Korang dah baca entry kat blog FAHMI?? entry pasal 10 top nahas kapal terbang...
Bila baca entry tu, tetiba syeeda teringat kisah tragedi Kapal terbang MAS terhempas kat Tanjung Kupang (ada masuk paper Utusan aritu..)
keratan akhbar tahun 1977:
Menurut sumber yang syeeda dapat dari Wikipedia:
*Penerbangan 653 Malaysia Airlines, jatuh terhempas kat Tanjung Kupang Johor pada 4 Disember 1977.
*Merupakan kemalangan pertama & paling banyak membawa maut iaitu 100 orang (93 penumpang, 7 ank kapal)
*menurut sumber-kemalangan terjadi akibat berlaku rampasan
*penerbangan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur
menurut sumber kapal terbang tu tak mendarap di KL, sebaliknya terus terbang ke Singapura . pada jam 8.15 malam, kapal terbang tu hilang dari radar menara kawalan dan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah Johor.
Antara yg terkorban:
-Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys
- usahawan Jepun, Tomio Gotto
-Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.
Arkib Utusan:
Cebisan daging manusia tersangkut di pokok:
Menurut bapa kepada 11 anak ini, ketika itu, dia bersama tujuh rakan lain berhasrat membantu mencari mangsa nahas yang mungkin masih bernyawa walaupun keadaan kapal terbang menunjukkan sebaliknya.
''Salah seorang kawan ternampak ada baju-T dan cuba menariknya. Tiba-tiba yang 'keluar' adalah tangan putus. Disebabkan terkejut, dia pengsan di situ juga," kata Kassim.
Rumah pengantin bergegar:
Kemeriahan majlis perkahwinan pasangan bahagia itu terganggu akibat kegemparan penduduk kampung apabila melihat sebuah pesawat sedang terbakar di udara, seolah-olah menjunam ke arah mereka.selama tiga bulan mereka terpaksa menghidu bau hanyir (hangit) mayat yang berkecai akibat tragedi tersebut.
(ARTIKEL PENUH JOM KLIK UTUSAN ONLINE)
Akhirnya cebisan mayat mangsa2 disemadikan dalam 7 keranda di Memorial Peringatan Tragedi Tanjung Kupang..
dipercayai 7 mangsa beragama Islam.
Sudah 33 tahun tragedi nahas..
mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa2 tragedi ini..
sesungguhnya ajal maut bukan kita yg tentukan. Hanya DIA yang tahu saat bila kita akan kembali padaNYA..
AMIN
seramnya huhuhu
ReplyDelete(^_^)
Assalamualaikum awak.. Allahurabbi.. sedihnya baca ni ~~~
ReplyDelete