PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Monday, June 24, 2013

Jerebu Dah Sampai..

Assalamualaikum

Pagi ni cuaca elok, panas. Tapi mai tengahari cahaya sang matahari tak begitu kuat memancar. Adus nak hujan ker? Pergi tengok dekat tingkap, woww jerebu. Sebelum ni negeri yang dok tang sebelah utara ni tak berapa kuat tempias jerebunya. Alih-alih pagi ni, teruk jugak.

Bau asap! Tak selesa pula rasanya nak buat kerja. Rasa sakit kepala , kerongkong pun rasa kering dan sakit. Topeng jerebu memang xdak la. Itulah tak sediakan payung sebelum hujan..hihiii Ada pic tapi tak boleh nak masuk komputer, nak kena ada kad reader bagai. (biasalah handset cabok ja).

Apapun jerebu dah selamat sampai pun di Pulau Pinang. Kita kena redha. Ini ujianNya kepada kita. Terima seadanya ok. Oklah jom sambung kerja. Waktu rehat dah nak habis la. 

P/s : Tadi baru daftar ChurpChurp, moh la derma sikit kat Syeeda. Klik SINI , SINI , dan SINI . Terima kasih daun keladi.

Wasalam


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...