PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Sunday, March 26, 2017

Jalan-Jalan + Interbiew @Cyberjaya

Assalamualaikum wbt, selamat pagi. Selamat bercuti uolss.

Setelah lama menyepi, keinginan nak kembali menulis blog mai tanpa diduga sungguh. Rindu gamaknya beginilah jadinya. Hadoiii Maka keluaqlah cerita-cerita lama yang dah dilalui. Lama pun ok kot. Heheh. Cerita berkurun pi interview kat Cyberjaya.

Mulanya macam tak nak pi. Jauh bukan masalahnya tapi bajet oii minyak tol lagi..huhu Tapi sebab niat tu memang nak pi, akhirnya pi la jugak. Dapat atau tak kerja tu lain ceritalah, yang penting usaha kita tu kan. Jawatan Assistant Executive, Talent Management kat Cyberjaya. Kita cuba jela ye..Hehee

Adik-adik pun on, maka dalam pukul 7.00 pagi camtu, kami pun bergerak menuju ke Cyberjaya dari Tol PLUS Sungai Dua. Bunyi macam dekat ja noo. Pukul 12 tengahari baru sampai ok. Dah sampai, cari tempat makan dulu. Jumpa restoren Ayam Penyet Cyberjaya dan makan kat situ. Lepas makan, check in kat Tan'Yaa Hotel by Ri-Yaz Cyberjaya. 

Credit to : Pak Cik Google

Sangat puas hati check in sini. Booking dengan Agoda.  Bilik luas dan sangat selesa. Thank you Tan'Yaa Hotel

Oleh sebab jadual interview adalah esok petang, kami pun keluar jalan-jalan sekitar Putrajaya dulu. 

Monumen Alaf Baru


Masjid Putra, Putrajaya



Santai-santai ja. Malamnya hujan lebat.. pekena mee tarik kat Bandar Baru Bangi. First time makan mee tarik ni kat Mydin Jalan Baru, Bukit Mertajam..masa tu Mydin baru buka. 

Dah siap makan balik tidoqq. Penat weii. Sempat juga prepare untuk interbiew pukul 2.00 petang esok.

31 Januari 2017

Breakfast, siap kemas barang dan check out jam 12 tengahari. Memandangkan interbiew lagi dua jam, lepak dulu kat McDonald's Cyberjaya.

Dup dap dup dap nak interview.. Jadi orang pertama kena interview sebab niat nak balik Penang cepat. Rindu kampung uolss. Tiga orang interviewer ok.Hehe nervous akak.. Akhirnya hilang macam tu ja. Entah ok ke ko jawapan Syida. Takpe lah ada rezekei ada, xada nak buat macam mana. Yang penting kita dapat pengalaman kan.. (Memang confirm dah xdapat jawatan tu..huhu) Tak dapatlah nak jadi orang Cyberjaya ye..huhu 

Selesai interbiew dalam pukul 3.30 petang, kami pun bergerak masuk ke pusat bandar. Nak pusing-pusing je dan singgah kat Dataran Merdeka dan Jalan TAR sat..


Singgah solat kat Masjid Negara dan bertolak balik pukul 7 petang. Singgah makan dan solat kat R&R Sungai Perak. Dan Alhamdulillah selamat sampai rumah dalam pukul 12.30 tengah malam.. Penat. Esoknya kerja.

Bye.

p/s : Ada rezeki kami pi lagi..
  





Thursday, March 23, 2017

Lazada Birthday Blogger Contest

Assalamualaikum. Hai, selamat malam. Harapnya sempat lagi nak siapkan entry. Gigih berperang nak siapkan entry ni. Yela hari ni last day untuk hantar penyertaan.. Excited sangat ni!!

Ini semua berpunca akibat terbaca entry rakan-rakan blogger yang join Lazada Birthday Blogger Contest sempena Ulangtahun Kelahiran Ke 5 Lazada. Siap ada Sale lagi di Lazada bermula 22 Mac hingga 24 Mac ni. Jangan lepaskan peluang ni ye uolss. Selamat Hari Lahir LAZADA.

LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST

Jom kita jawab soalan daripada Lazada :-

a. What do you love about Lazada?

Semestinya kerana ada banyak SALE di Lazada ni. Rambang mata pulak tu tengok barang-barang di Lazada dan rasa macam nak beli semua je. Walaupun belum pernah membeli barang di Lazada, tetapi dah terpikat dengan barang-barang kat Lazada ni. Syeeda baru je nak membuka langkah untuk membeli belah di Lazada. Sangat ketinggalan kan..huhuhu

b. Top three Product picks from Lazada Malaysia (your three favorite products).


Panasonic SD-P104 Bread Maker 13 Preset Programs


Dah lama mencari bread maker ni. Senang sikit nak buat roti kan.. kalau guna kaedah manual lenguh tangan dibuatnya dan ambil masa yang lama jugak. Dengan adanya bread maker ni mudah kerja kita kan nak makan roti..hiiii

Khind Stand Mixer SM350P (Red)


Dah lama jatuh cinta dengan mixer jenama khind ni. Comel dan warna yang cantik. Kalau dapat mixer ni memang bertambah rajinlah kita nak buat kek uolss. Heheee

GTE High Power Portable Handheld Car Vacuum Cleaner


Sangat berguna untuk vakum kereta. Jimat kan vakum kereta sendiri. Lagipun tak payah la nak guna vakum biasa yang besar tong untuk vakum kereta.

c. How do you think Lazada Malaysia can improve? 


Lazada sudah dikenali di seluruh dunia. Sedikit perubahan atau penambahbaikan akan dapat majukan lagi Lazada. Sebagai contoh dari segi pemasaran. Mungkin boleh iklankan di arus media massa agar dapat menarik lebih ramai pelanggan. Dari segi laman web, mungkin boleh tingkatkan lagi dari aspek-aspek berkaitan. 

d. What is your birthday wish to Lazada Malaysia? 

Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada Lazada Malaysia. Semoga terus sukses.








Bye!!

Wednesday, January 25, 2017

Hye 2017

Assalamualaikum wbt

Lamanya tinggal encik blog ni. Rindu kami tak? Hehe Setelah bertangguh lama nak tekan-tekan keyboard ni, akhirnya tercapai jugak. Maap le sibuk berbisnes sikit. Baru berjunak-jinak. Nanti bolehlah mintak tunjuk ajar sifu-sifu blogger kita ya.

Masa pun sat ja berjalan noo. Dah tahun 2017, dah tahun 1438H. Umur pun kian meningkat tapi tak ada apa pun yang meningkat sangat kecuali berat badan huhu. Masih kerja di tempat sama dan masih menunggu Mr Jodoh haha. Syukur alhamdulillah dengan apa yg ada sekarang. Janji happy kan. InsyaAllah kita teruskan usaha ye..chaiyok2.


Azam tahun baru? 

Mestilah nak ada perubahan yg positif. Teruskan usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah.

Setakat tu dulu intro untuk tahun ni. Nanti kita update lagi ok. Buat mangsa-mangsa banjir, semoga tabah menghadapi ujianNYA. Kami kat Penang pun berhujan dari kelmarin. Baju dok lembap lagi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...