Assalamualaikum
TAJUK : 3 BULAN
KARYA : NURIL BAHANUDIN
Tiga Bulan membawa kisah seorang gadis yang bernama Nuriz
Binti Abdullah. Anak terbuang yang langsung tidak mengenali kedua-dua ibu
bapanya dan dibesarkan di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Qaseh.
Perjalanan hidupnya mula berubah bila dalam keadaan tak
diduga dia telah bertemu dengan Wan Nazariel Bin Dato’ Wan Nazri yang sombong,
berlagak dan ego.
Kehidupannya menjadi semakin huru-hara apabila dalam tak
sengaja dia telah terlibat dalam kemalangan dengan lelaki itu. Terdesak untuk
membayar ganti rugi dek kemalangan itu, Nuriz telah terpaksa rela bekerja
dengan lelaki itu sebagai seorang budak penghantar surat selama tiga bulan
memandangkan lelaki itu baru saja memecat budak penghantar suratnya.
Dalam tempoh tiga bulan bekerja dengan lelaki itu pelbagai
peristiwa telah berlaku hingga mengubah terus kehidupannya. Daripada berstatus
‘cik’ kepada status ‘puan’.
Hidupnya juga bertambah tunggang-langgang dengan kehadiran
Dorina yang sentiasa cemburukan dirinya dan kehadiran Zefrul Arham yang
tergila-gilakannya.
Sekuat manakah Nuriz menghabiskan tempoh tiga bulannya
bersama Wan Nazariel? Mampukah dia menghadapi segala kerenah lelaki itu?
Bagaimana dia menepis umpat kejian daripada Dorina dan menyelamatkan diri
daripada buruan Zefrul Arham?
“Dalam benci ada rindu yang mengisi, Dalam marah ada sayang
yang mula bercambah.”
TAJUK : LU'LU' DAN MARJAN
KARYA : ANARIF
Apabila Marjan muncul di banglo Dato' Safwan, semua orang
mencurigainya, lebih-lebih lagi Lu'lu', anak kandung Dato' Safwan. Sikap Lu'lu'
yang sedikit baran membuatkan Marjan tercabar dan kerap bertikam lidah
dengannya namun, Marjan mengalah apabila mengetahui kisah di sebalik sikap
Lu'lu' yang membuatkan dia tidak senang duduk.
Lawatan ke PD membuatkan hubungan si pemandu dan anak gadis
tuan rumah itu bertambah baik, dan Marjan semakin jauh dengan misi utamanya
yang mencampakkannya ke banglo tersebut. Apabila Marjan terpaksa pulang ke
kampungnya secara tiba-tiba, Lu'lu' tidak sedap hati. Musibah menimpa apabila
Dato' Safwan meninggal dalam kemalangan ketika ketiadaan Marjan.
Sekembalinya Marjan ke banglo itu, Marjan menjadi suspek
utama dan Lu'lu' patah hati apabila Marjan cuma membisu bila tuduhan demi
tuduhan dilemparkan kepadanya. Marjan tidak mengaku kalah. Dia sudah bertekad
untuk menawan Lu'lu' kembali, walaupun Kartini, kakak angkat Lu'lu' turut
mencurigainya.
Marjan melamar, namun penolakan Lu'lu' membuatkan Marjan
kembali ke alam nyata. Statusnya
sebagai seorang pemandu tidak cukup buat anak gadis hartawan
seperti Lu'lu'. Tanpa mendedahkan identitinya, Marjan pergi untuk
selama-lamanya membawa hati yang luka kerana misinya sudah gagal.
Apabila Lu'lu' dalam bahaya, Marjan kembali mendengar kata
hatinya dan melompat turun dari takhta. Kali ini, tiada undang-undang yang
boleh menghalangnya. Demi Lu'lu', Marjan sanggup kehilangan segala-galanya dan
benarlah, cinta itu buta. Tetapi butakah cinta Lu'lu'?
Mengapakah Marjan terpaksa pergi sekali lagi dengan hati
yang luka? Bolehkah permata Lu'lu' dan Marjan berdampingan untuk
selama-lamanya?
TAJUK : AISHITERU
KARYA : AIMA CHAN
Siapa sangka, kepulangan Khaleeda Adni ke tanah air
dikejutkan dengan kemunculan Adam Daniel yang tanpa belas kasihan menjadikan
dirinya tawanan selama sebulan di dalam hutan. Khaleeda tidak tahu kenapa dia
diculik dan dihukum sebegitu rupa malah, dia tidak pernah tahu nama pemuda itu
sepanjang dia berada di hutan.
“Ya Allah, dia nak buat apa dengan aku sampai gari aku macam
ni sekali?” -Khaleeda Adni-
“Dasar perempuan jahat! Kau ingat mak bapak kau nak cari kau
ke hah? Anak tak guna macam kau ni, sepatutnya diorang dah tanam hidup-hidup
dari dulu lagi.” -Adam Daniel-
Apakah dendam Adam terhadap Khaleeda hingga dia tegar
menghukum gadis? Namun semuanya terlerai, saat kisah Khaleesya Adni dan Aidil
Sadhi diceritakan oleh Lukman yang tahu segala-galanya. Penyesalan mula hadir
namun, semuanya sudah terlambat.
Adam diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesalahannya
terhadap Khaleeda dan dia sanggup menebus maruah gadis malang itu. Namun,
Tengku Akimi muncul menagih janji Khaleeda saat dia sudah terikat. Saat
semuanya sudah tidak boleh diundur lagi dan hatinya sudah mula terbuka buat
Adam. Segalanya menambah kekusutan dalam hidup Khaleeda dalam mencari erti satu
kebahagiaan.
“Khal jangan tipu Kim. Khal tak setia pada janji kita. Empat
tahun Kim sanggup tunggu Khal, demi janji yang kita buat. Kenapa Khal terlalu
senang lupakan semua tu. Kenapa Khal?” –Tengku Akimi-
“Kenapa kau dapat semua hah Khal! Apa lebihnya kau dari aku?
Kau rampas semua daripada aku. Kau rampas nenek, mama, papa Zhar, Kim.
Semuaaa!!! Aku benci kau Khaleeda. Aku benci!” –Khaleesya Adni-
Mampukah Khaleeda merasai nikmat sebenar bahagia kerana
perjalanan hidupnya tidak pernah sepi dari diganggu dugaan dan derita.
Segalanya telah tercoret kemas dalam Jurnal Aishiteru.
“Kucoretkan segala bahagia di sini, agar dapat aku simpan
memori bersamamu… I love U.”
Selamat Memberi dan Membaca. Selamat berpuasa.