PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, July 23, 2013

Nasi Kerabu Utara


Assalamualaikum

14 Ramadhan 1434H.

Semalam berbuka dengan nasi kerabu. Selalunya dok beli nasi kerabu kelantan. Kalau bulan posa macam ni memang ada lah jugak beli nasi kerabu. Tup-tup semalam mak beli nasi kerabu utara. Serius tak pernah terfikir pulak kat utara pun ada nasik kerabu. Aduhai ketinggalan zaman betullah. Aduhai makanan negeri sendiri pun tarak tau ka..adoi


Bezanya dengan nasi kerabu kelantan, yang ni nasi dia putih suci ja. Dan dia tak ada lauk seketul tu. Ikan dia dah digaul bersama nasi, ulam, kerisik, serai, lengkuas, dll. Kalau tak silap pakai ikan masin. Dan yang paling bezanya, nasi kerabu utara dimakan bersama-sama dengan asam pedas keladi. Uit sedapnya..

Selamat berpuasa.


3 comments:

ejulz said...

perghhh.. terbaekk.. :)


Bantuan anda diperlukan.. plizz "Bantuan anda diperlukan.."

Anonymous said...

Org utara x pangge nasi kerabu... depa pangge nasi ulam...maaf ye...

Syeeda said...

haah yela.. lupa nak mention, mmg paggie nasik ulam..hii tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...