PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Wednesday, October 12, 2011

Kasihanilah bayi-bayi itu

Assalamualaikum..
selamat malam sahabat2 yg syeeda kasihi sekalian..akah khabaq hari ni? ok kan?
Kebelakangan ni banyak kuar cite kes buang bayi.. kalau buka fb tu, macam2 citer pasal buang bayi dengan gambar2 dia lagi, cukup menyayat hati
apakah salah anak-anak kecil itu? mereka tak tahu apa2..
salah ibu ayah mereka yang tersungkur dalam maksiat akibat iman yg rapuh..
Ya Allah minta dijauhkan kami dari aktiviti maksiat ini .. kuatkan lah iman kami Ya Allah
yg menjadi mangsa anak2 kecil itu.. kasihanilah mereka

petikan ni syeda ambil dari fb, sebak baca artikel ni.. perbualan seorang bayi sebelum kelahirannya
JOM BERSAMA KITA BACA DAN HAYATINYA



Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.” 

Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”


Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat. ”


Sesungguhnya anak ini perlukan kasih sayang IBU. 
jagalah dia dengan sebaiknya
kerana sesungguhnya dia amanah Allah yang tak ternilai harganya.

Janganlah dibunuh anak yg tak berdosa ini..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...