ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, June 17, 2011

Pelantar Terminal Feri Pulau Pinang Runtuh

Petang Jumaat nis ebelum syeeda nak ulangkaji subjek statistik (Ahad ni exam)huu, syeeda nak kongsi sket ngn korang especially yg pernah guna pengangkutan feri Pulau Pinang..Ada sejarah hitam sebenarnya yang dah hampir 23 tahun berlalu..mari kita imbas balik..



PADA 31 JULAI 1988(AHAD)
JAM 4.40 PETANG..

DI PELANTAR TERMINAL FERI PANGKALAN SULTAN ABDUL HALIM, BUTTERWORTH -:
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak leh menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiang yg dibuat daripada besi konkrit sementara lantai dari papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah. 
Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk.



SEBAB KERUNTUHAN:
 dipercayai akibat terlalu berat untuk menampung beban kemasukan ribuan pengunjung yang ingin menyeberang ke Pulau Pinang sejak pagi hari kejadian. Hari itu adalah hari keraian di Pulau Pinang, dua perayaan masing-masing diraikan penganut Kristian dan Buddha disambut pada waktu sama.

Di bahagian pulau, sambutan perayaan Kwan Yin (Dewa Pemurah) pada malam 31 Julai yang diadakan sekali setiap 60 tahun mengundang puluhan ribu penganut Buddha tempatan dan luar negara seperti Singapura, Hong Kong dan Taiwan.
 
Manakala di Bukit Mertajam, Seberang Prai; pula penganut Kristian merayakan sambutan Pesta St Anne.

Keadaan itu menyebabkan jambatan Pulau Pinang ditutup kepada kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan 
ketika perarakan berlangsung menjadikan satu-satunya pintu masuk ke Georgetown ialah feri. Bagi mereka yang ingin ke pulau, kehadiran pengunjung yang dianggarkan lebih 10,000 orang 
memaksa pihak bertanggungjawab menutup pintu masuk ke kawasan terminal dan ia dikawal pasukan keselamatan lantaran sudah terlalu sesak.

Kawasan untuk pejalan kaki di tingkat satu terminal turut ditutup tetapi suasana orang yang terlalu ramai menyebabkan polis yang berkawal ketika itu tidak dapat menyekat kemasukan mereka dalam suasana bersesak-sesak. Keadaan mulai menjadi kelam kabut apabila feri dari Pulau Pinang mula merapati jeti dengan orang ramai yang berada di terminal berkenaan terus meluru ke hadapan. Tidak lama selepas itu, kawasan berkenaan bergegar dan pelantar jeti mulai runtuh seterusnya bermulalah permulaan bagi babak tragedi hitam itu.


KORBAN:
meragut 32 nyawa dan 1700 mangsa cedera..seingat mak syeeda ada cerita waris kepada pelajar dia kat tadika meninggal sebab kejadian ni..Takziah.

KESAN DARIPADA TRAGEDI:
Selepas kejadian itu, Suruhanjaya Perlabuhan Pulau Pinang membuat kajian terhadap kesesuaian dan kecekapan penggunaan feri antara Butterworth dengan Pangkalan Tun Uda di sebelah Pulau Pinang. Penumpang bas ekspres tidak sahaja diturunkan di Stesen Bas Butterwoth tetapi juga dipindahkan di Sungai Dua dan Gelugor.
Perkhidmatan feri semakin tidak cekap dan lambat, terpaksa beratur panjang. Hanya pelancong dan pengunjung yang bernostalgia akan menggunakan feri tersebut. Pekerja kilang seberang-menyeberang lebih suka memilih Jambatan Pulau Pinang.
Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina semula dengan beberapa pengubahsuaian.
Kini ...
Pangkalan Sultan Abdul Halim bangun kembali..kalau yg bukan dari Pulau Pinang mesti anda tak berapa jelas tentang tragedi ni tambah pulau yg lahir tahun 1988 ke atas..(tp xsemua kan..hii)


ni gambar pangkalan yg baru...
sesnugguhnya tragedi ni tersimpan kemas dalam ingatan ..kdgkala bila naik feri masih ingat lagi tragedi tu.. 
Itu semua takdirNya.

*SELAMAT DTG KE PULAU PINANG
(ai sempat lagi promote ya..)

SUMBER:

2 comments:

  1. Ahad ni pukul 5 pm, kalu x silap ada dokumentari pasal kejadian pelantar terminal feri ni runtuh kat Astro Prima...

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah