Assalamualaikum
Dah selesai cuti panjang selama tiga hari.
Setelah puas bercuti di rumah, terasa pulak nak keluaq jalan-jalan. Hehehe. Alkisahnya bermulalah aktiviti Syeeda dan keluarga jalan-jalan di Padang Besar pada hari Ahad lepas iaitu pada Hari Malaysia 16 September 2018. Malangnya pagi Ahad tu hujan lebat. Alhamdulillah rancangan tetap diteruskan. Semangat nak naik komuter untuk kali pertama dalam hidup.
Kami sampai di stesen KTM Tasek Gelugor dalam pukul 10 pagi. Nasib tak ramai orang tapi parking tetap full. Kami terus beli tiket di kaunter. Kami beli tiket pergi dan balik terus.
Harga tiket komuter :
Tasek Gelugor ke Padang Besar RM10.40 seorang.
Dua hala akan jadi RM20.80 seorang.
Kami selamat menaiki komuter dalam pukul 10.50 pagi dan sampai di stesen KTM Padang Besar jam 12.30 tengahari. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. Kami hanya jalan kami menuju ke Arked Niaga Padang Besar. Nak naik teksi pun boleh. Tapi sebab ramai ja orang jalan kami so kami pun join sekali.
Stesen KTM Padang Besar. Kereta api ke Hatyai.
Sampai ja kami terus cari tempat makan. Order nasi kosong empat pinggan, telur dadar, daging goreng merah, tomyam seafood kena RM71.00. Hehehe Tapau lockhing lima batang RM10.00. Tapi kalau dapat yg bakar lagi sedap.. uish rindunya lockhing Dpp Proton, UUM.
Siap makan, kami terus naik ke surau untuk solat. Lama jugak tunggu turn nak solat tu. Hehe. Dah siap solat bermulalah aktiviti membeli belah. Dari baju sampailah ke makanan. Tapi tak bolehlah borong banyak-banyak sebab naik komuter ja. Satgi tak muat pulak Huhu
Dah puas shopping, dalam pukul 4.45 petang kami terus bergerak balik ke stesen KTM Padang Besar. Nak ligan komuter jam 5.25 petang. Dengan hujan lebat pakai redah ja. Hehe Sampai ja dekat platform, punya ramai orang dok tunggu dah. redha jala kalau tak dapat naik. Komuter seterusnya pukui 6.25 pulak hadoiii.
Nasib dapat sumbat masuk jugak dalam gerabak tu. Kena berdiri sepanjang perjalanan balik tu. Alhamdulillah dalam pukul 7.05 malam kami sampai di stesen KTM Tasek Gelugor. Selesai sudah aktiviti di hari cuti.
InsyaAllah ada rezeki kita pi lagi.
Makan tengahari @ Padang Besar

No comments:
Post a Comment