wah penat jugak memasak dua resepi dalam 1 malam..
mana la pernah masak sangat, memang la penat..hii
so sempena semua masih berhujung minggu dekat rumah, kami pun buat la resepi yang orang kata jarang-jarang la nak makan ni. Yela tiap hari melantak nasi ja.
Bahan-bahan semua dah siap beli, memang kena buat jugak sebab masing-masing bebudak 3 orang orang kat rumah ni dah nak balik tempat belajaq depa masing-masing dah.
Mula-mula bakar pizza, sambil-sambil tu buat cheese kek. Pizza ni kali pertama la nak try nyer..
cheese kek ni dah kali kedua dah pun..
Ni rupe nya sebelum di bakor
Bila dah siap , ni lah rupenya...
Gambar cheese cake nya tak sempat nak ngambil..hiii
esok malam, drama Trilogi Cinta 2 bakal meninggalkan peminat-peminatnya.
Nak tau drama apa pulak yang bakal bersiaran di slot arca RTM 1
bermula 15 Feb. 2013?
Ini dia, mempersembahkan drama
"CINTA KAU DAN AKU"
juga daptasi dari sebuah novel karya Siti Rosmizah
dari Buku Prima.
Credit to RTM
Sinopsis dari kulit buku:
"Apa
jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja
Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung
aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan
ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau
saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga
sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran
dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang,
dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh
bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima
abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya
sebagai isteri abang."
Sebaik
sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia
dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya
amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan
hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya.
Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara
itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut
kepercayaannya?
Lakonan Sara Ali dan Fizz Fairuz di samping Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF dan Mustafa Kamal.
Tadi baru ja pergi makan mee udang. Asyik melantak mee udang yg jauh-jauh ja, malam ni makan mee udang dekat tempat sendiri pulak. Dok terbayang macam mana rupanya mee udang ni.
Kedainya terletak kat Sg Dua, Butterworth.
Ehsan Pak Cik Google
nin dia kedainya.
sabar menanti hidangan mee udang dek kerana kedai yg penuh dengan penggemar-penggemar mee udang ni.
Tunggu punya tunggu... Tudia, mai dah mee udang depa.
Sebelum makan pa kata kita snap pic dulu. Ni la rupanya mee udangnya..
mee udang yg dah siap dihidang untuk diisi ke dalam perut.
Fuh memang kekenyangan sangat.
Udang dia besar-besar..
dah lepas makan, masing-masing dok tilik berapa la harga ni?
Dok main teka teki plak..
Akhirnya , terjawablah sudah persoalan teka teki, semua sekali mee udang untuk 5 orang makan RM80.00. Cer bahagi, sorang berapa ringgit?haha
Apapun , puas sesangat makan. Siap boleh tambah, dengan udang gergasinya.
tamat sudah penangan drama adaptasi novel "Setia Hujung Nyawa" terbitan Alaf 21
karya novelis Fatin Nabila.
Minggu depan bermulalah perjuangan drama slot akasia baru,
"Rindu Bertamu di Abu Dhabi"
credit to EDTv
Nak tau sinopsis citer ni? sila scroll ke bawah..
Mengisahkan tentang liku-liku hidup Firdaus (Fahrin Ahmad) yg mengalami krisis dengan keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) difitnah bersekedudukan dengan Firdaus dan ditangkap khalwat. Mereka terjerat dengan rancangan jahat Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga mereka dihalau oleh bapa firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali) . Firdaus menikahi Ain atas rasa tanggungjawabnya dan berhijrah ke Abu Dhabi untuk bekerja di sana. Adik bongsu Firdaus (Aiman) berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebelumnya, Firdaus telah bertunang dengan Fatin (Fauziah Ghous) dan dapatkah Firdaus menyintai Ain seperti mana dia mencintai Fatin? Dan dapatkah keluarga mereka bersatu kembali?
Yang tu kena la tonton drama ni bermula 11 Feb.2013 jam 7.00 malam di TV3.