PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Saturday, February 9, 2013

Slot Akasia: Rindu Bertamu di Abu Dhabi


ASSALAMUALAIKUM

tamat sudah penangan drama adaptasi novel "Setia Hujung Nyawa"  terbitan Alaf 21
 karya novelis Fatin Nabila.

Minggu depan bermulalah perjuangan drama slot akasia baru,
"Rindu Bertamu di Abu Dhabi"

credit to EDTv

Nak tau sinopsis citer ni? sila scroll ke bawah..


Mengisahkan tentang liku-liku hidup Firdaus (Fahrin Ahmad)  yg mengalami krisis dengan keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) difitnah bersekedudukan dengan Firdaus dan ditangkap khalwat. Mereka terjerat dengan rancangan jahat Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga mereka dihalau oleh bapa firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali) . Firdaus menikahi Ain atas rasa tanggungjawabnya dan berhijrah ke Abu Dhabi untuk bekerja di sana. Adik bongsu Firdaus (Aiman) berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka. Sebelumnya, Firdaus telah bertunang dengan Fatin (Fauziah Ghous) dan dapatkah Firdaus menyintai Ain seperti mana dia mencintai Fatin? Dan dapatkah keluarga mereka bersatu kembali?
Yang tu kena la tonton drama ni bermula 11 Feb.2013 jam 7.00 malam di TV3.

Ok setakat tu dulu entry untuk kali ni,
wasalam

1 comment:

Lia Irdelia said...

fuh... mampukah menandingi setia hjg nyawa?.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...