PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Monday, October 31, 2011

Syeeda Minta Tolong.

selamat mlm smua..(*_^)
syeeda nak mintak tolong smua..
bleh tak..hii tolong erk..

nak minta shbt2 blogger tersayang tinggalkan komen utk kaji selidik syeeda..
especially yg masih BELAJAR
boleh kan
klik je link bawah ni


cara nak jwb
Cth:
1. A
2. A
3. RM 3000
4.A 
(kalau korang jawab B, xpayah jawab soalan no 5)
5. A
6. A
7. 50 %

kerjasama sahabat2 sekalian syeeda ucpkan terima kaseh
(^_*)








Tolong Jawab (*_^)

kaji selidik ni utk assignment statistik gunaan syeeda, kat kampung susah nak cari responden la..huhu
 JOM JAWAB, sikit je soalan, tinggalkan JAWAPAN di ruang KOMEN syeeda ya
TIME KASEH
(^_*)

SOALANNYA:

soalan satu (1):
Jantina anda....
A. Lelaki
B. Perempuan

Soalan dua (2):
Kaum...
A. Melayu
B. Cina
C. India 
D. Lain-lain

Soalan tiga (3):
Pendapatan bulanan keluarga: RM________

Soalan empat (4):
Adakah anda mempunyai pendapatan sampingan selain pinjaman pelajaran? cth: kerja part time dan elaun
A. Ya
B. Tidak
(kalau ya, jawab soalan no. 5 taw..)

Soalan lima (5):
Dari mana pendapatan sampingan yg anda dapat/peroleh?
A. Kerja lebih masa
B. Elaun dari keluarga
C. Kedua-duannya

Soalan enam (6):
Daripada 4 kategori di bawah, yg mana satu kamu belanjakan banyak duit dalam masa sebulan?
A. peralatan belajar (buku, alatulis dll)
B. komunikasi (handset, broadband, top up dll)
C. penjagaan diri (baju, hiburan, kesihatan, dll)
D. pengangkutan (motor, kereta dll)

last soalan (7)
berdasarkan jawapan di (6), berapa % duit kamu guna ?
__%

Sunday, October 30, 2011

Penat Tapi Puas

Slmt pagi Ahad..hari minggu di Penang, bukan di Kedah..
nasib syeeda balik kampung..dpt cuti hari ahad..hii
time kaseh sahabat2 yg sudi join 2nd GIVEAWAY syeeda, baru je tgk
sesapa nak join masih ada peluang..JOM

semalam a.k.a kelmarin syeeda g rombongan anjuran tadika mak..g Kuala Kangsar n Taiping
ala rombongan knk2 ribena gitu.
g zoo, taman tasik je katTaiping
kat Kuala Kangsar hanya dpt g galeri Sultan Azlan je sebab mulanya ingat nak g istana kenangan tapi tutup atas sebab2 yg xdapat dielakkan..

buah tgn tu xdpt byk la..huhu sebab masa singkat..takut hujan so kita g zoo cepat2 sebab kat situlah tempat yg kena dgn budak2 kan..dan dekat zoo tu lah byk masa dihabiskan dlm kira2 4 jam jugak..hii
bertolak balik jam 6 petang

sampai di Penang sekitar jam 8malam jugak la 
fuh penat jugak sampai selsema menyerang kembali..
masa untuk mkn ubat..hihi

ok ada masa syeeda upload sket pic2 binatang2 zoo taiping..hii

p/s: pagi ni pekena mee sanggul goreng sepinggan..KENYANG..alhamdulillah ^_*

Wednesday, October 26, 2011

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

syeeda joined

KLIK BANNER TAW

jom la pakat ramai2 join..
tak susah senang ja, yg memollow pasti difollow balik..hii
Bukan apa, utk mengeratkan hubungan silaturahim sesama blogger
*_^

TQ



Saturday, October 22, 2011

Apa Perasaan Anda??

slmt pagi sabtu..dah tidur ke sahabat2 sekalian..hii
esok mau keluar jalan2 g sebelum balik kampung Isnin ni..

Saja nak hilangkan tension wat assignment..nak tya korang la kan..kan..

apa korang rasa kalau korang benda buruk2 pasal korang diceritakan oleh kawan korang kepada org lain..atau lebih tepat pada pakwe dia..cuak tak?
padahal benda buruk tu korang tak buat atau tak terlintas langsung nak buat..
mesti mcm2 tanggapan dibuat ke atas diri kita kan..huhu
walaupun tak terniat langsung kita nak buat..sedihnya hati kan..
kes aniaya ni..huhu

tapi mungkin ada hikmah kan setiap apa yg berlaku dalam hidup kita ni..belajarlah dari kesilapan walaupun ia sekecil zarah..

komen korang?

p/s: tak sabaq nak balik..



Friday, October 21, 2011

Perjalanan Yang Panjang Jugak.

Assalamualaikum..
Buat apa malam2 ni? study? makan? xbuat apa2? macam syeeda la..haha
malam ni nak citer sket pasal syeeda, yela asyik bergosip je kn..haha nak cita sket la  perjalanan sebagai seorang student


(1995)
TABIKA KEMAS PADANG MENORA
bermula seusia 6 tahun, syeda sekolah tadika kemas dekat kampung jer..


masuk darjah satu, syeda sekolah kat sini
(1996-2001)
SK PADANG MENORA


habis ja darjah 6, berbekalkan keputusan UPSR yg cukup2 makan, Alhamdulillah syeeda dapat sambung belajaq dekat sekolah nie..
(2002-2006)
SMK DATO' ONN, BUTTERWORTH, PULAU PINANG.
dekat sekolah ni lah byk kenangannya..biasalah duduk asrama kan..hii belajar hidup berdikari.. dekat sekolah ni jugak syeeda amek exam PMR + SPM
Nak cita kenangan tu memang banyak la..ni sekolah bestari, asrama harian
best dok asrama!!

bila result SPM kuaq, sedaya upaya nak masuk mana2 institut pengajian, matrikulasi pon dah isi tp xdapat(kita xpandai..) huhu maktab lagi sah-sah tak dapat..
masuk kejap tingkatan 6 kat sekolah yg sama, lepas tu try pulak mintak politteknik..tapi.....
dah send mklumt, tapi bila check result ke poli, dia tulis data xditerima..frust tu
masa tu syeeda dah minta tukar ke sekolah yg dekat sikit dgn rumah..

lastly tekad duduk di tingkatan 6..pas tu dpt tawaran second intake uitm machang, diploma pengurusan bank..tapi dah banyak belajar di form 6, so syeeda teruskan di form 6

Badawi logo.png
(2007-2008)
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS, PULAU PINANG

berbekalkan usaha, doa, dan tawakal serta sokongat kuat keluarga dan cikgu2, akhirnya syeeda dpt masuk ke ipta berbekalkan STPM..walaupun org kata susah, tapi jika kita ada keinginan InsyaAllah smua itu tak mustahil..mana ada benda dlm dunia yg senang kan..??hii

jadi di sinilah syeeda sekarang...Alhamdulillah tapi perjalanan masih panjang..
(ambilan Julai 2009)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA, SINTOK, KEDAH.
BHRM 

selepas ni perjalanan perlu diteruskan selagi masih bernyawa di muka bumi Allah ini..
semoga hari-hari yg bakal mendatang akan memberi seribu satu makna buat kita
 "PERJALANAN MASIH PANJANG.."

Sunday, October 16, 2011

Isu Kita: Pendapat Korang??

Assalamualaikum..
Selamat petang hujung minggu..apa aktiviti hujung minggu ni..
Selesai sudah kelas untuk hari ni.. semangat nak balik membuak-buak dibuatnya..
rindu family, mak ayah adik2..
Si kucing sayang pulak sakit, tak mau makan..

petang yg mendung di bumi Sintok ni, saja la nak sembang2 kosong..
apa pendapat korang?? haha belum keluaq topiknya dah tanya pendapat ..hii



Dewasa ni syeeda tengok lelaki cenderung pilih makwe yg ciut miut..lawa..seksi seksa..
apa ciri2 ??

CER CITER




Friday, October 14, 2011

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

selamat malam...baik semua hari ni..
Amboi khusyuk tengok bola erk..tapi dalam keasyikan tengok bola tu jgn lupa pulak yg kita 
bakal dapat Agong baru..

Haa xtau la tu.. Agong yang sekarang ni dah nak tamat tempoh pemerintahan Baginda.. 
Lepas ni negara kita bakal dapat YDPA yg baru.. yang ke-14

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar 
Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan 
Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama...

-dipetik dari Bernama-

jadi jangan buat tak tau pulak..nanti org tanya nama YDPA pun tak tau pulak...

CINTAILAH NEGARA, BANGSA, DAN AGAMA..
HAYATI SEJARAH, DALAMI DAN PELAJARI AGAMA..

p/s: Esok Sabtu..


Wednesday, October 12, 2011

Kasihanilah bayi-bayi itu

Assalamualaikum..
selamat malam sahabat2 yg syeeda kasihi sekalian..akah khabaq hari ni? ok kan?
Kebelakangan ni banyak kuar cite kes buang bayi.. kalau buka fb tu, macam2 citer pasal buang bayi dengan gambar2 dia lagi, cukup menyayat hati
apakah salah anak-anak kecil itu? mereka tak tahu apa2..
salah ibu ayah mereka yang tersungkur dalam maksiat akibat iman yg rapuh..
Ya Allah minta dijauhkan kami dari aktiviti maksiat ini .. kuatkan lah iman kami Ya Allah
yg menjadi mangsa anak2 kecil itu.. kasihanilah mereka

petikan ni syeda ambil dari fb, sebak baca artikel ni.. perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya
JOM BERSAMA KITA BACA DAN HAYATINYA



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” 

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Sesungguhnya anak ini perlukan kasih sayang IBU. 
jagalah dia dengan sebaiknya
kerana sesungguhnya dia amanah Allah yang tak ternilai harganya.

Janganlah dibunuh anak yg tak berdosa ini..


Tuesday, October 11, 2011

Al-Fatihah Datuk Ahmad Jais Meninggal Dunia

Slm selasa.. 11.10.11 bersamaan 13 Zulkaedah 1432H...

Datuk Ahmad Jais

kita kehilangan seorang lagi penyanyi veteren, Seniman Datuk Ahmad Jais , meninggal dunia di 
Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam 
jam 9.19 pagi tadi.

masih terngiang-ngiang lagu selamat hari raya nyanyian arwah..kali terakhir syeeda lihat kemunculan arwah di tv sewaktu program rtm raya..

AL FATIHAH
semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang beriman.

Monday, October 10, 2011

Mak Atau Boyfriend??

Situasi 1:
MAK
Mak: Minah, masakkan nasi goreng untuk mak. Mak lapar nak. Teringin benar makan masakan kamu.
Minah: Laa, Minah penat ni.
Mak: Hmm..Alahai anak aku.
BOYFRIEND
Mamat: Sayang, abang laparlah. Tiba-tiba terasa nak rasa masakan sayang. Harini masaklah untuk abang, boleh?
Minah: Boleh B. Sekarang jugak ayang masak (dengan tersenyum).
Mamat: Sayang awak lebih (gaya miang).


Situasi 2:
MAK
Mak: Minah, janganlah keluar malam-malam. Tak elok. Anak dara keluar malam. Apa kata dek orang nanti. Nanti jadi apa-apa kat kamu, siapa yang susah, mak jugak.
Minah: Mak ni membebel je. Orang bukan pergi mana pun, nak jumpa mamat kejap je. Hish!
Mak: Alahai anak aku.
BOYFRIEND
Mamat: Yang, abang hari ni duk jauh, ada kerja kat KL. Sayang kat kampung tu janganlah keluar malam-malam pulak. Waktu abang tak ada ni, jaga diri ye sayang.
Minah: Baiklah B, I ikut cakap you. Love you.


Situasi 3:
MAK
Mak: Minah, kenapa pakai baju ketat melekat ni? Malu mak tengok. Bahaya nak pakai macam ni, nanti orang lelaki gatal buat kacau.
Minah: Mak ni bising la. Orang taulah apa orang buat. Mak, orang dah masakla dengan perangai lelaki kat luar sana.
Mak: Alahai anak aku.
BOYFRIEND
Mamat: Yang, you pakai jean and baju seksi ni cantik tau. Tergoda i tapi i harap you pakai macam ni depan i je boleh? Jangan pakai depan lelaki-lelaki lain, bahaya yang.
Minah: Ops, ye ke you tergoda? Hehehe. Ok B. I akan pakai depan you je. Mulai hari ni, I akan ubah penampilan I demi you.


Situasi 4:
MAK
Mak: Minah, Mak rasa kamu kahwin je la dengan si mamat tu cepat-cepat. Muak mak tengok keluar dengan jantan tanpa ikatan, melayan call dari jantan bukan mahram. Mak tak berkenan dengan gaya kamu nak.
Minah: Mak ni kan, suka sangat tak puas hati dengan gaya hidup orang. Tau la mak jeles!
Mak: Alahai anak aku.
BOYFRIEND
Mamat: Yang, tak sabar pulak rasanya nak kahwin dengan sayang. Jom kita kahwin nak? (Ajak-ajak ayam)
Minah: Weeee..I pun tak sabar nak kahwin dengan you, esok jugak I sanggup kahwin dengan you.


Situasi 5:
MAK
Mak: Hari-hari mak tengok minah bersembang dan bermesej dengan Mamat. Cakap pulak romantik. Nak, kita bercakap dengan lelaki bukan mahram dalam telefon macam tu tak elok nak.
Minah: Mak ni kan, tolonglah faham. Jangan sibuk urusan orang boleh tak? Orang cintakan Mamat. Biarlah, tau la zaman mak dulu tak ada handphone!
Mak: Alahai anak mak.
BOYFRIEND
Mamat: Betul la. Abang tak ada perempuan lain, sumpah abang tak tipu!
Minah: B tipu, I nampak you jalan dengan betina tu! Tipu!!!
Mamat: Dahla, kalau tak percaya sangat putus jelah hubungan! Tak payah call-call and mesej-mesej dah!
Minah: ??????
 DIPETIK DARI ILUVISLAM

RENUNG-RENUNGKANLAH.BUKAN BOYFRIEND YANG MELAHIR DAN MENGAJAR KITA MENGENAL DUNIA SEBALIKNYA IBU.KENANGILAH JASA IBU KERANA DIALAH YANG TELAH BERSUSAH PAYAH MEMBESARKAN KITA.. INGAT SAHABAT-SAHABATKU SAYANG.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...