ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU
Showing posts with label UUM. Show all posts
Showing posts with label UUM. Show all posts

Friday, January 31, 2014

Ceritera Konvokesyen : UUM Sintok, Kedah

ASSALAMUALAIKUM

Sudah sebulan lebih lamanya berkonvo (03 Disember 2013) dan sekarang baru nak update. Bagus sangat kan. Siap boleh update cuti-cuti Malaysia dulu. Takpe kot kan, janji update jugak akhirnya.

Awal pagi 03/12/2013, berangkatlah kami sekeluarga yang tak cukup korum ni menuju ke Sintok, Kedah. Singgah sarapan dulu dekat R & R Gurun dan meneruskan perjalanan semula sehinggalah sampai di pekan Changlun yang hujan renyai-renyai. Beli barang sikit dekat C-Mart dan terus bergerak ke UUM. Sempat jugak tapau bunga tepi jalan (tapau berbayar ok..haha)

Makan dulu bekalan yang dibawa bersama sebelum bersiap. Jam dah pukul 12 tengahari. Ok macam lewat dah ditambah pulak dengan jalan nak masuk ke Dewan Muadzam Syah yang jem dalam  suasana hujan renyai-renyai. Siap parking terus bergegas ke Dewan TSO untuk taklimat graduan. Mak ayah terus masuk dewan DMAS. Kat situlah baru jumpa kawan-kawan sama kos. Itupun tak semua..

Siap taklimat masuk Dewan Muadzam Syah (DMAS). Nasiblah kos kiteorang yang mula-mula akan naik pentas, tapi bosan nak nunggu sampai pukul 5.00 petang. Tambah pula hari tu penutup dah..

Akhirnya...

Habis saja majlis petang tu, masing-masing berebut nak keluar. Iyelah udah petang dengan hujan renyai lagi. Janji nak ambik gambar dengan kawan-kawan tak kesampaian sebab masing-masing nak cari keluarga sebab dah petang sangat. 

Dalam pukul 7.00 petang sampailah kami di homestay yang ditempah, berdekatan saja dengan UUM. Malamnya keluar lagi ke Pesta Konvokesyen malam penutup. Tak semeriah dulu nampaknya. Kalau dulu malam penutup pesta konvo, memang sesak la pesta ni ramai-ramai keluar memborong dan makan sama-sama. Pukul 12.00 tengah malam baru balik ok..hii Rindunya... (^_*)

Pagi esoknya, awal-awal dah janji dengan sorang kawan nak hantar jubah sama-sama. Pergi ambik dia dan sempatlah ambik gambar sama-sama. Dah selesai urusan, kami berpisah di situ sebab dia pun dah nak balik. Kini tibalah masa untuk meninggalkan UUM secara rasmi. Sedihnya.. banyak kenangan tercipta di sini. Akan selalu merinduimu, uum.

Petang tu selepas check out, kami menuju pula ke Padang Besar, tempat wajib kalau dah sampai sini. Hehee. Dekat je dari Sintok ke sana.

Ok siap shopping, petang tu berangkatlah kami menuju pulang ke Penang. 

UUM Konvokesyen 2013

p/s : selamat bercuti...


Friday, April 8, 2011

TAK HABIS LAGI...


 Kejap masa berlalu kan... rupanya lagi 3 minggu sebelum kelas semester ni tamat. Tapi belum tamat lagi.. exam final sedang menanti di penghujung semester ni...


Minggu depan masanya nak susun atur jadual untuk kelas semester hadapan..uish minggu yg memenatkan tu.. tapi itu semua ujian kan..??  minggu depan jugak last assigment yang nak kena antar.. harap selesai semuanya sebelum melangkah ke dewan peperiksaan pulak..alamak berdebar-debar pulak nak exam kan...

Target semester ni biarlah dapat result yang elok.. nak balik mintak restu mak ayah kat kampung. Lama dah tak balik kampung.. mintak ampun mak ayah.
Moh la kita start study.. start wat nota & kumpul soalan2 lepas, insyaAllah kita boleh!! Jangan kusutkan fikiran kita, banyak doa semoga diperkuatkan daya ingatan dan kefahaman kita untuk menghadapi peperiksaan yang bakal tiba ni.. AMIN.

Subjek2 aku semester ni..semua ni nak kena mentelaah dlm masa sebulan ni..
*Latihan & Pengembangan
*Pengurusan Sumber Manusia Dari Perspektif Islam
*Business Report Writing
*Aplikasi Komputer Dalam Pengurusan
*Perakaunan Perniagaan
*Pampasan
*Kenegaraan




Saturday, March 26, 2011

TERJAH UUM


Assalamualaikum

Entry kali ni macam nak menceroboh ja kan... uish menakutkan!! Dah macam rancangan tv pulak..
Kali ni jom saya bawa korang jalan-jalan sekitar kampus induk Universiti Utara Malaysia ni.. Walaupun UUM ni terletak tersorok dalam hutan Sintok tapi inilah suasana belajar yang paling bagus..cewah..
Masuk saat ni dah setahun 8 bulan aku menetap kat UUM ni.. uniknya UUM sebab dia ada 2 ‘U’..hihi Aku sekarang sedang menuntut dalam tahun 2 jurusan Pengurusan Sumber Manusia peringkat ijazah Sarjana Muda. Ok lah tunggu apa lagi, jom kita terjah UUM. bagi yg tengah kusut nak pilih u mana utk sambung study mungkin boleh pertimbangkan UUM sebagai pilihan anda ya...hii

Kat UUM ni terdapat kolej penginapan yang diberi nama mengikut nama company yg ada kat Malaysia ni..MAS, TNB, PROTON, TRADEWINDS, SIME DARBY, PETRONAS, EON, PERWAJA, MISC, TM, MAYBANK, SME BANK, BANK RAKYAT, BANK MUAMALAT, YAYASAN AL-BUKHARI..banyak kan..???

Kalau korang nak pinjam buku banyak2, korang boleh la pergi Perpustakaan Sultanah Bahiyah..library yang besar tu ada macam-macam bahan bacaan..


Bila dah penat membaca, boleh la korang makan-makan dulu..macam-macam kedai dan cafe ada kat UUM ni..cakap je nak makan apa..suma ada..hii jom kita terjah lagi..
Kat UUM ni ada special activity- apae dia?? kami ada GO-cart, kuda, golf...

ni rupa litar go kart

ni pulak litar kuda..hihi

ni pulak masjid Sultan Badlishah dan pusat Islam UUM

masjid uum
Pusat islam UUM

LAIN-LAIN TEMPAT MENARIK KAT UUM YG KITA TERJAH....

memang cantik..pancutan air depan library ni..

ni papan tanda UUM

dewan muazzan shah
pemandangan UUM

pintu gerbang UUM

rasa setakat tu dulu kot..ada masa kita terjah lagi naa...


Friday, March 4, 2011

KAK ASSIGNMENT, ABANG MIDTERM, ADEK KUIZ

daH lama teman tak mengupdate blog ni.. sekarang dah masuk musim tiga bersaudara kat atas tu..
Semua assigment dah nak kena submit, midterm pula dah mula start minggu ni dan ada pula kuiz dalam kelas...
ni dia KAK ASSIGMENT kita

ADEK QUIZ pulak...

tu dia ABANG MIDTERM exam kita..


biasa la adat orang belajar kan..jangan sesekali kita mengeluh sebaliknya anggap ia sebagai satu cabaran untuk berjaya dan mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Ini adalah satu bentuk latihan agar kita tak kekok bila kerja nanti..betul tak??
     Hidup ni mana ada yang mudah kan..so kita kena la usaha untuk capai, jangan malas tau...
          Apapun pasti nanti kiat akan rindu pada 3 bersaudara ni...

          Kak, abang, adik....
    Saya janji akan siapkan awak semua ya...
Doakan semua berjalan lancar ya..insyaAllah. Amin



KAK,ABANG, ADEK... semoga kalian sentiasa menyokong saya...




Friday, February 11, 2011

MASA BERJUANG KEMBALI..

Pejam celik pejam celik dah seminggu aku kat umah, menghabiskan sisa-sisa cuti pertengahan semester+raya tahun baru cina.

Tapi...perjuangan harus aku teruskan. Perjuangan dalam menuntut ilmu dalam menjamin masa depanku disamping menambah ilmu di dada.

Lepas ni no relax2 lagi ya...kelas & assigment sedang menanti anda!! sEmoga semester ni dapat naikkan 
pointer..insyaAllah.


 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah