PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, March 25, 2014

Cinta Harta Demi Kehidupan?

ASSALAMUALAIKUM

Cinta itu buta. Tapi jangan pula buta kerana cinta kan. Hee


Apabila sebut kriteria calon suami ni mesti ramai yang dah siap list ciri-ciri suami idaman. Yang bertanggungjawab itu wajib. Yang hensem itu bonus dan yang kaya itu ....? Wajib, harus atau bonus. Dan bila mana si perempuan tadi kerja tinggi adakah dia cenderung untuk memilih lelaki yang hanya kerja dengan berbekalkan sijil SPM?

Ok ambil satu contoh situasi ni. Si gadis ni kerja besar la siap ada degree dan yang si lelaki kerja kilang dengan kelulusan spm. Tetapi si lelaki ni baik la kan dan rupa sederhana gitu.

Jadinya adakah si gadis ini akan memilih si jejaka untuk menjadi suaminya. Atau dia akan tinggalkan lelaki ini dan cari lelaki yang lebih tinggi atau sama taraf pendidikan dan kerja dengannya?

Kerna bagi sesetengah orang, dia tak kisah asal hidup bahagia dan yang penting saling tolong menolong dalam soal kewangan. Dan ada juga yang menolak kerana beranggapan bahawa hidup akan susah kerna wang penting dalam kehidupan. 


Apa pendapat korang? Jom diskusi.


MH370 Berakhir di Lautan Hindi

ASSALAMUALAIKUM

Memang sukar untuk kita menerima berita yang sangat menyedihkan ini terutamanya ahli keluarga penumpang dan anak kapal MH370. Dalam sidang media khas jam 10 malam tadi di PWTC, Perdana Menteri ada menyatakan bahawa pesawat berakhir di Selatan Lautan Hindi. 

Jika ini takdir dan kesudahannya, terimalah dengan penuh redha. Pastinya seluruh rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia sangat sedih dengan berita yang telah disampaikan semalam. Dan yang paling terkesan dengan berita ini pastilah keluarga penumpang dan anak kapal MH370. 

Sabar dan redhalah. 
Terimalah qada' dan qadar biarpun pahit dan sukar. 

p/s :  Tunggu sidang media khas hari ini. 


Saturday, March 22, 2014

Kuih Di Petang Hari

ASSALAMUALAIKUM

--Selamat Petang dan Selamat Berhujung Minggu--

Petang-petang ni kalau dapat makan kuih panas-panas pun sedap jugak kan. Dulu masa belajar di uum selalulah jugak membeli kuih muih petang-petang. Yela petang-petang balik kelas baru nak tapau nasik. Dah sebab lapar sangat maka banyaknya beli makanan siap dengah kuih muih.

suka beli kuih ni dulu...

Sape tau nama kuih kat atas ni? Syeeda memag suka beli kuih tu tambah yang panas-panas.. Kuah dia yang hijau tu perasa pandan pekat-pekat gitu. Sedap.

Sedapnya kan kalau dapat makan kuih petang-petang camni.

#PrayForMH370

Friday, March 21, 2014

'Keywords' Yang Di Cari

ASSALAMUALAIKUM

Sebenarnya sejak dari minggu lepas lagi bila Syeeda check dekat Nuffnang dan dekat blog keywords yang paling pembaca cari ialah berkenaan pesawat mas yang hilang pada 8 Mac lalu dan masih belum ditemui sehingga sekarang.


Dan baru Syeeda ingat. Syeeda ada tulis berkenaan pesawat mas yang terhempas di Tanjung Kupang pada tahun 1977. Ok untuk membaca entry berkurun syeeda tu klik SINI ok.

Marilah sama-sama kita doakan semoga pesawat mh370 ditemui semula. Dan setiap ujian yang menimpa haruslah kita tempuhi dengan sabar.

#PrayForMH370

Sepetang di Jeti Batu Musang, Batu Kawan

ASSALAMUALAIKUM

Kejadian ni dah lama berlalu seminggu sebelum Jambatan Kedua Pulau Pinang dibuka lagi. Petang Sabtu yang panas terik tatkala semua penghuni dalam rumah cuti makanya dek kerana bosan terperuk dalam rumah, kami pun cadang nak keluar jalan-jalan. Dalam pukul 4 petang baru nak keluar. Hii

ni lah jetinya..

nampak tak jambatan kedua Pulau Pinang.. 


Tak tahu arah nak dituju pun, lalu menyusurilah kami yang terdiri daripada syeeda, mak, ayah dan adik lelaki ke Juru Autocity. Saja ronda, tak berhenti pun. Sebenarnya ada barang yang nak di survey tapi terlajak sampai masuk highway Plus balik sampailah ke Batu Kawan. Dan try pi dekat jambatan kedua tapi tak boleh naik lagi la cuma pi menengok je..hii

Lepas tu, kami singgah dekat Jeti Batu Musang iaitu jeti untuk ke Pulau Aman. Ingat nak pekena laksa dengan ais kacang tapi tak ada meja kosong pun. 

gambar diambil dari Restoren The Ridge, Teja By The Sea..

Dek kerana dah nak masuk waktu maghrib kami pun beransur pulang. Perut masih kenyang kalau tidak bolehlah makan dekat The Ridge, Teja By The Sea sambil menikmati udara pantai. Sangat romantis la suasana kat restoren ni ok.

#PrayForMH370


Kaki Novel : Novel Terbaru April 2014

ASSALAMUALAIKUM

[Novel updated]

Bakal menemui pembaca April 2014.


MENANTU VS MERTUA
MENANTU VS MERTUA
Karya : Dyadila

Disebabkan satu peristiwa yang tak disengajakan, Izz Rayyan Iskandar telah menjadi hero di hati Qeesya Ameena. Jatuh cinta pandang pertama membuatkan Qeesya menjadi angau, sehinggakan dia membuat keputusan untuk melamar lelaki itu.

Dalam usaha memikat hati dan cinta suaminya, dia terpaksa berdepan dengan Puan Sri Afifah. Bagi Puan Sri Afifah yang datang ke rumahnya bukan menantu tapi, hantu. “Qeesya Ameena kau ada dua misi. Satu, projek memikat Izz Rayyan Iskandar. Dua, projek memikat hati Puan Sri Afifah a.k.a Queen of the Lions.”

Sejauh mana hubungan Qeesya dan Rayyan dapat bertahan? Dan adakah mampu Qeesya melembutkan hati mak mentuanya yang keras ibarat batu-bata itu?

“Sumpah, aku menantu bukan hantu!”

GUY NEXT DOOR
GUY NEXT DOOR
Karya : Rose Harissa

Kisah perang mulut antara dua jiran (Kristal Abdul Hamid – sudah punya teman lelaki, Fandi) dengan (Adam Putra Iskandar). Kris memandang serong pada Adam, anak emak yang disangkanya menganggur. Kris selalu dileter oleh emaknya dan dibandingkan dengan Adam.

Sehinggalah Adam memulakan langkah meleraikan perang dingin antara mereka. Bermulalah bermacam-macam peristiwa lucu dan mengusik hati Kris dan Adam. Daripada menyampah menjadi suka.

“Kuketuk pintu rumah sebelah, kujumpa cinta dia!”

AKADKU YANG TERAKHIR
AKADKU YANG TERAKHIR
Karya : Acik Lana

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”


p/s : Untuk belian online sila ke laman web Kaki Novel

#PrayForMH370


Thursday, March 20, 2014

STPM.. SPM..

ASSALAMUALAIKUM

Kelmarin keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia sudah pun selamat diumumkan. Dan khabarnya di Pulau Pinang sahaja keputusan STPM 2013 ada peningkatan berbanding tahun lepas. Tahniah semua. Dan hari ni pula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pula akan diumumkan. Mesti tak senang duduk dah adik-adik kita ni. Nak bagi kata-kata nasihat sikit ni, apapun keputusan korang nanti jangan terus putus asa ok. Perjuangan harus diteruskan tau.

Syeeda SPM tahun 2006 dan STPM tahun 2008. Masa ambil keputusan SPM tu dah macam tau result tak berapa nak ok. Banyak matapelajaran yang syeeda lemah antaranya pastilah matematik tambahan dan matematik. Memang bab mengira ni susah nak masuk sikit.hii Bila dah dapat result cikgu pun kata ok la tu result seimbang, ada A, ada B, ada C, E pun ada..huhu

Bila dah mai STPM, lagi jadi bersemangat nak belajar. Yela dek kerana kepupusan pelajar di tingkatan 6 menjadi pembakar semangat. Yela, kawan-kawan lain semua dah sambung belajar dekat universiti, politeknik, dan kolej masa tu.

Memang pulun belajar la masa kat tingkatan 6. Akhirnya apabila dapat keputusan STPM sangat bersyukur dapat result yang cemerlang. Syukur Alhamdulillah.

Pesan syeeda buat adik-adik yang dah dan bakal dapat keputusan STPM dan SPM 2013 apapun keputusan yang korang dapat ingatlah perjalanan korang tak terhenti di situ saja ok. Teruskan perjuangan korang ok. Never give up bak kata omputeh.

#PrayForMH370

Tuesday, March 18, 2014

Akan Datang Slot Akasia : Aku Isterinya


ASSALAMUALAIKUM

Drama Jika Itu Takdirku sedang bersiaran menerusi slot akasia tv3. Dan selepas ini khabarnya akan ditayangkan pula drama adaptasi novel Aku Bukan Mistress karya Acik Lana. Novel-novel Acik Lana memang tak pernah menghampakan peminat, sentiasa tip top.


Aku Bukan Mistress  Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita. 

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?


Akan mula bersiaran pada 31 Mac 2014 menerusi slot Akasia. Drama 28 episod arahan Fairuz Loy ini menampilkan watak utama Izzue Islam (Mikail) dan Anzalna Nasir (Mya Arlissa). 

*Novel terbaru Acik Lana Akadku Yang Terakhir April ini.

#prayforMH370

Batuk Oh Batuk

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah dapat juga syeeda update minggu ni kan. Lamanya tak update nak dekat seminggu jugak, bukan sibuk ataupun malas, tapi dek kerana begitu menumpukan pada perkembangan mh370 kat tv tu tambah-tambah bila buka astro awani. Khusyuk benor nengok kan..

Sebenarnya badan ni tak berapa nak sihat. Mulanya sakit tekak, tapi bila dah berandur pulih dia mai pula gatal-gatal kerongkong ni. Bila dah gatal mula la nak batuk-batuk. Akhirnya terkena pula selsema tapi takde la teruk. Cuma batuk ni je yang tak surut-surut. Tidur pun tak nyenyak sebab asyik nak batuk ja. Dan yang paling sedih suara pun dah garau gitu. Nak call client pun segan jadiknya..hii

Ok, tadi syeeda sempat google sikit petua nak hilangkan gatal tekak dan batuk-batuk ni:

*Ambil sesudu kicap masin dan perahkan limau nipis ke dalamnya. Minum ramuan ini ketika tekak terasa gatal..

Harap dapat membantu ye..

#prayforMH370

Monday, March 10, 2014

Doakan untuk Mereka - MH370

ASSALAMUALAIKUM

Pencarian sudah masuk hari ketiga dan semoga ada petunjuk baru yang bakal diperolehi. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita cukup terkesan dengan tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 ini. Walaupun ahli keluarga kita tidak berada dalam pesawat berkenaan, namun kita turut bersimpati dengan nasib penumpang-penumpang pesawat berkenaan. Rasa risau dan sedih turut ada bak kata pepatah cubit peha kanan, peha kiri pun turut terasa..



Sama-samalah kita seluruh rakyat Malaysia mendoakan semoga MH370 ditemui semula. Pastinya semua mengharapakn satu keajaiban akan berlaku. InsyaAllah.

Dan tolonglah jangan buat spekulasi-spekulasi. Dan tolonglah juga jangan nak salahkan mana-mana pihak. 

#PrayForMH370


Thursday, March 6, 2014

Shampu Safi Shayla

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah sudah hari Khamis ye. Ok nak cerita la ni, Ahad aritu lepas hantar adik balik hostel, misi kami yang seterusnya adalah shopping. Shopping barang keperluan ok. Jadi lepas solat asar kat Masjid Negeri, kami meneruskan perjalanan ke Mydin yang berdekatan dengan Pasar Chowrasta tu. 

Memandangkan Syampu dah habis, so kena beli yang baru. Kali ni nak cuba try syampu baru dari Safi iaitu Safi Shayla. Tengok botol syampu pun dah tertarik. Warna warni gitu. 


Ok, setiap warna botol tu adalah dia punyai khasiat tersendiri. 

*Warna hijau pucuk pisang - untuk segar bermaya
*Warna oren - kawalan rambut gugur
*Warna turquoise - anti kelemumur
* Warna merah jaumbu - licin terurus

Ia mengandungi  Habbatus Sauda lagi.

p/s : Syeeda pakai yang kaler turquoise tu.. =)


Wednesday, March 5, 2014

Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM


Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
#Penangsecondbridge


Tuesday, March 4, 2014

Jambatan Kedua Pulau Pinang

ASSALAMUALAIKUM

Malam Sabtu lalu, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah aka Jambatan Kedua Pulau Pinang udah pun selamat dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Pergi pun tak, nengok dalam televisyen pun idak sebab sibuk shopping. Hee

Alhamdulillah Ahad haritu dah pun dapat merasai naik jambatan baru ni. Sebelum tu sempat lagik pekena Nasi Kandaq Beratuq area Masjid Kapitan Keling lepas solat Maghrib. Memang selalu singgah solat Masjid Kapitan Keling lepas antar adik bongsu syeeda kat asrama. Tapi makan nasi kandaq beratuq memang first time.. Nama je orang Penang tapi nasi kandaq femes ni belum pun pernah try..hiii 

Lepas dah siap makan, terus balik. Menuju ke arah jeti, banyaknya kereta ngah nunggu feri. Mesti lambat nak kena tunggu. Jadi kami ambik keputusan balik ikut jambatan je. Akhirnya terkeluar idea nak naik jambatan baru. Kena ikut Jalan ke Bayan Lepas. Punyalah jem.. dan dekat Quensbay lagilah jem.


Uish ramainya yang berhenti. Jadi, kami pun ambik peluang berhenti kejap untuk ambik gambar. Yela baru-baru ni bolehlah berhenti kejap nak ambik gambaq kan, t dah banyak kenderaan bahaya kan kalau berhenti. Yang spesialnya motorsikal dah ada laluan sendiri. Baguslah camtu kan. Setelah puas bergambar kami meneruskan perjalanan balik.

Kami keluar melalui exit Batu Kawan dekat Bandar Cassia. Kalau terus lagi masuk dapatlah merasai lalu bawah tol cantik tu.

ehsan Google

Jalan yang sesak.. lama jugak baru kami dapat masuk highway melalui tol Tambun. Perjalanan untuk sampai ke exit Sungai Dua tak la lama sangat. Sampai dekat Sungai Dua, jem lagi.. Biasalah memang selalu jem dekat sini sebab banyak kedai makan. Ada Sungai Dua Char Keow Tiew, Mee Udang Pak Ngah.

Sampai kat umah dah nak dekat pukul 10.30. Haha Memang lambat sampai rumahlah kalau selalu balik ikut jambatan baru. 

p/s : Next entry nak cerita Jeti Batu Musang pulak =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...