Assalamualaikum
selamat bekerja owhke. Kaki Novel dah ada novel terbaru. Baru tadi Syeeda google KakiNovel. Dah boleh langgan di Kaki Novel.
DIA YANG AKU PILIH
KARYA : Rafina Mimi Abdullah
SINOPSIS :
Disebabkan pernah kecewa, Ariana berjiwa
keras terhadap lelaki.
Izudin dan Haji Fahmi, dua lelaki
berlainan karektor menaruh perasaan terhadap Ariana. Tersepit di antara kekasih dan majikan,
timbul pelbagai konflik hati dan perasaan.
Haji Fahmi, bujang terlajak yang kaya
dan alim. Majikan Ariana ini sangat taat pada agama, sentiasa tenang dan
bersahaja. Selain menunjukkan sikap mengambil berat, Haji Fahmi selalu
memberikannya hadiah. Kebaikan Haji Fahmi ternyata tidak membuka hati Ariana
untuk menerima jejaka itu.
Sebenarnya, Ariana lebih tertarik pada
jirannya, Izudin. Seorang duda memiliki seraut wajah yang tampan, suka
mengusik, bergurau dan menyakat. Boleh dikatakan, Izudin mempunyai pakej
lengkap seorang lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.
Pelbagai insiden romantik, salah faham,
merajuk, cemburu, sedih dan lucu mengiringi perhubungan Ariana dan Izudin.
Hampir-hampir sahaja kisah mereka berakhir dengan kegembiraan, timbul satu
salah faham besar sehingga membuatkan Ariana mengambil satu keputusan.
Bagaimanakah kesudahan percintaan Ariana
dan Izudin? Dapatkah Haji Fahmi meraih cinta Ariana?
“Dia, penuh dengan sifat cemburu tetapi
kebaikan dan romantisnya dia… mampu mengatasi segala-galanya. Kerana itulah,
dia yang aku pilih.”
CINTA MASAM MANIS
KARYA : Wardina Aisyah
SINOPSIS :
Kemalangan kecil di jalan raya menjadi
detik pertama pertemuan Tengku Danish dan Qisya. Mereka bertegang urat dan
masing-masing tidak mahu mengaku kalah. Tengku Danish dengan egonya yang
melangit, Qisya pula dengan degilnya yang menggunung tinggi.
Bermula dari situ, setiap pertemuan yang
berlaku pasti kedua-duanya akan bercakaran. Macam kucing dengan tikus. Qisya
laju dia gelar lelaki itu Bapak Jin. Katanya, nama itu cukup sesuai dengan
Tengku Danish yang memang perangainya tak ubah seperti Bapak Jin. Disebabkan
sikapnya inilah Tengku Danish dengan senang hati telah memberi gelaran
‘Perempuan Gila’ kepada Qisya. Menambahkan lagi api kebencian Qisya kepada
Tengku Danish.
Dalam satu majlis pelancaran Galeri Seni
Lukis Raja Rezza, Intan Natasha yang sememangnya mencintai Syed Aiman telah
membuat tindakan melulu memalukan Tengku Danish di hadapan semua orang kerana
tersalah anggap Syed Aiman menolak cintanya akibat hasutan Tengku Danish. Untuk
mempertahankan dirinya dan ego yang tinggi melangit itu, Tengku Danish membuat
pengumuman dia akan berkahwin dengan Qisya.
Dalam mencari penyelesaian atas masalah yang Tengku Danish timbulkan,
kedua-dua belah keluarga bersepakat menyatukan mereka berdua tanpa mengetahui
bahawa perkahwinan itu berlandaskan perjanjian kontrak selama satu tahun.
Dalam melayari hidup berumah tangga, pasangan ini sering bertengkar hingga
mereka akhirnya sudah boleh berkawan. Mereka berdua bahagia sebelum Intan
Natasha datang kembali dan mengeruhkan keadaan. Qisya yang salah sangka telah
membawa diri jauh dari kota Kuala Lumpur. Manakala Tengku Danish pula hilang
arah mencari isteri tersayang.
“Cinta ibarat buah oren. Ada masam, ada
yang manis. Walaupun begitu… kita tetap suka, kan?”
TERIMA KASIH CINTA
KARYA : Lya Zara
SINOPSIS :
“Itu kasut ke sampan? Habis basah satu office!
Dapat gaji nanti beli lah kasut baru...”
Amani runsing! Hampir saban hari ada sahaja kejadian yang mengundang
kebencian ‘ si singa jantan’. Tentang baju buruk yang tersarung di badan,
tentang kopi yang tidak cukup manis, tentang kasut cabuk yang
sudah setahun tidak berganti. Ya, kasut cap Bata itu juga menjadi mangsa
keadaan. Kasihan kau kasut...
Di
saat Amani mula berputus asa, layanan berbeza mula dirasainya. ‘Ai, takkan singa jantan dah bertukar menjadi kucing
manja kut?’
Api kebencian yang terpendam di dada semenjak bertahun yang lalu bagaikan
padam dengan tiba-tiba. Aura apa yang dibawa oleh gadis kampung ini? Mengapa
ada debaran yang menggila setiap kali bertentangan mata? Mengapa ada rindu
apabila berjauhan? Mengapa ada cemburu yang bertandang saat si dia menjadi
tumpuan? Apakah perasaan yang sudah dibuang mati kini kembali melata di taman
hati? Mungkinkah sudah sampai waktunya untuk melenyapkan kenangan lalu yang
menghiris kalbu?
“Amani, sudi tak awak menjadi suri dalam hidup saya? Menerima saya sebagai
imam dalam hidup awak. Mengharungi susah dan senang bersama-sama. Menemani saya
sampai tua ganyut.”
Di saat cinta sudah berputik, kepulangan Natrah membawa 1001 rahsia. Anak
kecil bernama Emir Luqman menjadi senjata untuk Natrah menawan kembali sekeping
hati Zafran. Antara cinta dan belas-kasihan, yang manakah menjadi keutamaan
Zafran? Tergamakkah Zafran melukakan hati Amani demi permintaan Natrah?
Sanggupkah Amani menerima Zafran jika rahsia sudah terbongkar?
“Untuk sempurna yang kau ciptakan... untuk bahagia yang kau titipkan...
terima kasih, cintaku.…”
Selamat membeli dan membaca ok.
Ehsan KAKINOVEL
Wasalam