ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, December 26, 2014

Pemenang Mini Giveaway #1

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah tamat sudah Mini Giveaway #1 Syeeda. Bagi yang tak sempat join, insyaAllah akan ada lagi mini giveaway selepas ni..

Syeeda dah buat cabutan pemenang yang bakal menerima sehelai tudung Aidijuma wl Orange Flower..


Cabutan dibuat oleh Syeeda sendiri. 
Dan hasil cabutan dah menenui pemenangnya

*
*
*

No. 20

Kepada pemenang sila email/pm details secepat yang mungkin :

Nama , Alamat , dan Nombor Telefon

ke

nursyeda89@gmail.com  
atau
https://www.facebook.com/SyeedaSanieyBlog


Tahniah kepada pemenang. Dan ucapan terima kasih buat semua yang sudi join mini giveaway #1 Syeeda. InsyaAllah akan ada lagi mini giveaway pas ni ok.

p/s : Kita cuba lagi k..


Wednesday, December 24, 2014

Senarai Peserta Mini Giveaway #1

ASSALAMUALAIKUM

Terima kasih ye sudi join mini giveaway Syeeda yang pertama ni.. Bagi yang belum join, jom cepat. Masih terbuka hingga jam 11.59 malam ini.

Bagi yang belum join, KLIK SINI ok.

SENARAI PESERTA :

7. http://najihahawanbiru.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
8. http://serimersing01.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
9. http://norshamimi.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
10. http://yangbaik.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
11. http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
12.http://pleaselovemeunconditionally.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1-dari-blogger-syeeda.html
13. http://kapas-putih.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
14. http://dilakazuha.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
15. http://akutechikmolek.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
16. http://adna2029.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
17. http://cikdelimamerah.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
18. http://izzeyda.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
19.http://missnn2409.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
20. http://azyyatiliah.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
21. http://ierasha222.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
22. http://ohmysecondblog.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
23. http://umikasum.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
24. http://superpapaya.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
25. http://aksarabiruu.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
26. http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
27. http://cahayaalammaya.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
28. http://faz-blinkerz.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
29. http://www.inaainaa.com/2014/12/mini-giveaway-1-syeedasaniey.html
30. http://insekio.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
31. http://loveyoucontest.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
32. http://narumihuda.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html
33. http://misspaiepal.blogspot.com/2014/12/mini-giveaway-1.html

*Sila check link masing-masing ye. Kalau tak ada inform Syeeda ok. Takut terlepas pandang..

Pemilihan satu orang pemenang akan dibuat menggunakan kaedah tradisional ok. Lipat-lipat kertas dan masukkan dalam balang gitu. Dan pemilihan akan dibuat pada 26/12/2014.

Jom join ramai-ramai..

p/s : Doakan untuk saudara-saudara kita di pantai timur. Semoga banjir di sana segera surut.. 


Tuesday, December 23, 2014

Mini Giveaway #1

ASSALAMUALAIKUM

(TAMAT)

Hari ni nak buat mini giveaway sikit sebagai tanda penghargaan terima kasih buat semua sahabat blogger yang sudi singgah kat blog syeeda ni dan yang sentiasa memberi sokongan..

Hadiah simple jer.. Sehelai tudung aidijuma white label-orange flower untuk seorang pemenang.



Syarat yang mudah untuk join :

  • Follow blog Syeeda Saniey bagi yg belum follow..
  • Buat satu Entry dengan tajuk "Mini Giveaway #1" & letakkan sekali banner kat atas dan backlink ke entry giveaway ni..
  • Dah siap entry, letak link entry tadi kat ruangan entry giveaway ni ok..
Giveaway berlangsung sehingga 24/12/2014 jam 11.59 malam.

Jom join

#aidijumalover
#aidijumawhitelabel



Tuesday, December 16, 2014

Perlukan CUTI

ASSALAMUALAIKUM

Dah hujung tahun 2014, kejapnya masa berlalu. Dulu zaman belajaq punya la dok meratuih pasaipa lambat sangat masa ni berjalan.. Ehee rindunya. Bila dah kerja cara kerja la.. dengan nak pikir macam-macam kan. Jadi, hujung-hujung tahun ni otak pun dah letih, nak kena holiday ni. Nak mikir pun jadi letih dah. 

Cuti pun ada lagi. Jadi apa kata kita cuti nak.. sapa nak join..hehe Cukuplah setakat 3 4 hari dah kira ok. Janji cuti. Hee

ehsan Google

Dah apply cuti, agak-agak nak est kat rumah ka atau pi holiday ? Kalau pi holiday kat mana yang best?

Sekali sekala holiday apa salahnya kan. Boleh jadi terapi jugak tu. 

P/S : Kali ni holiday kat mana uolls?


Tuesday, December 9, 2014

Novel Yang Ditunggu-Tunggu

ASSALAMUALAIKUM

Lamanya tak baca novel.. bukan takdak masa tapi malas.. dulu zaman muda belia rajin la baca sebab masa tu kan baru masuk alam remaja..hihi Dan lama jugak tak membeli novel.. sekadar window shopping je aritu..

Dengarnya ada 2 novel sambungan akan terbit tak lama lagi. Dua-dua dah keluar drama kat tv..


BICARA HATI 2


Mesti ramai yang dah tak sabar nak baca kan kan..hii Novel karya Damya Hanna ni akan terbit kalau tak silap 25 Dis 2014.

Sinopsis :

“SETIA ke akhir hayat!”

Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.

Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat.

Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.

Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?

Dan novel kedua ialah ........

MISS YOU MR ARROGANT
(sambungan dari novel Love You Mr Arrogant)

Gambar: (NOVEL TERBARU JANUARI) MISS YOU MR. ARROGANT - Aliesha Kirana

SAMBUNGAN NOVEL/DRAMA LOVE YOU MR.ARROGANT. Novel ini akan diterbitkan dan berada di pasaran kedai pada bulan januari 2015, Bagi yang ingin mendapatkan novel ini TERAWAL, Dapatkan novel ini di ‘Malaysia Book Expo 2014’ 10 Disember - 14 Disember 2014 di PWTC, Kuala Lumpur. Jumpa kami di bilik Johor - Kedah, pwtc, kl. Novel terbaru dari penulis novel love you mr. arrogant.

ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka. 

MARWAN NAKHAIE… Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.

“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM

“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” - ZAARA

“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM

Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi mr. gentleman. Ya, dia nekad!

“Bunga tadi awak yang hantar?” - ZAARA

“Of course.” - IRHAM

“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” - ZAARA

“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrogant lagi.” – IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant!

Tajuk: Miss You Mr. Arrogant
Penulis: Aliesha Kirana
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-88-8
Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak)

Novel karya Aliesha Kirana ini akan berada di pasaran pada Januari 2015. 

Sinopsis :

ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.

MARWAN NAKHAIE… Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.

“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM

“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” - ZAARA

“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM

Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi mr. gentleman. Ya, dia nekad!

“Bunga tadi awak yang hantar?” - ZAARA

“Of course.” - IRHAM

“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” - ZAARA

“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrogant lagi.” – IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant

Best kan. Nantikan kemunculan 2 buah novel ni kat pasaran ok. 



Thursday, December 4, 2014

Karya Seni : Novel Terbaru Disember 2014

ASSALAMUALAIKUM

Lama tak update novel terbaru kan.. Kali ni nak update novel keluaran Karya Seni pulak. 

Tajuk: Suami Edisi Terhad
Penulis: Marissa
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-87-1
Harga: RM21 (Semenanjung) // RM24 (Sabah & Sarawak)


Dia lelaki biasa-biasa saja, tapi apabila menjadi seorang suami, dia menjadi sangat luar biasa. Nakal, seksi, penyayang dan seorang bapa yang baik. Itulah Suami Edisi Terhad yang bernama HAZRUL EFFENDI.

“Sayang…”
“Emmm…”
“Kalau makan ikan, lepas tu jangan minum air tau.”
“Kenapa?”
“Takut ikan tu berenang dalam perut.”

Beginilah nasib seorang isteri bernama AZIAN YUHANIS yang sangat bahagia kerana memiliki seorang suami yang sangat istimewa. Kena buli selalu!
Namun rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda gelora? Pasti tak terlepas dari semua itu. Dugaan datang dari kanan dan kiri.

“Eh, mama tahu. Kamu yang hasut Hazrul, bukan? Kamu yang hasut Hazrul tinggalkan Menara Holding. Kamu takut Puteri Zahra akan rampas Hazrul, jadi kamu paksa Hazrul buat keputusan begitu. Mama baru tahu rancangan kamu. Tak sangka busuk betul hati kamu, Azian. Pentingkan diri sendiri. Sebab takut Hazrul tak pedulikan kamu, sanggup kamu buat rancangan jahat macam tu.”

Seorang ibu mentua yang sudah diracuni fikirannya bertindak mahu meruntuhkan mahligai anak sendiri. Yang tidak-tidak saja dilakukan demi mengikut arahan si batu api bernama PUTERI ZAHRA.

Berjayakah rancangan kedua-duanya? Atau HAZRUL EFFENDI akan kekal menjadi SUAMI EDISI TERHAD dalam menghadapi kemelut yang melanda?


Tajuk: Memilihmu Kerana Dia
Penulis: Myra Ameer
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-86-4
Harga: RM29 (Semenanjung) // RM32 (Sabah & Sarawak)


“Tolong jaga bonda dan Heritage.” - Ku Azran

Kerana satu amanat daripada arwah suaminya, Ku Azran, hidup Nur Sarah diserahkan sepenuhnya kepada Bonda Mariam dan Heritage. Namun kepulangan waris tunggal Heritage, Tengku Ammar Muiz, bekas adik iparnya dari pelarian dan secara tiba-tiba telah menyebabkan hidup Nur Sarah lintang-pukang.

Keadaan menjadi lebih parah lagi apabila Bonda Mariam membuat keputusan untuk menyatukan mereka berdua. Ku Ammar menentang dan Nur Sarah menolak. Tetapi kerana satu kesilapan dan demi Heritage, Ku Ammar dan Nur Sarah terpaksa akur. Kata-kata kesat digunakan tanda Ku Ammar langsung tidak bersetuju dengan perkahwinannya.

“Dengar sini Sarah, walaupun kau isteri aku tapi aku tak pernah terfikir nak sentuh kau sebab aku jijik! Jijik nak sentuh bekas adik kandung aku sendiri!” – Ku Ammar

Nur Sarah pula hanya mampu bersabar dan bersabar... Demi amanat, dia kena kuat! Namun, belum dia temui kebahagiaan yang dicari, timbul pula isu Ku Ammar ingin mengahwini teman wanitanya, Lisanani. Hati isteri mana yang tidak terluka? Dek tidak mahu membiarkan Ku Ammar hanyut dalam dunia cintanya, Nur Sarah rela dimadukan! Sudah bermadu, hidupnya semakin sengsara dek madunya yang ingin membalas dendam.

“Buat apa nak membazirkan air mata, Sarah? Kalau aku jadi kau, dah lama aku keluar dari rumah ni. Kau tak malu ke? Orang dah tak suka buat apa kau nak terhegeh-hegeh, kan? Atau kau suka dijadikan alat?” - Lisanani

“Enough, Lis. Aku tak perlukan nasihat kau. Selagi Ammar tak ceraikan aku, selagi tu aku tak akan keluar dari rumah ni. Selagi Ammar tak pecat aku dari Heritage, selagi itulah aku akan bekerja di situ!” – Nur Sarah

“Damn you, Sarah! Kau ingat aku akan diamkan, Sarah? Kau mimpilah dulu. Kita tengok siapa yang akan dihalau nanti!” – Lisanani

Kerana fitnah yang ditaburkan oleh madunya sendiri, Nur Sarah pendamkan saja perasaannya yang mula tumbuh buat sang suami. Dia reda andai Ku Ammar melepaskan dia. Tapi pelik kenapa Lisanani beria-ia hendak menghalau Nur Sarah? Siapa Lisanani yang sebenarnya dalam hidup Ku Ammar? Tiadakah cinta buat Nur Sarah daripada suaminya? Semuanya dalam Memilihmu Kerana DIA...

Best kan! Dah best kena la pi beli ok..
Selamat membaca..

Tuesday, November 4, 2014

Pertama Kali Makan Tosai

ASSALAMUALAIKUM

Walaupun dah bertahun duk pi makan nasik kandaq tapi ni baru first time nak try tosai. Selalu dok order roti canai tak roti canai roti telur. Capati pernah la dua tiga kali memang sedaplah sampai licin kuah. 

Lepas interbiu dan renew lesen kat jpj rabu lepas, ayah bawak pi makan kat kedai mamak. Orang tak menyoroq (sarapan) pagi tadi memang lapar sangat-sangat la kan. Dan memandangkan belum tengahari jadi pesan makanan yang ringan-ringan saja. 

credit : Google

Dek teringin nak try tosai maka order lah sepinggan tosei dengan secawan teh ais. Ayah pulak order roti telur ngan susu lembu suam. Tak lama tunggu sampailah tosei.. oOOoo camni ka rupa tosai awat ada tiga kuah..hii nampak sangat jakun tak pernah makan.. Dahlah punya besaq tosai.. bolehkah habis ni??? 

Dah masuk mulut awat pulak rasa masam.. ishh hati tak tenang dah.. haha tanya ayah tosai memang masam ka.. La rupanya tosai memang masam la cek oii. Punyalah tak pernah makan camni lah jadiknya. Last-last tak abih pun.. sebab banyak sangat..Hihiii



Friday, October 24, 2014

Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?



Assalamualaikum W.B.T

Yeah!!.. Hari ini Cik Yana dengan sukacitanya melancar satu segmen yang bertajuk Segmen : Anda Berasal Daripada Mana?. Segmen ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah antara blogger di seluruh Malaysia.. Segmen ini blogger baru ke blogger lama ke boleh join jangan malu-malu.. 

Syarat-syaratnya:
  • Pertama follow blog Cik Yana, Twitter Cik Yana, fanpage Cik Yana dan Instagram Cik Yana
  • Kedua, letak tajuk Segmen: Anda Berasal Daripada Mana?
  • Letakkan bendera asal negeri anda dan letakkan ayat Saya Orang........ 
  • Copy code dibawah dan paste kan dalam entri anda dan publish.
  • Segmen ini akan bermula pada hari ini 22 Oktober 2014 hingga 31 Disember 2014 pukul (11.59 PM).
 So apa lagi jom join ramai-ramai.. Ajak kawan-kawan korang.. 

Senang kan.

**************


Saya Orang Pulau Pinang.





Thursday, October 9, 2014

Tudung Aidijuma

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah masih dapat melaksanakan tugas hari ini. Dah berapa hari tak update tak senang duduk dibuatnya. Nak jugak update walaupun takdak lappy dah sekarang. Terasa macam nak angkat lappy baru pun ado. Susahnya nak buat kerja bila tak ada lappy.

Ok balik pada cerita tudung AJ ni. Dua tiga hari lagi nak raya haritu, tangan ni dok gatai search tudung AJ. Sejak beli Tudung AJ yang PERTAMA kat Sunway Carnival Mall dulu sampai la tak beli-beli dah. Search punya search tudia punya cantik tudung AJ white label yang corak batik tu.. Pulun cari stok sebab kebanyakan dah habis. Tak kisah la mahal sikit janji dapat beli satu. Yela sebab dah jatuhcinta kan..huhu

Akhirnya dapat jugak. Petang raya pertama siap bank in duit. Dan akhirnya kelmarin selamat sampai kat tangan Syeeda. Puas hati sangat.. dan tangan ni semakin gatal nak search lagi tudung AJ konon nak wat collection. Sekarang dok cari yang oldseason kalau-kalau ada gtaw na.. 

cantik sangat..

#aidijumalover dah kiter sekarang. (^_*)

P/S : Terlepas AJ Pink Eiffel RedLabel.. Kalau di restock alangkah bahagianya...


Friday, October 3, 2014

Salam Aidiladha

ASSALAMUALAIKUM

Aura raya dah mula terasa. Tapi tak adalah buat kuih cuma ketupat daun palas saja hidangan wajib. Rumah pun tak berkemas lagi. Hari ni jugak saudara-saudara kita yang menunaikan haji akan melaksanakan Wukuf.

Cuti pun dua hari saja. Huhu Jadilah daripada tak cuti langsung kan. Yang akan balik kampung tu, berhati-hati di jalan raya.


#selamatharirayaaidiladha


Wednesday, September 24, 2014

Makan Angin Di Perlis

ASSALAMUALAIKUM

Cuti Hari Malaysia yang lepas, tiga family sebelah ayah kami konvoi pi Perlis. Jam 7.30 pagi kami gerak dari rumah menuju ke Wang Kelian. Keluar melalui exit Alor Setar Selatan dan ikut jalan lama ke Perlis. Dalam pukul 10 pagi sampailah kami kat Wang Kelian. Pertama kali untuk Syeeda. Selalu pi Padang Besar ja.. 

Memandangkan hari tu hari Selasa maka banyak kedai yang tak buka. Walaupun banyak kedai tak bukak barang yang dibeli boleh tahan banyaknya ok..hiii Siap tapau pulut ayam lagi.

Lepas tu kami bergerak pula ke Gua Kelam. Berkelah ramai-ramai, bestnya... Lepas makan, masuk Gua Kelam pulak. Harga tiket tak ingat pulak.. hii Air dok mengalir dalam gua tu kuat sungguh. 

Gua Kelam
Credit to Tourism Malaysia

Selapas solat bergerak pulak kami ke Taman Ular Perlis. Tahun lepas dah mai sini. Dan seperti biasa akan ada ular sawa yang diletakkan di hall. Sapa nak pegang, nak ambil gambar boleh aja.. Petangnya, kami ke Kuala Perlis pula. Alahai teringat kenangan belajaq kat uum.. dok mai amek angin tang ni la ramai-ramai dulu. Sebelum balik kita makan dulu..

Kuala Perlis
Credit to Tourism Malaysia

Lepas maghrib, kami pun bertolak balik. Yela esoknya kerja pulak..huhu

p/s : Kat mana lagi tempat percutian yang best?


Tuesday, September 9, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 7: Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

ASSALAMUALAIKUM

Kalau dulu Syeeda rasa malas sangat nak belajaq tapi sekarang baru la rasa rindu nak belajaq balik. Menyesal pun ada sebab tak mengaji betul-betul. Bagi Syeeda pendidikan tu sangatlah penting. Pendidkan ni tak semestinya kat sekolah sahaja tapi kat rumah pun boleh. Tapi tu bukan alasan adik-adik tak mau pi sekolah ok..haha


Pendidikan ni dia merangkumi banyak  aspek. Macam pi sekolah tu wajib tau. Pendidikan agama lagi wajib. Dan ada jugak pendidikan sampingan contoh macam ilmu memasak, menjahit, bertukang dan sebagainya.

Tak kisahlah kan nak belajaq sampai SPM ataupun ijazah dan sebagainya. Yang penting menuntut ilmu itu, Kalau kita tak ada ilmu susah kan.. misalnya jika kita tak tahu mengira duit jadi akan mudahlah kita ditipu oleh orang lain.

Selain pendidikan duniawi, pendidikan agama juga penting sebagai bekalan untuk hidup di dunia dan di akhirat kelak. 

Konklusinya.. (ciplak ayat karangan sat) pendidikan tu sanglah penting.

tamat #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari #day7



Monday, September 8, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 6 : Apa Yang Anda Makan Hari Ini

ASSALAMUALAIKUM

Terlepas untuk cabaran keenam hari Sabtu lepas..huhu Bila laptop takdak ni la masalahnya.. tapi takpe hari ni kita kejar lagik..=)



Hari Sabtu hari tu untuk breakfast special sikit la daripada hari-hari kerja. Karipap mari.. Buat inti kentang lada hitam + daging cincang. Nak sedap kenalah tambah jintan maniss.. pasni mesti bertambah manis muka..hii

Gambar tak sempat nak snap sebab tekun sangat kelim karipap. Dek kerana banyak sangat tak sempat nak goreng, kiter bakor kejap dan frozen sama dia..hihii 

#karipapkaripapcinta


Thursday, September 4, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah sempat lagi untuk menulis untuk #Cabaran30hari untuk hari keempat sebabnya dah terlepas kereta api ni..hii Balik rumah nanti dah tak boleh nak online ke laptop. Laptop masih dalam klinik ni tak dapat nak update entry..

Buku kegemaran Syeeda? 

Sejak masuk sekolah asrama tingkatan 1, minat membaca NOVEL mula dibajai..hii biasalah zaman  remaja kan =) Sangat obses dengan novel masa tu.. Paling ingat bila tuan punya buku terpaksa lekat satu kertas di mukasurat depan buku dan tulis nama peminjam.. ala-ala perpustakaan gitu..hehe Yang bestnya nama peminjam berderet-deret mengalahkan buku-buku kat perpustakaan lagi..


Sejak dari tu mula la beli sebuah novel dan melarat sampai novel ke berapa tak tahu la.. Sekrang dah hadkan belian novel tu. Tak muat almari dah..hii Dan sekarang dah mula beli buku-buku ilmiah pula.. macam motivasi, keagamaan dan sebagainya..

tamat entry untuk #hari4

#cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari



CABARAN 30 HARI : Hari 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

ASSALAMUALAIKUM

Cabaran untuk hari ketiga.. Sesuatu yang menguatkan Syeeda..



Ya, Keluarga. Itulah yang meguatkan Syeeda. Dari kecik sampai besar Mak dan Ayah banyak berkorban untuk kami adik beradik. Dan dari Mak dan Ayahlah Syeeda belajar menjadi kuat.

Bila ada masalah ja terus rujuk dengan family especially mak dan ayah. Ingat lagi masa masih belajar kat uum asal ada masalah ja telefon mak ayah.. Banyak nasihat berguna yang selalu dititipkan bersama sebagai pendorong untuk Syeeda masa belajar.

Bila dah habis belajar.. masih belum jumpa kerjaya sesuai dan jodoh. Dan mak ayah dan adik-adik selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan..

"Doa dan usaha banyak-banyak..InsyaAllah DIA bagi nanti.." pesan mereka.

Selalulah ingat pada ALLAH. Berdoa padanya dan jangan lupa usaha kerana Allah juga sumber kekuatan kita seluruh umat Islam. 

#Cabaran30hari
#Kelabbloggerbenashaari


CABARAN 30 HARI : Hari 2 : 5 Cara Memenangi Hati Anda

ASSALAMUALAIKUM

Cabaran untuk hari kedua.. Macam mana nak memenangi hati Syeeda ye..? 


Hormat:
Hormat itu perlu sangat biarpun sikit.. Tak kira pada yang muda atau pun tua. Apabila kita hormat orang lain, orang lain akan hormat kita jugak.. Hormat menghormati tu kan amalan kita. =)

Jujur dan Ikhlas:
Tak mau la bohong-bohong kita tau.. dosa tau.. Cakap ja jujur kita tak marah.. Lagipun tak ada faedah pun kan bohong ni.. Dan yang penting ikhlaslah menerima diriku ini..hii 

Pandai Pujuk:
Disebabkan Syeeda ni sensitif orangnya jadi selalunya termerajuk gitu. Jadi cara nak memenangi hati Syeeda seseorang tu kenalah pandai pujuk Syeeda..hii Tak kisahlah cara macam nama nak pujuk tu..

Keluar jalan-jalan:
Ni memang hobi la.. Selalunya Syeeda suka window shopping. Window jela jimat cermat sikit..hii Melancong lagi la suka..hii keluar makan-makan pun boleh.. sebab bila keluar ni hilang sikit rasa tekanan tu kan..

Ambil berat:
Apabila orang ambil berat tentang diri kita pasti kira rasa dihargai dan disayangi kan.. Rasa bahagia sangat.. Hilang segala masalah yang dok bersarang dalam kepala.. =)

tamat #Cabarah30hari #kelabbloggerbenashari #day2

Wednesday, September 3, 2014

CABARAN 30 HARI : Hari 1 : 1 Gambar Terbaru Anda dan 5 Fakta Tentang Diri Anda

ASSALAMUALAIKUM

Terima Kasih to mamaniza sebab menemukan Syeeda dengan segmen #cabaran30hari #kelabbloggerbenashaari. Walaupun dah terlewat 3 hari tapi nak jugak join. Takpe Syeeda follow perlahan-lahan ok. Sekurang-kurangnya takde lah blog berabuk sangat kan.. =)


gambar terbaru Syeeda.. =)



FAKTA TENTANG DIRI SYEEDA

* seorang yang pemalu dan pendiam.. 

*Bila marah cepat sejuk hati ni.. buat apa nak marah lama-lama kan.. 

*seorang sensitif dan mudah mengalirkan air mata pabila hati tersentuh..

*cat lover.. kat rumah dah macam mini zoo kucing..hii


*suka window shopping.. 




Siap #cabaran30hari #day1 #kelabbloggerbenashaari . 
Next entry tunggu....


Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM


#madahpagi #kakinovel

Thursday, August 21, 2014

Tempe Goreng Kicap Bersama Ikan Bilis ala Syeeda

ASSALAMUALAIKUM

Kelmarin balik kerja dapatlah masak sikit untuk menu berbuka. Memandangkan menu utama dah ada jadinya masak simple je. Ghosek (cari) peti ais ada tempe. Ikan bilis ada.. siap. Menu simple yang dah lama tak makan. Tempe goreng kicap dengan ikan bilis.. Aduhai panjangnya nama resepi. Resepi ni Syeeda pakai campak janji kena dengan selera. Hii

Bahannya : Tempe, ikan bilis, bawang besaq dan cabai melaka.

Caranya : Potong tempe jangan tebai @ nipis sangat noo. Goreng sampai kekuningan gitu. Angkat dan goreng ikan bilis pulak. Semalam guna ikan bilis yang besaq sikit tu Dah agak garing masukkan tempe yang dah digoreng balik dalam kuali bersama ikan bilis tadi. Kalau minyak banyak sangat buang sikit ok. Akhirnya percik la kicap manis sikit. Dan masukkan bawang besaq dan cabai melaka yang dipotong. Siap.

Makan panas-panas sedap oo. Tapi kalau simpan lama ikan bilis tu liat satgi. Semalam sekali harung licin pinggan sampai tak sempat nak ambik gambaq..Hii


Wednesday, August 6, 2014

Kembali Bersiaran

ASSALAMUALAIKUM

Lamanya cuti.. cuti raya + dengan cuti berblogging sekali. Yela sepanjang cuti raya selama seminggu ni memang padat aktivitinyer kan.. Yela bila lagi nak jumpa saudara mara.. masa raya ni lee

Minggu ni dah start kerja. Mood raya pun dah makin hilang.. back to normal! Rindunya nak buka puasa, nak terawih, pasang pelita.

Ok di kesempatan ni di bulan Syawal yang mulia ni, Syeeda ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua sahabat-sahabat blogger. Maaf ye andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara.. kosongkosong ok.


#kosongkosong

Friday, July 25, 2014

PERHATIAN : Peserta Segmen Kad Raya

ASSALAMUALAIKUM

susahnye le buat entry pakai handphone ni...caam tungging langgag ja.. nasiblah encik lappy buat hal pulok..

buat peserta segmen kad raya, syeeda dah pos kad raya bg pemenang yg dah send details.. dan masih ada 8 pemenang yg belum bagi details.. 

dek kerana dah nak raya..rasanya tak sempat dah nak cari pemenang baru..jadipada semua peserta (kecuali yg telah menang) bolehlah send nama, alamat dan no. link korang taw...
di ruangan komen ini. maklimat korang takkan di publish. 8 org terpantas akan menerima kad raya..

sekian entry panjang lebar tungging langgang.. selamat berpuasa.

P/S : Tinggal lagi EMPAT. --updated--

Tuesday, July 22, 2014

Motherboard Rosak : Baiki atau Beli Baru?

ASSALAMUALAIKUM

Laptop yang telah enam tahun berbakti masa zaman belajar dulu dah mula menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Hard disk dah pun bertukar, mungkin habuk dan tahap kepanasan yg tinggi kot buat encik lappy meragam kan.




Tak pasti rosak yang bagaimana tapi daripada maklumat yang syeeda google tadi, tanda-tanda yang ada kat encik lappy samalah dengan tanda kerosakan motherboard. Huhu Nampaknya tak dapatlah nak ber blogging buat sementara waktu. Ini pun pinjam pc orang..

Pendapat korang la, bila dah motherboard rosak baiki ke atau beli je lappy baru? Haish nak baiki dengarnya banyak jugak nak keluar pitis ni.. beli lagi la.. Tapi mana yang lagi ok antara baiki @ beli baru?

P/S : Pemenang Segmen Kad Raya, sila pm NAMA dan ALAMAT ye..


Monday, July 21, 2014

Pemenang Segmen Kad Raya

ASSALAMUALAIKUM

Maaf ye lewat umumkan pemenang. Ok sebelum ni Syeeda nak bagi kad raya kepada 12 blogger bertuah. Syeeda tambah lagi 4 keping kad raya. Jadi, ada 16 keping kad raya semuanya.. =)




PEMENANG SEGMEN KAD RAYA :

random.org :

34
31
12
23
19
11
9
8
15
32
27
14
18
10
28
5

*yang bold MERAH tu yang sudah HANTAR details

Kepada pemenang di atas, sila hantar detail (NAMA & ALAMAT) sebelum atau pada 23 Julai 2014, (Rabu) dan sertakan juga nombor dan link penyertaan korang di :

atau 
Email : nursyeda89@gmail.com

Selamat Berpuasa


Friday, July 18, 2014

Tragedi MH17

ASSALAMUALAIKUM

Belumpun selesai pencarian kehilangan pesawat MH370, semalam 17/07/2014 kita seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan terhempasnya pesawat MH17 di Ukraine yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dijangka akan tiba di KLIA jam 6.10 pagi tadi. Pesawat membawa seramai 280 penumpang dan 15 orang anak kapal.



Sedikit info mengenai pesawat MH17 :

Jenis Pesawat : Boeing 777
Nombor Penerbangan : MH 17
Tarikh Penerbangan Pertama : 17.7.1997
Usia Penerbangan : 17 Tahun
Tarikh Terhempas : 17.7.2014


kenyataan dari pihak Malaysia Airlines

Ya Allah besarnya ujian yang 'dikirimkan' buat kita. Namun pasti ada hikmah di setiap apa yang terjadi. Bersabarlah dan terimalah qada' dan qadarnya. DIA datangkan ujian tanda DIA sayang pada kita. 

Salam takziah buat ahli keluarga. 

#20Ramadhan




 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah