ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Tuesday, October 16, 2018

Kursus Pra Perkahwinan Islam

Assalamualaikum



Alhamdulillah sudah selesai menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam pada 13 dan 14 Oktober di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Baru sampai seru nak pi kursus kahwin. Padanlah dengan umur yang makin dok meningkat ni..haha

Syeeda daftar kursus kahwin ni melalui atas talian. Buka laman web e-Munakahat ja untuk mendaftar dan bayaran RM80.00 kena buat di kaunter Pejabat Agama sebelum tarikh kursus.

Hari pertama kursus, awal-awal pagi lagi Syeeda dah sampai di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas. Dah nampak semangat di situ. Syeeda daftar nama dulu dan tunggu kawan. Ada geng baru lagi bersemangat kan hehe.

Untuk hari pertama kursus ni kami belajar :-
  • Akidah
  • Ibadah
  • Akhlak Islamiah
  • Perkahwinan dan Prosedur
  • Hubungan dalam Keluarga
  • Pengurusan Kewangan dan Masa

Untuk hari kedua, 14 Oktober 2018 kami sambung belajar :-
  • Pengurusan Kesihatan Keluarga
  • Komunikasi Suami Isteri
  • Pengurusan Stress dan Konflik
  • Perkhidmatan Rundingcara 
  • Pembubaran Perkahwinan
  • Ujian Minda

Alhamdulillah banyak ilmu untuk berumahtangga yang Syeeda dapat dari kursus ni. Penceramah semua best dan sporting. Dapat bagi tumpuan penuh dan tak mengantuk hehe. 

Sangat berpuas hati kursus kahwin di pejabat agama ni. Makan disediakan dari sarapan pagi, minum pagi hingga ke makan tengahari. Tempat solat pun selesa. Yang penting servis terbaik. Tak rugi mai kursus di Pejabat Agama Daerah Kepala Batas ni. 

Bagi sapa-sapa yang tinggal dekat area Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang ni boleh la mai join kursus kahwin kat Pejabat Agama Daerah Kepala Batas ni. Yuran RM80.00 ja. 

Alhamdulillah sijil pun dah dapat. Dah boleh kahwin kan hehe doakan Syeeda na.

Sekadar itu dahulu. Selamat malam. Selamat beristirehat

p/s : Bukan sekadar untuk dapat SIJIL, tapi ILMU


2 comments:

  1. Zaman akak lama dah berlalu. Tapi bagus hadir kursus pra perkahwinan ni tambha ilmu alam rumahtangga

    ReplyDelete
  2. Ujian minda tu ujian apa?

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah