ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Tuesday, September 17, 2013

Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata


Assalamualaikum

Setelah tersalah guna produk kecantikan untuk hilangkan lingkaran hitam bawah mata, Syeeda nak apply balik petua tradisional. Biar lambat kesannya asalkan kulit sihat secara semulajadi. Kena berdisiplin ok. Tapi kalau nak guna produk kecantikan juga kena pilih yang betul-betul sesuai dan mendapat kelulusan ok

HilangkanHitamBawahMata

PETUA 1 :
Perah buah lemon ke dalam cawan dan campur dengan sedikit air suam. Ambil kain bersih, celupkan di dalam campuran tadi dan sapulah di sekitar bawah mata yang hitam tersebut. Seeloknya lakukan dua kali sehari.

PETUA 2 :
Sapu air sejuk dari peti ais di bawah kelopak mata setiap hari selepas bangun dari tidur.

PETUA 3 :
Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan ke dalam peti sejuk selama 10-15minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

PETUA 4 :
Kupas, bersihkan dan potong kentang nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.

PETUA 5 :
Minum air kosong secukupnya. Ini paling penting ok.

PETUA 6 :
Petua paling popular, tempek hirisan timun dan letakkan pada mata.

PETUA 7 : 
Celup kapas kedalam susu dan sapukan pada bahagian mata.Biar selama 20-35 minit, kemudian bilas dengan air putih.

PETUA 8 :
Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.

Setakat tu dulu perkongsian Syeeda. Jangan lupa amalkan ok. Jangan lupa baca bismillah dan selawat dulu.

p/s : bengkak mata dah surut sikit.



1 comment:

  1. boleh cuba ni :D hoho, tahniah akak sbb dah hilang sikit bengkak tu. hehe

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah