ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Tuesday, November 6, 2018

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz

Assalamualaikum wbt

Planner 2019 Giveaway by Lullabyssz
KLIK BANNER UNTUK JOIN

Tempoh giveaway berlangsung bermula 4 hingga 30 November 2018

Jom join


Tuesday, October 16, 2018

Kursus Pra Perkahwinan Islam

Assalamualaikum



Alhamdulillah sudah selesai menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam pada 13 dan 14 Oktober di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Baru sampai seru nak pi kursus kahwin. Padanlah dengan umur yang makin dok meningkat ni..haha

Syeeda daftar kursus kahwin ni melalui atas talian. Buka laman web e-Munakahat ja untuk mendaftar dan bayaran RM80.00 kena buat di kaunter Pejabat Agama sebelum tarikh kursus.

Hari pertama kursus, awal-awal pagi lagi Syeeda dah sampai di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas. Dah nampak semangat di situ. Syeeda daftar nama dulu dan tunggu kawan. Ada geng baru lagi bersemangat kan hehe.

Untuk hari pertama kursus ni kami belajar :-
  • Akidah
  • Ibadah
  • Akhlak Islamiah
  • Perkahwinan dan Prosedur
  • Hubungan dalam Keluarga
  • Pengurusan Kewangan dan Masa

Untuk hari kedua, 14 Oktober 2018 kami sambung belajar :-
  • Pengurusan Kesihatan Keluarga
  • Komunikasi Suami Isteri
  • Pengurusan Stress dan Konflik
  • Perkhidmatan Rundingcara 
  • Pembubaran Perkahwinan
  • Ujian Minda

Alhamdulillah banyak ilmu untuk berumahtangga yang Syeeda dapat dari kursus ni. Penceramah semua best dan sporting. Dapat bagi tumpuan penuh dan tak mengantuk hehe. 

Sangat berpuas hati kursus kahwin di pejabat agama ni. Makan disediakan dari sarapan pagi, minum pagi hingga ke makan tengahari. Tempat solat pun selesa. Yang penting servis terbaik. Tak rugi mai kursus di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas ni. 

Bagi sapa-sapa yang tinggal dekat area Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ni boleh la mai join kursus kahwin kat Pejabat Agama Daerah Kepala Batas ni. Yuran RM80.00 ja. 

Alhamdulillah sijil pun dah dapat. Dah boleh kahwin kan hehe doakan Syeeda na.

Sekadar itu dahulu. Selamat malam. Selamat beristirehat

p/s : Bukan sekadar untuk dapat SIJIL, tapi ILMU


Monday, October 1, 2018

Jalan-Jalan @ Pantai Merdeka

Assalamualaikum

Alkisahnya kelmarin tanpa dirancang Syeeda, mak, ayah dan adik bersiap-siap untuk ke Pantai Merdeka. Perjalanan ke Pantai Merdeka dari Tasek Gelugor mengambil masa hampir 1 jam jugak dengan jarak 33.9 km. 

Kami bertolak dari rumah jam 12 tengahari dan sampai di Pulau Sayak kira-kira jam 1 petang. Mai pekena mee udang dekat kedai Usop Mee Udang Pulau Sayak dulu sebelum ke Pantai Merdeka. Lagipun masih awal rasanya nak pi berjemur di Pantai Merdeka. Hehe


Nasi goreng udang 

Mee udang biasa

Makan mee udang sambil menikmati keindahan alam ciptaanNYA

Dah siap isi perut, kami singgah solat zohor dulu dan kemudian ronda masuk ke kawasan chalet dan homestay di Kampung Teluk Nipah. Bagi sapa-sapa yang bercadang nak bermalam dekat area Puau Sayak & Pantai Merdeka ni bolehlah booking chalet atau homestay kat sini. Boleh la menikmati angin malam di tepi pantai.. Sangat romantik kan hiii

Kami teruskan perjalanan ke Pantai Merdeka. Masa kami sampai , orang tak berapa ramai lagi. Gerai-gerai pun baru buka. Kami pun beli la makanan ringan sikit dan duduk makan bersama-sama di tepi pantai. Ramai jugak yang mai berkelah bersama keluarga. 

Dan dalam pukul 4 petang macam tu, kami ke Tanjung Dawai pulak. Naik bot ok. Tambang bot RM3.00 seorang. Harga balik pun RM3.00 jugak.

Kat Tanjung Dawai ni tarikan dia sudah semestinya ikan bilis, ikan kering dan seangkatan dengannya lah. Geng ibu-ibu akan paling happy bila dapat shopping kat sini. Kami tak beli apa sangat pun. Ambik-angin petang saja kat jeti sebelum naik bot balik ke Pantai Merdeka. 

nelayan laut dalam baru pulang. 

Sampai balik di Pantai Merdeka, kami makan lagi. Hehehe Kali ni order ais kacang + laksa. Balik rumah jenuh timbang berat haha

Laksa

abc Pantai Merdeka

Maghrib baru sampai rumah. Alhamdulillah. 

Selamat malam semua.


Tuesday, September 25, 2018

Ronda Padang Besar dengan Komuter

Assalamualaikum

Dah selesai cuti panjang selama tiga hari.

Setelah puas bercuti di rumah, terasa pulak nak keluaq jalan-jalan. Hehehe. Alkisahnya bermulalah aktiviti Syeeda dan keluarga jalan-jalan di Padang Besar pada hari Ahad lepas iaitu pada Hari Malaysia 16 September 2018. Malangnya pagi Ahad tu hujan lebat. Alhamdulillah rancangan tetap diteruskan. Semangat nak naik komuter untuk kali pertama dalam hidup. 

Kami sampai di stesen KTM Tasek Gelugor dalam pukul 10 pagi. Nasib tak ramai orang tapi parking tetap full. Kami terus beli tiket di kaunter. Kami beli tiket pergi dan balik terus. 

Harga tiket komuter :
Tasek Gelugor ke Padang Besar RM10.40 seorang. 
Dua hala akan jadi RM20.80 seorang.

Kami selamat menaiki komuter dalam pukul 10.50 pagi dan sampai di stesen KTM Padang Besar jam 12.30 tengahari. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Kami hanya jalan kami menuju ke Arked Niaga Padang Besar. Nak naik teksi pun boleh. Tapi sebab ramai ja orang jalan kami so kami pun join sekali.

Stesen KTM Padang Besar. Kereta api ke Hatyai.


Sampai ja kami terus cari tempat makan. Order nasi kosong empat pinggan, telur dadar, daging goreng merah, tomyam seafood kena RM71.00. Hehehe Tapau lockhing lima batang RM10.00. Tapi kalau dapat yg bakar lagi sedap.. uish rindunya lockhing Dpp Proton, UUM.


Makan tengahari @ Padang Besar

Siap makan, kami terus naik ke surau untuk solat. Lama jugak tunggu turn nak solat tu. Hehe. Dah siap solat bermulalah aktiviti membeli belah. Dari baju sampailah ke makanan. Tapi tak bolehlah borong banyak-banyak sebab naik komuter ja. Satgi tak muat pulak Huhu

Dah puas shopping, dalam pukul 4.45 petang kami terus bergerak balik ke stesen KTM Padang Besar. Nak ligan komuter jam 5.25 petang. Dengan hujan lebat pakai redah ja. Hehe Sampai ja dekat platform, punya ramai orang dok tunggu dah. redha jala kalau tak dapat naik. Komuter seterusnya pukui 6.25 pulak hadoiii.

Nasib dapat sumbat masuk jugak dalam gerabak tu. Kena berdiri sepanjang perjalanan balik tu. Alhamdulillah dalam pukul 7.05 malam kami sampai di stesen KTM Tasek Gelugor. Selesai sudah aktiviti di hari cuti.

InsyaAllah ada rezeki kita pi lagi.


Monday, June 11, 2018

Pos Kad Raya - KAD RAYA GIVEAWAY 2018

Assalamualaikum
Salam 26 Ramadhan

Terima kasih pada semua yang sudi join giveaway Syeeda yang tak seberapa ni. Nanti lapang-lapang Syeeda blogwalking ok. Biasalah nak dekat raya ni sibuk sikit sebab raya kali nie special sikit.


Tapi dalam kita sibuk buat persiapan raya jangan lupa perbanyakkan ibadat kita di hujung2 Ramadhan ni ok. Sedih nak tinggal Ramadhan.

InsyaAllah Syeeda akan pos kad raya utk semua yg dh hantar details kat email Syeeda secepat yang mungkin. Bagi 5 penyertaan bertuah akan dapat kad raya special Syeeda.

Bagi yang belum email nama dan alamat, email cepat-cepat taw kat nursyeda89@gmail.com

Kad raya pun dah makin kurang dekat kedai-kedai. Tak tahu la kalau di tempat lain.

Di kesempatan ini, Syeeda ingin mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap Syeeda.

Selamat pulang ke kampung halaman dan berhati-hati di jalan raya.

Terima kasih semua.

Friday, June 8, 2018

KAD RAYA GIVEAWAY 2018

ENTRY MELEKAT

Assalamualaikum 
Salam 16 Ramadhan 1439H

Rindunya nak dapat kad raya macam dulu-dulu. Tunggu abang posmen depan pintu dengan harapan adalah terselit satu dua keping kad raya dari sapa-sapa hehehe

Sekarang zaman dah maju. Tak perlu dah susah-susah beli kad raya, tulis ucapan dan pos. Semuanya dihujung jari la ni. Hanya perlu ada seketoi telefon pintar, semua menjadi. Sikit hari lagi kad raya pun dah dijual kat kedai. huhu

Jadi untuk kembalikan zaman pos-pos kad raya, Syeeda nak ajak semua join KAD RAYA GIVEWAY 2018.

Syarat Penyertaan :

1. Beralamat di Malaysia
2. Follow blog INI
3. Buat satu entry bertajuk 'KAD RAYA GIVEAWAY 2018'
4. Dalam entry tersebut, letakkan banner di atas dan link kan ke entry ini.
5. Tinggalkan URL entry di ruangan komen entry ini.
6. Email NAMA, URL entry dan ALAMAT di nursyeda89@gmail.com
7. Giveaway berlangsung 01 Jun - 08 Jun 2018 

Syarat yang sangat simple kan? Harapnya mendapat sambutan.

**Bagi 5 orang bertuah, akan dapat Kad Raya Istimewa Syeeda Saniey.

Jom join semua.

Friday, January 12, 2018

SEMANGAT DI TAHUN BARU


Assalamualaikum wbt & Salam Jumaat Penghulu segala hari. 
Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di muka bumi ini. Syukur Ya Allah. 

Cepatnya masa berjalan, macam tak percaya pun ada dah masuk tahun baru 2018. Umur pun makin dok meningkat dah nie tapi banyak lagi benda yang belum tercapai. Termasuklah bab kerja dan kahwin. Mohon dipermudahkan urusan Aamiin

Helgdag - New Year 2018  Helgdag Ny år Bakgrund

Tahun 2017 tahun malas Syeeda nak update blog. Mohon maaf na semua =)

Tahun 2018 nie azam tinggi melangit nak rajin update blog. Kesian la cik blog nie usang dah dia. 

Ok out dulu na. Nak lunch, lapaq pulak sejuk2 nie.


p/s : Syeeda ada produk DIANZ, sapa nak order bagitau na..=)




 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah