PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, December 9, 2014

Novel Yang Ditunggu-Tunggu

ASSALAMUALAIKUM

Lamanya tak baca novel.. bukan takdak masa tapi malas.. dulu zaman muda belia rajin la baca sebab masa tu kan baru masuk alam remaja..hihi Dan lama jugak tak membeli novel.. sekadar window shopping je aritu..

Dengarnya ada 2 novel sambungan akan terbit tak lama lagi. Dua-dua dah keluar drama kat tv..


BICARA HATI 2


Mesti ramai yang dah tak sabar nak baca kan kan..hii Novel karya Damya Hanna ni akan terbit kalau tak silap 25 Dis 2014.

Sinopsis :

“SETIA ke akhir hayat!”

Itulah ikrar Zahlia dan Tengku Syahran sejak mereka jatuh cinta selepas nikah. Setiap saat, mereka berdoa agar kasih sayang itu terus mekar.

Namun, setelah hampir lima tahun menyulam bahagia, rumah tangga Tengku Syahran dan Zahlia diuji lagi. Badai yang melanda melukakan dua hati. Zahlia menderita. Tengku Syahran pula merana. Biarpun pahit untuk ditelan, mereka pasrah menerima segala yang telah tersurat.

Bagi Zahlia, sungguhpun mengaku reda, hatinya tak pernah ikhlas. Dia sering menyalahkan diri sendiri. Lantaran itu, rumah tangganya mulai goyah. Warna-warna ceria yang selama ini menghiasi hidupnya, sekelip mata menjadi suram.

Tengku Syahran memendam rasa. Gelisah di jiwanya tiada siapa yang mengerti. Sebagai suami, salahkah jika dia mahu meminta hak dan perhatian daripada seorang isteri?

Dan novel kedua ialah ........

MISS YOU MR ARROGANT
(sambungan dari novel Love You Mr Arrogant)

Gambar: (NOVEL TERBARU JANUARI) MISS YOU MR. ARROGANT - Aliesha Kirana

SAMBUNGAN NOVEL/DRAMA LOVE YOU MR.ARROGANT. Novel ini akan diterbitkan dan berada di pasaran kedai pada bulan januari 2015, Bagi yang ingin mendapatkan novel ini TERAWAL, Dapatkan novel ini di ‘Malaysia Book Expo 2014’ 10 Disember - 14 Disember 2014 di PWTC, Kuala Lumpur. Jumpa kami di bilik Johor - Kedah, pwtc, kl. Novel terbaru dari penulis novel love you mr. arrogant.

ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka. 

MARWAN NAKHAIE… Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.

“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM

“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” - ZAARA

“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM

Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi mr. gentleman. Ya, dia nekad!

“Bunga tadi awak yang hantar?” - ZAARA

“Of course.” - IRHAM

“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” - ZAARA

“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrogant lagi.” – IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant!

Tajuk: Miss You Mr. Arrogant
Penulis: Aliesha Kirana
Penerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-88-8
Harga: RM23 (Semenanjung) // RM26 (Sabah & Sarawak)

Novel karya Aliesha Kirana ini akan berada di pasaran pada Januari 2015. 

Sinopsis :

ZAFRIEL IRHAM seorang lelaki yang berlagak dan berhati dingin. Walaupun setelah mengahwini Zaara, sikapnya itu masih tidak berubah kerana Zaara boleh menerima dia seadanya dan tidak kesah dia kekal sebegitu. Hidup mereka bahagia sahaja seperti kisah cinta yang lain, namun segalanya berubah sebaik MARWAN NAKHAIE muncul dalam hidup mereka.

MARWAN NAKHAIE… Lelaki sempurna yang punya pakej lengkap itu ibarat ancaman kepada perkahwinan mereka. Irham tahu bapa saudaranya yang hampir sebaya dengannya itu mampu berbuat apa sahaja demi mendapatkan cinta seorang wanita waima wanita itu isteri anak saudaranya sendiri. Buaya darat yang terkenal dengan mulut manis dan pesona romantisnya mampu mencairkan hati mana-mana gadis. Irham bimbang Zaara tertawan.

“Awak jangan cuba nak rapat sangat dengan dia. Dia tu kasanova, playbuaya semua, ada tahu?” -IRHAM

“Isy, tak baik awak cakap macam tu. Awak tak percayakan pak su awak ke? Awak ingat sanggup ke pak su awak nak goda isteri anak saudara dia sendiri?” - ZAARA

“Saya bukan tak percayakan dia. Saya tak percayakan awak.” – IRHAM

Maka misi mengikat hati isterinya harus dilaksanakan demi menyelamatkan rumah tangganya walau dia terpaksa membuang segala egonya jauh ke dalam lombong. Dia harus mengubah dirinya daripada seorang mr. arrogant menjadi mr. gentleman. Ya, dia nekad!

“Bunga tadi awak yang hantar?” - ZAARA

“Of course.” - IRHAM

“Awak mister arrogant, bukan mister gentleman.” - ZAARA

“Saya dah jadi mister gentleman sekarang ni. Jangan nak panggil saya mister arrogant lagi.” – IRHAM

ZAARA AMIRAH bukanlah seperti seorang isteri tipikal lain yang mendambakan suami yang romantis. Dia benar-benar tidak kesah bersuamikan mr. arrogant itu tetapi sejak kemunculan Marwan, suaminya sudah berubah menjadi seorang yang pelik. Lelaki berhati kering itu boleh juga menjadi romantik, ya? Tapi kenapa dia rasa rindu pada Irham yang dahulu? Yang tidak punya perasaan dan sering membulinya? Adakah dia sudah tidak betul kerana lama bersuamikan lelaki berlagak itu? Ah, sungguh dia rindu kepada mr. arrogant

Best kan. Nantikan kemunculan 2 buah novel ni kat pasaran ok. 



4 comments:

Nur Inani said...

tak sabar nak tunggu ^_^

Farah Waheda Wahid said...

macam menarik jer ni...kesinambungan kisah... thanks for sharing dear...

Bunda a.k.a KN said...

Salam ukhwah dari Bunda..

shahirah adnan said...

wahhhhh xsabarnya nk baca..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...