun, pada malam pernikahannya, Fiqri menerima panggilan daripada Thania memohon membebaskannya di sebuah vila. Sewaktu usaha membebaskan Thania, Fiqri dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap Thania dan dipaksa menikahi Thania. Apakah yang terjadi sebaliknya? Bagaimana dengan Faen? NAK tau kesudahannya belilah novel BERIKAN AKU CINTA keluaran BUKU PRIMA..harga RM 25.90..

LAIN-LAIN NOVEL TERBARU...
Untuk maklumat lanjut tentang novel korang boleh ke laman web:





 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah