PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Monday, June 20, 2011

Selamat Tinggai..

Beberapa jam lagi nak tinggalkan Sintok ni..maknanya pas ni xdapat la online memanjang..huhu
balik umah ni nak kena kerja jadi tukang jahit sambilan..haha (2 pasang baju syeeda nak try siapkan..) yela alang2 dah blajaq mnjahit tu elok lah kita aplikasikan tak gitu Kak Bedah..haha

Wat sahabat2 blogger smua, pas ni syeeda tenggelam jap ya..kat umah xda broadband laa dah potong..InsyaAllah bulan 9 ni syeeda timbul balik..hii tapi kalau online pon 2 3 kali jela kot ..

alahai cam nak nangis la plak..haha
Sedih nak tinggalkan UUM ni.. pagi ni plak hujan so lagi la sedih..huhu
Tamat sudah intersesi, so kena la balik..kalau xnak balik tambah RM+++ la..

Apapun walaupun sedih, perasaan nak balik kampung tu membuak2 dah ni..rindu mak ayah, adik2 n myhero2 (kucing daa..haha)

ok lah sem depan jumpa lagi ya UUM..hari ni pulak result dah leh check..huahua takutnya




Menu Pilihan Sarapan Pagi

Selamat pagi, dah bangun ke blom sahabat2 ni..hii ada yg masih diulit mimpi nampak..kalau ada breakfast dpn mata sure melompat bangun tu..haha hari ni syeeda bangun awal la jugak sebab feeling nak balik tu..jap g pas zohor insyaAllah syeeda nak berangkat pulang ke kampung.. dah habis intersesi semalam exam.. rumate pun dah balik semalam..mmbe2 rmai dah kelik.
so slmt tinggal UUM, kita jumpa next sem pas raya ni

pepagi ni lapo la plak..pe kata kita ushar menu sarapan, tengok pon jadi la sementara nak beli makanan kat cafe jap g..hii

wow NASI LEMAK!!

BIHUN GORENG pown ada
cakap je nak bihun goreng pe..singapore, tomyam,biasa??haha

ROTI CANAI tu..yummy

KUIH MUIH...

karipap, karipap pusing, donut, kuih pelita, kuih koci, lepat pisang, cucur udang, cekodok, goreng pisang, dan seangkatan dengannya la..(manyak tol)

lupa..NASI GORENG jugak


lain2 menu:
mee goreng mamak (favourite chek tu..), keow tiew goreng, bubur nasi...
LAIN2 MENU JOM CONTENG KAT RUANGAN KOMEN

*kalau minuman pulak sure...

TEH TARIK..

Lain2:
jus buah, susu, kopi, teh...kan kan..

ok syeeda pown dah lapaq ni..(kes tengok gambaq kat atas tu la..)
wokey la korang makan jgn lupakan syeeda taw..hii

TQ

Bapa, anak bersekedudukan hingga lahirkan 3 zuriat

KOTA BHARU: “Dalam rayuan, tertuduh pertama (ayah) nak bertaubat, tetapi taubat kerana ditangkap, dikira ‘taubat terpaksa’ dan mahkamah tidak dapat terima taubat itu. Jika kamu nak bertaubat, taubat betul-betul (taubat nasuha).
“Bagi tertuduh kedua (anak), sebagai pelajar, kamu perlu menjaga diri dan jika ada situasi mencurigakan, kamu boleh keluar rumah atau memberitahu ibu kamu, tetapi kamu gagal dalam situasi itu,” kata Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Abu Bakar berkata demikian ketika menjatuhkan hukuman penjara dan denda terhadap ayah dan anak selepas mengaku salah berkelakuan sumbang dan bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak masing-masing berusia enam, lima dan tiga tahun bermula dari 2004 sehingga ditahan kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.


Dalam penghakimannya, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam bulan serta denda RM2,500, terhadap tertuduh pertama berusia 45 tahun, yang juga seorang mekanik dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh kedua, berusia 25 tahun yang juga anak tertuduh pertama bernasib baik kerana dikenakan hukuman denda RM2,000 dan berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda. Kedua-dua tertuduh juga dilarang tinggal serumah untuk selama-lamanya.


Hukuman berkenaan tidak diduga anak dan ayah itu kerana kedua-duanya tinggal bersama (bersekedudukan) sejak 2004 sehingga ditahan pada pagi semalam oleh anggota penguat kuasa agama Tumpat dalam operasi di rumah mereka di Jalan Palekbang, Wakaf Bharu, Tumpat.



Dengan tangan bergari, anak-beranak terbabit ditahan di lokap sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah dekat sini, kira-kira jam 3 petang, semalam, untuk berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 10 Kanun Jenayah Syariah Nombor 2/85 Negeri Kelantan.

Sejurus kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah, kedua-dua tertuduh mengaku salah bersekedudukan hingga melahirkan tiga anak serta mengaku salah di atas sebab dan akibat daripada pengakuan salah berkenaan.



sumber: Berita Harian

Kate kurang berat badan berlebihan

Kate Middleton

LONDON: Kate Middleton mula menjadi buruan media sejak keluar bersama Putera William tetapi selepas perkahwinan mereka pada 29 April lalu, tumpuan paparazzi mula berubah apabila bukan lagi cerita dongeng Cinderella yang dikejar tetapi mengenai kehilangan berat badan beliau yang berterusan.
Kate sentiasa kelihatan langsing dan menjelang perkahwinan beliau dulu, beliau banyak kehilangan berat badan. Ia disifatkan sebagai sesuatu yang tidak biasa bagi pengantin perempuan sebelum perkahwinan. Tetapi pada kemunculan pertama beliau di khalayak selepas berbulan madu, wanita pilihan Putera William itu kelihatan kehilangan berat badan berlebihan.


BH

Friday, June 17, 2011

Novel Alaf 21 Di Pasaran

Maap la ye kalau syeeda terlewat daripada korang semua..banyak keja nak buat, so malam ni baru leh update pasal novel..
Kalau cik shima 
kita dah postkan pasal novel bakal terbit KakiNovel (tq cik shima)
so xpayah la diulang siar kan..hii

Moh kita tengok novel baru keluaran Alaf 21 dengan cover buku yg lebih menarik ni..!!

1. SRIKANDI vs ARJUNA:
Karya
Izza Aripin

sinopsis:

  • Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.
  • Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta Kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannnya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.
  • Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.



2.KEMAHUAN HATI:
Karya
Fida Rohani

sinopsis:

  • NADIA terpinggir di rumah anak-anak yatim. Berpuluh tahun dia terpisah daripada keluarga setelah kematian ibu. Dia kembali menjejak darah daging yang menghilang entah ke mana. Hanya itu impiannya sejak dulu.
  • Sebagai manusia, dicurahkan kasih sayangnya pada anak-anak jiran yang kehilangan ibu. Kemesraan mereka menambat hati si ayah. Roslan mahu melamar Nadia sebagai pengganti arwah isterinya. Namun, Nadia ketepikan soal perasaan. Baginya, impian bertemu keluarga melebihi segala-galanya.
  • Latif pula sudah lama menaruh hati pada Nadia sejak mereka sama-sama menghuni rumah anak-anak yatim. Cinta itu dibawa hingga ke dewasa. Ketika kata cinta dilafazkan, Nadia tetap memberi jawapan yang sama seperti Roslan. 
  • Makna cinta bagi Nadia adalah ketulusan. Siapa jua jodohnya, hanya ALLAH Yang Maha Mengaturkan. Impian itu harus diburu terlebih dulu kerana ada isi sejarah keluarganya yang dia perlu tahu.



3. KASIH BENAR KASIH:
Karya
Aleya Aneesa

sinopsis:

  • MEREKA tak saling kenal tapi disuruh berkenal-kenalan. Hanya berkenalan, jika sesuai boleh terus melangkah, jika tidak, tarik saja diri. Lalu, masing-masing mencuba dengan alasan, 
  • ‘Dia kosong, aku pun kosong.’ 
  • Pertama kali bersua muka, si dara terasa jengkel, sedangkan si bujang hanya bersikap ala-ala lelaki tak berperasaan. Sudahnya, seorang ke utara dan seorang ke selatan. Hati mereka tak bertemu di titik yang sama. Hanya antara mereka berdua, masing-masing tak pernah mengatakan ‘tidak’ sehingga banyak pihak menyangka diam itu tanda setuju.
  • Sampai masa, mereka benar-benar tak mampu berkata ‘tidak’ bila melihat wajah-wajah penuh harap. Saat sedar mereka tak mungkin berpaling lagi, cubaan demi cubaan dilakukan untuk menembusi hati masing-masing. Paling penting, mereka tak dilabel sebagai pasangan kahwin paksa, tapi kahwin atas tiket suka sama suka. Orang tua hanya talian hayat semata-mata. 
  • Ketika sedar ada sesuatu berdetak tiap kali mata bertentang mata, muncul Syirin menagih janji lama. Sudahnya, janji baru terpaksa Dinzley mungkir walaupun Annura sudah ternampak bayang-bayang pelamin nan indah.



4. BUKAN KERANA SAYANG:
Karya
Amiza Anaz

sinopsis:

  • “Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih dari–pada kita mencintai dia.” Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan?
  • Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu, namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya, Qairun Annesa sebagai isteri tanpa sebab yang pasti.
  • Kini, Qairun Annesa telah kembali kepada-NYA. Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya. Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatkan dia tersepit.
  • Bagi mengelakkan diri, Qaireena mengambil jalan mudah. Dia menggunakan nama ketuanya, Kamil Ihsan sebagai kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri. Namun, masalah mula timbul apabila tembelangnya pecah.
  • Kamil Ihsan yang bersikap ‘bossy’ menambahkan lagi tekanan Qaireena. Kedua-dua lelaki itu benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak. Siapa sangka, dalam kemelut rasa itu rahsia yang tersimpan bertahun-tahun lamanya, terungkai satu demi satu.
  • Mampukah Qaireena Asyikin memberi kata putus yang boleh menggembirakan semua pihak?



Bagi sesapa yg belum mendapatkannya tunggu apa lagi...(beli la cepat..hii)
kalau dah beli tu, simpan elok2 dalam rak, t boleh baca second round..

sumber:


Pelantar Terminal Feri Pulau Pinang Runtuh

Petang Jumaat nis ebelum syeeda nak ulangkaji subjek statistik (Ahad ni exam)huu, syeeda nak kongsi sket ngn korang especially yg pernah guna pengangkutan feri Pulau Pinang..Ada sejarah hitam sebenarnya yang dah hampir 23 tahun berlalu..mari kita imbas balik..



PADA 31 JULAI 1988(AHAD)
JAM 4.40 PETANG..

DI PELANTAR TERMINAL FERI PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM, BUTTERWORTH -:
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak leh menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiang yg dibuat daripada besi konkrit sementara lantai dari papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah. 
Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.



SEBAB KERUNTUHAN:
 dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian. Hari itu adalah hari keraian di Pulau Pinang, dua perayaan masing-masing diraikan penganut Kristian dan Buddha disambut pada waktu sama.

Di bahagian pulau, sambutan perayaan Kwan Yin (Dewa Pemurah) pada malam 31 Julai yang diadakan sekali setiap 60 tahun mengundang puluhan ribu penganut Buddha tempatan dan luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan.
 
Manakala di Bukit Mertajam, Seberang Prai; pula penganut Kristian merayakan sambutan Pesta St Anne.

Keadaan itu menyebabkan jambatan Pulau Pinang ditutup kepada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan 
ketika perarakan berlangsung menjadikan satu-satunya pintu masuk ke Georgetown ialah feri. Bagi mereka yang ingin ke pulau, kehadiran pengunjung yang dianggarkan lebih 10,000 orang 
memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan terminal dan ia dikawal pasukan keselamatan lantaran sudah terlalu sesak.

Kawasan untuk pejalan kaki di tingkat satu terminal turut ditutup tetapi suasana orang yang terlalu ramai menyebabkan polis yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan mereka dalam suasana bersesak-sesak. Keadaan mulai menjadi kelam kabut apabila feri dari Pulau Pinang mula merapati jeti dengan orang ramai yang berada di terminal berkenaan terus meluru ke hadapan. Tidak lama selepas itu, kawasan berkenaan bergegar dan pelantar jeti mulai runtuh seterusnya bermulalah permulaan bagi babak tragedi hitam itu.


KORBAN:
meragut 32 nyawa dan 1700 mangsa cedera..seingat mak syeeda ada cerita waris kepada pelajar dia kat tadika meninggal sebab kejadian ni..Takziah.

KESAN DARIPADA TRAGEDI:
Selepas kejadian itu, Suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang membuat kajian terhadap kesesuaian dan kecekapan penggunaan feri antara Butterworth dengan Pangkalan Tun Uda di sebelah Pulau Pinang. Penumpang bas ekspres tidak sahaja diturunkan di Stesen Bas Butterwoth tetapi juga dipindahkan di Sungai Dua dan Gelugor.
Perkhidmatan feri semakin tidak cekap dan lambat, terpaksa beratur panjang. Hanya pelancong dan pengunjung yang bernostalgia akan menggunakan feri tersebut. Pekerja kilang seberang-menyeberang lebih suka memilih Jambatan Pulau Pinang.
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina semula dengan beberapa pengubahsuaian.
Kini ...
Pangkalan Sultan Abdul Halim bangun kembali..kalau yg bukan dari Pulau Pinang mesti anda tak berapa jelas tentang tragedi ni tambah pulau yg lahir tahun 1988 ke atas..(tp xsemua kan..hii)


ni gambar pangkalan yg baru...
sesnugguhnya tragedi ni tersimpan kemas dalam ingatan ..kdgkala bila naik feri masih ingat lagi tragedi tu.. 
Itu semua takdirNya.

*SELAMAT DTG KE PULAU PINANG
(ai sempat lagi promote ya..)

SUMBER:

11 Jenis Manusia Yang didoa Malaikat







1. Org yg tidor dalam keadaan bersuci:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.

2. Org yg sedang duduk menunggu solat:

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Org yg berada dalam saf depan masa solat berjemaah:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Org yg sambung saf yakni dia xbiarkan kekosongan dalam saf tu:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah:

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Org yg duduk di tempat solat setelah habis solat:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Org yg melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah:


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Org yg belanjakan harta:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"

10. Org yg tengah bersahur:

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Org yg tgh melawat org sakit:

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Sumber:
dakwah2u




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...