ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Sunday, October 4, 2026

SEJAUH INI PERJALANAN

 Assalamualaikum wbt

Salam sejahtera dan selamat berhujung minggu semua

Semakin cepat masa berlalu dan semakin bertambah umur kita kan. Alhamdulillah terima kasih Allah kerana telah memberi peluang dan rezeki untuk terus berjuang di atas muka bumi ini biarpun macam-macam ujian yang perlu kita tempuh.

Dua tahun Syeeda tinggalkan blog ni. Dan hari ini ada rezeki buka laptop dan internet pun cantik. Maka terhasillah buah fikiran nak menulis pula. Rindunya zaman aktif blogging dan kawan-kawan blogger. Seronok dapat support kawan-kawan dan join giveaway. Lagi meriah bila tiba bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.


Zaman blog kian tenggelam dalam kehadiran media sosial yang baharu dan lebih mudah. Tapi bagi yang masih suka menulis blogger masih tetap menjadi pilihan. Alhamdulillah semoga penulisan yang kita coretkan ini menjadi manfaat dan rujukan kepada orang lain. InsyaAllah. Doakan Syeeda rajin untuk terus berkongsi coretan di blog ini.

Selamat berhujung minggu semua. 

Saturday, July 6, 2024

KEMBALI DI SINI

Assalamualaikum, selamat malam. Dua tahun lamanya syeeda tak update blog. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Rindu rasanya nak aktif kembali dekat blog walaupun sekarang ni platfom blog makin sunyi sebab dah muncul aplikasi-aplikasi baru macam tiktok. 

Cepatnya masa berlalu sedar tak sedar sudah masuk tahun baharu hijrah 1446. Alhamdulillah dapat cuti sampai Isnin. Petang ni pun ronda-ronda area Sungai Petani saja. Itupun jem kejap-kejap jugak dekat highway plus.. lajak pi pekena burger ramli dekat rnr Gurun arah utara. Panjang beraturnya tapi alang-alang dah sampai haruslah sabar menanti. 


Selesai makan uturn balik ke Sungai Petani dan niatnya nak ke Amanjaya Mall Sg  Petani tapi jem pulak jalan nak masuk ke sana sebab ada ekspo di parkir Amanjaya Mall. Ubah plan solat asar di Masjid Taman Ria dan kemudian ke Village Mall dan Lotuss SP. Window shopping saja dan pekena nasi ayam di lotuss.

Balik solat maghrib dulu di Petronas Kg Paya Kepala Batas lajak pulak ke kedai mamak di Tasek Gelugor sebab dahaga. Lepas minum-minum, jalan-jalan pulak di pasar karat tasek gelugor depan kedai mamak. 

Bila lama tak ronda-ronda, macam-macam tempat nak singgah. Itulah saja coretan utk hari ini. InsyaAllah nanti kita update lagi.

Selamat malam. 

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah