ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, October 3, 2013

Apabila Meter Air Kena Curi


ASSALAMUALAIKUM

Aduhai masa-masa camni la meter nak kena curi la. Meter air dekat pejabat Syeeda kena curi tadi pagi. Patutlah air tak keluar-keluar dari paip. Ingatkan ada masalah paip pecah ke apa ka. Turun nak tanya kedai kat bawah tengok meter tak ada. Tudia ayaq kena potong ka kena cuqi tu.. . Melalui cctv kedai kat bawah tu ada sorang laki pakai vest hijau mai potong meter dalam area pukul 9.00 pagi. Budak kedai tu sempat tanya nak buat apa. Lelaki tu cakap nak potong air, depa tak bayaq bil ayaq. Depa ingat orang pba la. Laki tu tak cakap banyak, lepas kebas meter terus blah ke tempat sasaran seterusnya kedai makan.

Rupanya PENCURI. Mana ada sampai notis nak potong meter pun. Bil pun tak pernah tak bayar ok. Bukan banyak mana pun guna air, dalam RM20 ja. . Hari ni pulak mai ofis ayah hantar. Kalau dengan motor leh gak pi solat kat mana-mana masjid. Lagipula nak tunggu orang pba mai. Gamaknya kena tumpang toilet kedai kat bawak la ye.

Bila ayaq xda, memang susah kan, ternyata dan tersangat benar bahawa air tu PENTING dalam kehidupan seharian kita. Jadi gunalah air dengan cermat, jangan membazir ok.

p/s : Air oh air

4 comments:

  1. lor spesis macam ni pun ada ka.sabaq je la..mmg ssh klu takda ayaq..kt umah ni pun on off airnya,nasib kejap je takde air..tu pun bikin panas ja.hehe

    ReplyDelete
  2. dasyat pencuri zaman sekarang..semua kebas selagi boeleh.haisss

    ReplyDelete
  3. memang susah xda air...lagi2 bila sakit perut tengah meragam,huhu...

    ReplyDelete
  4. alahai boleh pulak dia menyamar tu...

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah