ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Thursday, October 22, 2015

Drama Adaptasi Novel : Setulus Janji

Assalamualaikum

Novel Setulus Janji karya Aina Emir dah diadaptasikan menjadi drama.. wah bestnya. Novel ni dok usung pi balik masa kat hostel dulu. Habis ja exam pakat buat list nak pinjam.. dah macam buku libraby pulak kan. Sampai jadi belacan..haha


Dan novel ni dah jadi drama.. baru mula Sabtu minggu lepas kalau tak silap Syeeda dekat TV1..

Sinopsis novel ni ...

Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.

Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!

Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.

Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.




Jerebu Dah Mai

Assalamualaikum

Pagi ni indeks penceraman udara kat Seberang Jaya makin meningkat. Bangun pagi dah dok bau asap jerebu. Memang patut sekolah area Pulau Pinang ditutup. Bahaya untuk kanak-kanak, depa lagi mudah terkena penyakit. Kita yang orang dewasa ni pun kena jaga kesihatan jugak naa


Bau asap jerebu saja dah buat kepala ni rasa sakit.. mata dan tekak pulak dah mula rasa gatal. Masa drive mai tempat kerja tadi kabur ja.. 

Musim jerebu ni jagalah kesihatan ok dan pandu kenderaan dengan berhati-hati di jalan raya. Sama-sama kita berdoa semoga masalah ni tidak akan berlarutan.

Thursday, August 20, 2015

Bedak Sejuk Mak Cun

ASSALAMUALAIKUM

Dah lama tak jenguk blog.. dari posa sampai ke raya la nie baru nak buat entry baru..hii nampak benor malasnya. Tambah pulak sekarang nie dok pulun layan cerita Mak Cun kat TV3. Best pulak nengok drama loghat utara nie.. tak kering gusi tengok telatah depa semua. Bersemangat sungguh tengok Mak Cun yang nak jadi usahawan bedak sejuk.

Mak Cun

Cerita pasai bedak sejuk ni, rasanya dok makin tenggelam dah. La nie dah banyak produk-produk kecantikan yang lebih moden dekat pasaran makanya bedak sejuk kian ditinggalkan. Nak cari bedak sejuk buatan orang kampung kat pasaran pun susah la nie. Dulu masa kecik ada juga tengok tok buat bedak sejuk.. titik atas kain putih.. dah kering masukkan dalam botol..hii

Credit Encik Google

Antara khasiat penggunaan bedak sejuk ialah :


  • Mengurangkan minyak pada kulit muka
  • Melicinkan muka
  • Membantu mengurangkan jerawat
  • Menyegarkan dan menyejukkan muka
  • Menanggalkan sel kulit mati
  • Menegangkan wajah 

Sejak muka bengkak sebab tersalah pakai mask SINI dan SINI.. Syeeda jadi takut nak cuba apa-apa produk muka lagi melainkan dari bahan semulajadi.. biasalah kulit ku ni sensitif..

Jadinya kita tempek bedak sejuk aja.. (*_*)

Tuesday, July 7, 2015

JODOH RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM



oleh : Syah Eida
kredit to : Penulisan2u

Hari ini merupakan hari pertama seluruh umat Islam berpuasa. Syukur Alhamdulillah kerana diri ini masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan bulan penuh berkat. Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta makna buat diriku yang serba kekurangan. InsyaAllah.

Tahun ini seperti biasa aku berpuasa bersama mak dan abah. Adik-adik semuanya berada di tempat belajar masing-masing. Suami? Jodoh belum sampai.. Haish kawan-kawan semua dah kahwin dan beranak pinak. Tinggal aku je yang masih bujang trang tang tang..

Jam di dinding pejabat sudah menghampiri ke angka 4.45 petang. Lima belas minit lagi sebelum tamat waktu pejabat. Aku sudah berjanji dengan mak mahu balik memasak untuk juadah berbuka nanti. Memandangkan hanya tinggal aku, mak dan abah sahaja di rumah maka tak perlulah aku masak dalam kuantiti yang banyak. Melainkan keempat-empat orang adik manjaku itu pulang dari tempat belajar masing-masing.

            “ Weh ni minggu last puasa nanti kita ada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim tau. Wajib! Pembekal-pembekal syarikat kita pun akan turut serta tau..” Hilmi menyampaiakan berita yang baru diterimanya daripada bos. Makanya ada yang seronok dan tidak kurang juga ada yang tidak suka mungkin kerana sudah ada perancangan balik kampung atau sebagainya ketika itu.

            “Kau lagi wajibbbbbb pergi tau Najjah..” Aku mengangkat kening. Helmi cekak pinggang.

            “Kau kan pekerja kesayangan bos..” sambung Helmi ala-ala lembut gitu. Aku hanya tersenyum mendengarnya. Kesayangan la sangat kan...

Setibanya di rumah, aku segera membersihkan diri serta menunaikan solat asar sebelum memulakan aktiviti memasak di dapur. Hari ini aku akan masak mee goreng mamak. Abah memang suka sangat makan mee mamak. Sejak berpencen ni jarang-jarang abah dapat menikmati mee goreng mamak di warung tempat kerjanya.

            “ Mak dah kupas bawang dengan goreng cabai. Kamu tumis la ye..” Sempat juga mak kupaskan bawang. Ini yang buat aku sayang sangat kat mak ni.

            “Mak pi rehat dulu la.. Biar kakak buat semua ni..” Aku membantu mak ke ruang tamu. Membiarkan mak menonton televisyen bersama abah.
            “Najjah.. mak usu kamu datang tadi. Dia tanya nak tak dia tolong carikan calon suami untuk kamu?” Sudah masuk dua kali mak usu menawarkan untuk mencari jodoh. Bukannya aku tak mahu tetapi entahlah...

            “Tak nak lah mak..” Mak memandang abah yang sedang asyik memonton rancangan Jejak Rasul itu. Pastinya mak ingin menyampaikan rasa kekecewaannya kepada abah. Namun abah hanya buat tak tahu sahaja.Hihii

Abah sebenarnya tidak kisah soal jodoh kahwin kami adik beradik. Cuma pesan dia carilah yang betul-betul sesuai dengan kami dan baik. Tapi dalam usia yang semakin menghampiri ‘three series’ ni takkan aku tak teringin nak berlaki kan. Mesti mak dengan abah sunyi tak ada cucu.
**********

2 Ramadhan.

Aku membelek-belek baju kurung di dalam butik itu sebelum seorang jurujual mengambilnya dari gantungan. Alahai baru nak berkenan dah ada orang cop ke..huhh

            “Maaf cik. Baju ni dah ada yang beli.. Itu encik di sana..” Tunjuk jurujual itu ke arah seorang lelaki yang memakai kemeja lengan panjang di kaunter pembayaran itu. Lelaki itu kemudian memandang ke arah kami. Wow hensemnya.. Najjah ooii, bulan puasa jangan buat hal.

Lelaki tadi kemudian datang ke arah kami. Pastinya dia ingin mengambil baju yang dibelinya tadi daripada jurujual.

            “ Ni bajunya tuan..” Beg kertas bertukar tangan. Aku hanya melihat dengan perasaan penuh hampa. Yela dah lama aku dok intai baju tu. Tapi dek kerana belum cukup bajet aku tangguhkan dulu hasrat nak beli baju kurung limited edition tu. Hai sungguh kecewa...

            “Err.. cik pun berkenan dengan baju ni jugak ka?” Soal lelaki itu dengan tiba-tiba.

            “Ehh takpe.. tak ada rezeki saya..” Lain yang di tanya lain pula yang aku jawab. Macam nak meraih simpati pulak kan.

            “Kalau cik sudi saya gantikan dengan yang lain..” Betul ke apa yang aku dengar ni? Ke aku tengah bermimpi ni. Najjah jangan Najjah.. buat malu saja ok.

            “Eh tak apa encik.. saya cari yang lain dan saya bayar sendiri..” jawabku dengan penuh kejujuran.

Akhirnya aku dapat blous free hari ni. Memang pandai memujuk mamat tu sampai aku ‘cair’. Opss bukan cair jatuh cinta ok..
**********

5 Ramadhan.

 Selesai membeli barang dapur, aku menolak troli ke kaunter pembayaran. Nadia pula sudah lesap ke kedai buku. Adik aku yang sorang ni memang ‘hantu buku’. Pantang ada saja kedai buku mesti dia orang yang paling happy.. Terloncat-loncat macam budak-budak.

            “Eh jumpa lagi..” Hai macam berjodoh pulak kan. Hiii

            “Awak.. nak minta tolong kejap.” Katanya lagi sambil tersenyum malu.

            “Ada apa..?” Tak pula nampak dia sedang di dalam kesusahan. Cuma yang aku perasan trolinya masih kosong.

            “Teman saya beli barang kejap. Tak pandai la bab-bab ni..ni ada list sekali mama saya kirim..” Dia mengeluarkan sekeping kertas dari poket seluarnya.

            “Ok kejap. Saya bayar dulu..” Tak tergamak pulak nak menolak permintaannya.

            “Takpe saya bayarkan..” Pantas saja aku menolak. Banyak ke duit dia nak tolong bayarkan? Kelmarin pun cukup-cukup je duit dia tolong bayarkan baju untuk aku, nasiblah aku pilih blous RM 40 ja. Ish takkan nak suruh dia bayar lagi, jumpa pun baru dua kali. Kalau fikir balik macam seram je... Nanti tak pasal-pasal dia minta balas kebaikan dia dengan benda-benda tak patut habis la aku. Ya Allah aku tak berniat nak buruk sangka dengan dia.

Semua barang yang tercatat dalam list akhirnya selamat dibeli. Tiada satu pun yang tertinggal. Bukan main banyak barang yang di pesan oleh mamanya. Macam nak buat kenduri doa selamat saja.

            “Biasalah mama saya tu. Asal semua balik berkumpul ada ja benda yang nak dimasaknya untuk berbuka.. special la sikit.” Aku membantunya  memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta. Kereta kancil je ok. Macam tak muat pula aku tengok..

Melihat pada penampilannya, biasa-biasa saja. Katanya dia kerja kilang. Tapi orangnya hensem juga, ada iras pelakon Shukri Yahaya tu. Sukanyee.. Eh dah kenapa kau ni Najjah!

            “Terima kasih awak. Oh lupa pulak nak kenalkan diri.. aishh. Em saya Khairul Lutfi. Panggil Lut boleh, Fie boleh.. nak manja lagi panggil abang pun ok ja..” Amboi dah pandai gurau kan.

            “Saya Najjah. Najjah Fatiha.. Ok la awak, saya gerak dulu. Adik saya dah tunggu dekat kereta..”

            “Ok. Till we meet again.. Selamat berpuasa.” Pandai pula dia cakap omputeh kan.

Aku menghampiri Myvi SE ku. Nadia kelihatan kepenatan.

            “Lamanya kak. Penat tau.. Bagitau mak kot kak dating bulan-bulan posa ni..” Mula dah si Nadia buat perangai. Huhu.

            “Dah jom-jom. Kita singgah beli kfc jap ok..” Aku cuba mengumpannya. Bukannya aku tak tahu si Nadia ni peminat setia ayam kfc.


Hari demi hari aku semakin rapat dengan Lutfi. Aku tidak kisah walaupun dia hanya kerja kilang dan berkerata kancil saja ok. Harta boleh dicari kan. Tapi yang penting kejujuran.

            “Kau tu kerja elok, dia kerja kilang je. Mak kau tak kisah ke..” tanya mak usu.

            “Najjah tak kisah la mak usu.. janji bahagia sudah la..” jawabku. Malas nak bertekak dengan mak usu. Pastinya dia sudah ada calon untukku.

            “Sekarang ni semua nak pakai duit. Boleh ke dia sara kamu nanti. Silap-silap kamu yang sara dia..” Mak usu belum puas membuat bantahan.

            “InsyaAllah Najjah yakin dia mampu..” Confident sungguh jawapan aku. Padahal aku dengan Lutfi baru berkawan saja.

Sebenarnya itu hanya alasan aku untuk mengelak daripada calon mak usu itu. Bukannya aku tak kenal dengan anak Datuk Kassim yang kaki perempuan tu.

            “Kau memang tolak tuah Najjah. Aku punya cari calon baik untuk kau, kau tolak. Hai kak long, mimpilah kau nak dapat menantu kaya raya..” perli mak usu.

            “Aku tak kisah Timah. Dengan sapa pun janji dia bahagia..” Yes nampaknya mak memihak padaku. Sayang mak.
************

19 Ramadhan.

Hari ini aku menemani Lutfi membeli baju melayu. Katanya nak aku yang pilihkan. Mengada-ngada pulak mamat ni kan.

            “ Warna  palevioletred ni sesuai untuk awak..”

            “Ok saya try dulu..”

Akhirnya dia membeli baju melayu yang aku pilih tadi. Selesai membeli belah kami terus ke restoren untuk berbuka puasa. Nak belanja katanya. Tapi restoren yang kami masuk ini macam tempat orang-orang kaya saja.

            “Awak.. mahal kot makan dekat sini.” Kesian Lutfi terpaksa menghabiskan duit gajinya demi untuk belanja aku makan di restoren mahal.

            “Ala bukan selalu. Najjah dah banyak tolong Lutfi.. Lutfi seronok dapat kawan macam  Najjah.” Kawan je ke? Huhuhuu.

            “Lagipun mungkin ni kali terakhir kita boleh keluar macam ni..” sambungnya lagi. Wajahku mulai berubah.

            “Lutfi nak kahwin lepas raya ni.” Benarkan apa yang aku dengar ini? Rupanya selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan.
            “Yeka.. tak bagitau pun..” Aku cuba menyembunyikan kesedihanku.

            “Lupa nak khabarkan.. Tunang Lutfi study kat oversea.. sebab tu jarang dapat bersama.” Terasa diriku seperti dipermainkan. Aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau ikutkan hati mahu saja aku beredar dari situ namun aku haruslah bersikap profesional.

Sampul surat berisi kad jemputan bertukar tangan. Menggigil tangan aku untuk menerimanya.

Salahku juga kerana terlalu cepat menyayanginya.

Malam itu aku menangis sepuas-puasnya. Hanya padaNYA tempat aku mengadu.
**********

26 Ramadhan.

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim berjalan dengan lancar untuk fasa pertama ni. Tetamu kehormat hari ini adalah pembekal-pembekal untuk syarikat kami.

            “Wow hensemnya mamat tu..” Henna menunjukkan ke arah seorang lelaki yang segak berbaju melayu warna pinkvioletred itu. Yang lain-lain turut memandang ke arah lelaki tersebut tidak terkecuali Helmi.

            “Itu kita punya main supplier. Koramg kena layan dia elok-elok ok..” ujar Gina yang duduk berhadapan denganku.

            “Selamat datang diucapakan kepada Encik Muhammad Khairul Lutfi Bin Datuk Khair..” Seperti pernah mendengar nama itu. Tapi di mana. Otakku ligat berfikir.. Oh ya Lutfi.. Terus sahaja aku memandangnya yang sedang berbual mesra dengan tetamu di meja sebelah.

            “Selamat datang encik..” ucap Helmi selaku wakil di meja kami.

            Aku hanya menundukkan wajah. Enggan dia mengecam ku.. sebenarnya sejak dia mengkhabarkan kepada bahawa dia akan berkahwin aku tidak lagi menghubunginya. Aku tidak kuat untuk menemuinya.

Rupanya selama ini dia bukanlah pekerja kilang seperti yang dikhabarkan.

            “Apa khabar Cik Najjah?” Lutfi berhenti betul-betul di sebelahku. Jantungku mulai berdegup kencang. Dah kenapa mamat ni berhenti kat sini pulak.

            “Err .. khabar baik cik..” Lidahku seakan kelu. Terasa janggal pulak berdepan dengannya.

            “Jumpa kat luar nanti.. please..” bisiknya.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum kelat.

            “Wow.. dia kenal kau la.. dengan aku pun dia tak kenal walaupun selalu berurusan..” jelas Gina.

Selesai majlis, aku terus melulu keluar. Sebenarnya aku ingin lari daripada terserempak dengan Lutfi.

            “Hai nak ke mana tu..” Lutfi menarik lembut lengan baju kebayaku. Aku terpaksa mematikan langkah.

            “Kenapa nak lari dari Lutfi ni..”

            “Err tak ada apa-apa.. saja.. awak kan dah nak kahwin. Tak manis kalau kita still berhubung..” jawabku ringkas.

            “Awak memang suka buat keputusan terburu-buru kan.. Sampai hati awak buat saya macam ni..” Dah kenapa mamat ni, feeling pulak. Sepatutnya aku yang cakap macam tu.

            “Jom kita bincang dekat tempat lain.” Dia sekali lagi menarik lembut lengan bajuku ke arah keretanya. Ingatkan kancil rupanya Evo.

            “Cakaplah apa awak nak cakap..” terlepas terawih la nampak gayanya aku malam ni.

Kereta meluncur laju menuju ke dalam kawasan masjid.

            “Kita solat dulu.. jangan nak lari pulak. Saya pegang beg tangan awak..” Jahatnya mamat ni. Huhu

Usai solat tarawih lapan rakaat, aku menunggunya di kereta. Beberapa minit kemudian dia datang bersama seorang lelaki dan wanita sebaya mak dan abahku.

            “Mama papa, ni lah Nurul Najjah Fatiha .. bakal isteri Lutfi..” Terkejut aku mendengar pengakuannya.

            “Apa kahabr auntie, uncle..” Aku bersalaman dengan mama Lutfi.

            “Usah ber untie, uncle la .. panggil mama dan papa ja. Tak lama lagi nak jadi anak mama dengan papa jugak kan..” Aku semakin keliru. Permainan apakah ini..
**********

27 Ramadhan.

Aku memandang ke arah tasik yang terbentang luas itu.

            “Saya dah jatuh hati dengan awak waktu mula-mula kita jumpa dulu lagi..” jelas Lutfi.

            “Memang padan la muka saya kan sebab awak kenakan saya..” Mahu saja aku merajuk.

            “Sapa suruh tak buka kad tu.. kan dah rugi, berbaldi buang air mata tu..” Aku sendiri lupa di mana aku simpan kad itu selepas malam terakhir pertemuan kami haritu. Rupanya sepupunya yang akan berkahwin. Kebetulan nama mereka hampir sama.

            “Jahat tau awak ni.. dah la tipu saya kata kerja kilang, tu kereta kancil tu awak pinjam mana..?”

            “Haha.. saja nak tengok awak ni macam mana orangnya. Nak pilih isteri bukan boleh pilih macam tu ja.. cantik saja buat apa.. Tup tup dia lari pulak kan.. Anyway kancil tu kereta pertama saya. Sayang nak jual..”

            “Yela ingat memang awak nak kahwin.. serius je tengok.”

            “Dah suka tak nak cakap.. kan dah sakit..”

Aku tersenyum malu. Ya Allah jika benar dia jodohku dekatkan dia denganku. Amin

            “Ni nak tak dengan abang ni.. kot la Najjah dah reject abang..”

            “Gatal..” Malunya aku.

            “Tolong la garukan..haha” Boleh pula dia ketawa.
***********

Alhamdulillah akhirnya aku sah menjadi isteri kepada Muhammad Khairul Lutfi Bin Khair. Ramadhan kali ini cukup bemakna buat diriku. Hanya dengan perkenalan singkat kami bersatu mebina sebuah keluarga. Kepada mak, abah, dan adik-adikku Nazim, Nasuha, Najib, Nadia terima kasih sebab banyak beri sokongan pada kakak.

Syukur ya Allah. Sesungguhnya engkaulah yang maha penyayang lagi maha mengasihi. Terima kasih ya Allah kerana telah makbulkan doaku.

            “Termenung apa lagi sayang.. Jom masuk. Semua dah tunggu kita..” Lutfi menarik lembut tanganku.

            “Abang.. terima kasih.” Lutfi mengangkat kening. Pipiku diusap lembut.

            “For what? Abang terima sayang dengan seikhlas hati abang..” Diusap lembut jari jemariku.

            “Kita bina keluarga kita bersama.. Dah jom, semua dah tunggu pengantin perempuan nak buka hadiah tu..”

Alunan lagu Cinta Hingga Ke Syurga nyanyian Amar dari corong radio di dalam kamar cuba ku hayati..

Sudah tertulis pertemuan ini
Fitrah insan kurnia Ar-Rahman
Kembara rusuk bertemu pemilik
Bersatu di atas lafaz yang suci
Kita pernah berjanji
Cinta ini selama-lamanya
Bukan sekadar di dunia
Bahkan hingga akhirat sana

Cinta hinggalah ke syurga
Apakah yang menjadi syaratnya
Kau dan aku saling mentaati
Menjunjung perintah-Nya

Cinta hinggalah ke syurga
Memang ada onak dan duka
Sabar pasti diberi ganjaran
Berpandulah sunnah rasul-Nya

Terimalah kekuranganku
Ku tak pedulikan apa celamu
Bersama mendamba kasih redha-Nya
Menuju kehidupan indah takkan berakhir
Destinasi cinta kita hingga ke syurga yang abadi

Ya Allah berkatilah ikatan perkahwinan kami ini. Semoga kebahagian menjadi milik kami hingga syurga. Amin

-Nurul Najjah Fatiha Binti Ahmad L.O.V.E Muhammad Khairul Lutfi Bin Khair-


          

Wednesday, June 24, 2015

Pemenang Baru Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Oleh kerana dua orang pemenang belum emailkan nama dan alamat untuk urusan pengeposan hadiah, jadi Syeeda terpaksa pilih PEMENANG BARU. 

PESERTA MINI GIVEAWAY RESEPIKU yang menjadi orang pertama dan kedua komen di ruangan komen entry INI, Syeeda akan pilih sebagai PEMENANG. 2 orang pemenang lagi dicari.. Bila dah dapat pemenang nanti, Syeeda akan minta nama, alamat dan nombor telefon di blog/facebook/email pemenang.

Nak settle pos cepat-cepat.. nak buat giveaway lain pulak.. insyaAllah.


Friday, June 19, 2015

UPDATE : Pemenang Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Tinggal dua orang pemenang lagi yang belum email details untuk penghantaran hadiah. Syeeda tunggu sampai 21 Jun (Ahad) ni. 22 Jun (Isnin) Syeeda akan keluarkan nama pemenang baru kalau syeeda tak terima details. 



Sila email nama, alamat dan nombor telefon ke :
nursyeda89@gmail.com
selewatnya 21 Jun 2015

SELAMAT BERPUASA 
#kosongkosong #ramadhan #inikanpuasa 

Wednesday, June 17, 2015

PEMENANG Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Pagi ni Syeeda nak umumkan pemenang mini giveaway resepiku. Maaf lewat tak sempat semalam. Kita guna Mr. Random.org jela jawabnya..


Dan pemenang yang bertuah adalah ...




Kepada PEMENANG, Sila email nama, alamat dan nombor telefon ke :
nursyeda89@gmail.com
dengan kadar segera..

TAHNIAH kepada pemenang, dan TERIMA KASIH kepada semua peserta sahabat blogger yang sudi join mini giveaway yang tak seberapa ini. InsyaAllah nanti kita buat giveaway lagi..

-SALAM RAMADHAN-


Monday, June 15, 2015

UPDATE : Senarai Peserta Mini Giveaway Resepiku

ASSALAMUALAIKUM

Tamat sudah Mini Giveaway Resepiku. Terima kasih pada semua sahabat blogger yang sudi menyertai mini giveaway Syeeda yang tak seberapa ni.. InsyaAllah ada rezeki lebih kita buat giveaway lagi ok.

Seramai 34 orang peserta dan sila semak link penyertaan korang ok. Takut ada yang tertinggal nanti. Semak cepat-cepat taw sebab Syeeda akan cabut nama pemenang esok malam.

Link Penyertaan :





 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah