ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Sunday, February 10, 2013

Mee Udang Sungai Dua


Assalamualaikum
selamat bercuti.

Tadi baru ja pergi makan mee udang. Asyik melantak mee udang yg jauh-jauh ja, malam ni makan mee udang dekat tempat sendiri pulak. Dok terbayang macam mana rupanya mee udang ni.
Kedainya terletak kat Sg Dua, Butterworth.

Ehsan Pak Cik Google

nin dia kedainya. 
sabar menanti hidangan mee udang dek kerana kedai yg penuh dengan penggemar-penggemar mee udang ni.
Tunggu punya tunggu... Tudia, mai dah mee udang depa.


Sebelum makan pa kata kita snap pic dulu. Ni la rupanya mee udangnya..

mee udang yg dah siap dihidang untuk diisi ke dalam perut. 
Fuh memang kekenyangan sangat.
Udang dia besar-besar..

dah lepas makan, masing-masing dok tilik berapa la harga ni?
Dok main teka teki plak..

Akhirnya , terjawablah sudah persoalan teka teki, semua sekali mee udang untuk 5 orang makan RM80.00. Cer bahagi, sorang berapa ringgit?haha

Apapun , puas sesangat makan. Siap boleh tambah, dengan udang gergasinya.
Korang nak try jom la pakat mai.

Setakat tu dulu,
Wasalam


2 comments:

  1. Tu diaaa mahainya.tu je yg terkeluaq dari mulut kak fahz bila tau harga utk 5org makan.tapi kalau ianya berbaloi takpe la.. :)

    ReplyDelete
  2. udang dia besaq2 kat fahz.. makan dua ekoq ja dh kenyang..hii semua ada 15 ekoq..

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah