Assalamualaikum
esok malam, drama Trilogi Cinta 2 bakal meninggalkan peminat-peminatnya.
Nak tau drama apa pulak yang bakal bersiaran di slot arca RTM 1
bermula 15 Feb. 2013?
Ini dia, mempersembahkan drama
"CINTA KAU DAN AKU"
juga daptasi dari sebuah novel karya Siti Rosmizah
dari Buku Prima.
Credit to RTM
Sinopsis dari kulit buku:
"Apa
jadi driver? Hei Risya, dah tak ada jawatan lain ke kat tempat kerja
Milah tu sampaikan jawatan driver pun kau terima? Dah-dah, balik kampung
aje. Tolong mak kat warung lagi bagus. Apa, kau ingat, kau tu jantan
ke. Nak jadi driver", marah Mak Timah.
"Kalau
saya katakan saya tak kisah untuk memperisterikan awak? Dan saya juga
sebenarnya sudah mula menyukai awak, adakah awak akan berubah fikiran
dan menerima saya?" soal Farish Hakimi dengan wajah serius.
"Sayang,
dari hati yang tulus abang nak beritahu sayang yang abang sungguh
bahagia dapat menjadi suami sayang. Abang harap, Risya boleh terima
abang dalam hidup Risya. Percayalah, abang ikhlas mengambil Risya
sebagai isteri abang."
Sebaik
sahaja kaki Farish Hakimi hendak melangkah masuk ke balai berlepas, dia
dikejutkan dengan suara yang amat dikenalinya. Suara yang sememangnya
amat disayangi, suara yang menyebabkan dia ketawa, suara yang menjadikan
hidupnya ceria, suara yang sentiasa berbisik manja di telinganya.
Tidak, dia tidak perlu untuk mendengar suara itu lagi. Bukankah suara
itu yang telah merobek hatinya? Bukankah suara itu yang telah meragut
kepercayaannya?
Lakonan Sara Ali dan Fizz Fairuz di samping Mardiana Alwi, Dynas Mokhtar, Syawal AF dan Mustafa Kamal.
Selamat menonton
wasalam
novel tu sangat best..hana dah baca.hehe feztime hana beli novel jiwang2, sedih2 novel ni lah
ReplyDelete