PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Monday, May 12, 2014

Drama Adaptasi Novel : Lembayung Kasih-Mu

ASSALAMUALAIKUM

Drama LEMBAYUNG KASIH-MU telah memulakan siarannya pada 5 Mei lalu di RTM 2. Drama adaptasi Novel 'Lembayung Kasih-Mu' karya Ummu Wafa ini merupakan sebuah novel berunsur islamik. 

ehsan alaf 21

Sinopsis dari novel :

Cinta itu anugerah yang terindah daripada ALLAH. ALLAH memberi kepada sesiapa yang DIA kehendaki. Maira mengenakan syarat kepada lelaki yang ingin mencintainya. Lelaki itu hendaklah mencintai ALLAH dan Rasul terlebih dahulu sebelum menyintai dirinya. Dalam diam, Maira jatuh hati pada Fansuri. Namun dia sedar, dia hanyalah orang gaji. Untuk mengelakkan dia menjadi lebih gila dengan cinta rahsianya, Maira mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke London agar dapat melupakan Fansuri dan mencari lelaki yang sering bertandang dalam mimpinya sejak bertahun lamanya.

Fansuri kecewa setelah Maira pergi. Hatinya berkata, adakah dia terlambat untuk mengejar cintanya? Sedar akan kekurangan diri, dia bertekad mengejar cinta ALLAH dahulu sebelum mengejar cinta Maira.

Drama 13 episod ini membariskan pelakon-pelakon seperti Fauziah Ghous, Shah Jaszle, Fazreen Rafi, Khatijah Tan, Syakila Khoriri, Mardiana Alwi, Dilla Ahamad, Syawal, S.Sahlan, Mimi Ernida, Azrel Ismail, Widya Irani. 



Diarahkan oleh Rosdi Md. Dali terbitan NHF Production Sdn. Bhd. Jangan lupa saksikannya bermula 5 Mei 2014 jam 9.00 malam di RTM 2.

Selamat menonton.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...