ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Monday, October 1, 2018

Jalan-Jalan @ Pantai Merdeka

Assalamualaikum

Alkisahnya kelmarin tanpa dirancang Syeeda, mak, ayah dan adik bersiap-siap untuk ke Pantai Merdeka. Perjalanan ke Pantai Merdeka dari Tasek Gelugor mengambil masa hampir 1 jam jugak dengan jarak 33.9 km. 

Kami bertolak dari rumah jam 12 tengahari dan sampai di Pulau Sayak kira-kira jam 1 petang. Mai pekena mee udang dekat kedai Usop Mee Udang Pulau Sayak dulu sebelum ke Pantai Merdeka. Lagipun masih awal rasanya nak pi berjemur di Pantai Merdeka. Hehe


Nasi goreng udang 

Mee udang biasa

Makan mee udang sambil menikmati keindahan alam ciptaanNYA

Dah siap isi perut, kami singgah solat zohor dulu dan kemudian ronda masuk ke kawasan chalet dan homestay di Kampung Teluk Nipah. Bagi sapa-sapa yang bercadang nak bermalam dekat area Puau Sayak & Pantai Merdeka ni bolehlah booking chalet atau homestay kat sini. Boleh la menikmati angin malam di tepi pantai.. Sangat romantik kan hiii

Kami teruskan perjalanan ke Pantai Merdeka. Masa kami sampai , orang tak berapa ramai lagi. Gerai-gerai pun baru buka. Kami pun beli la makanan ringan sikit dan duduk makan bersama-sama di tepi pantai. Ramai jugak yang mai berkelah bersama keluarga. 

Dan dalam pukul 4 petang macam tu, kami ke Tanjung Dawai pulak. Naik bot ok. Tambang bot RM3.00 seorang. Harga balik pun RM3.00 jugak.

Kat Tanjung Dawai ni tarikan dia sudah semestinya ikan bilis, ikan kering dan seangkatan dengannya lah. Geng ibu-ibu akan paling happy bila dapat shopping kat sini. Kami tak beli apa sangat pun. Ambik-angin petang saja kat jeti sebelum naik bot balik ke Pantai Merdeka. 

nelayan laut dalam baru pulang. 

Sampai balik di Pantai Merdeka, kami makan lagi. Hehehe Kali ni order ais kacang + laksa. Balik rumah jenuh timbang berat haha

Laksa

abc Pantai Merdeka

Maghrib baru sampai rumah. Alhamdulillah. 

Selamat malam semua.


2 comments:

noorhaidaz eyda said...

Seronoknya dapat tengok suasana macam ni. Ais kacang tu mengancam betul

Syeeda said...

alhamdulillah. sgt sedap ais kacang tu..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...