ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Wednesday, October 31, 2012

Melalui Pagar itu...


Assalamualaikum
entry malam ni ringkas dan mudah
eceh macam nak masak pulak kita

family outing ahad lepas dah bertukar jadi 
'pemburu kapal terbang'

pemburu 1

pemburu 2



pemburu 3

pemburu 4

inilah hasil pemburuan kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas..
syiok dengar bunyi kapal terbang..hihi

ok out dulu.
wasalam

Monday, October 29, 2012

SI CANTIK DAN SI COMOT




Si Cantik dan Si Comot adalah jiran sekampung. Mereka sebaya dan sudah berusia 20 tahun. Si Cantik sangat bangga dengan kecantikan dirinya dan selalu mengejek si Comot yang hodoh itu.

SI CANTIK : Aku cantik, nanti mesti dapat suami yang kacak dan kaya.
SI COMOT : Yela kau cantik. Tak macam aku.. 
(Si Comot menundukkan wajahnya tanda merendah diri).
SI CANTIK : La, sedar pun kau Comot. Kau hodoh! Haha.. Nanti dapat suami miskin dan hodoh macam kau. Sabar ya..Hahahahaaaaaaaa

Begitulah setiap hari. Si Comot biarpun hodoh wajahnya, tetapi dia punyai hati yang sangat baik. Semua orang kampung senang bergaul dengannya. Suatu hari seorang anak usahawan paling berjaya dari bandar datang ke kampung untuk mencari calon isteri. Maka gembira sungguh hati seluruh anak gadis di kampung itu. Upacara pemilihan akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi dan semua gadis diwajibkan hadir ke sesi ini.

SI CANTIK : Kau tak layak untuk pemuda itu. Tengok la rupa kau yang hodoh tu! Jangan kau pergi ke sana!

Si Comot bersedih hati. Dia sedar siapa dirinya. Lalu apabila tiba hari pemilihan itu, dia mengurung diri di dalam rumah. Namun, ibunya mengajak dia berjualan di tempat pemilihan itu.

IBU SI COMOT : Ibu mengerti. Nah pakailah hijab ini agar kamu tidak diketahui oleh mereka di sana.

Pemuda itu cukup kacak. Namun siapalah dia untuk dipadankan dengan pemuda itu.
Tiba-tiba hijabnya terbuka disebabkan angin kuat dan pemuda itu memandang ke arahnya.

PEMUDA : Kamu kenapa tidak menyertai pemilihan bakal isteri saya?
SI COMOT : Saya tidak layak untuk tuan. Saya hodoh.
PEMUDA : Hodoh atau tidak bukan persoalannya. Yang penting hati.
SI COMOT : Saya harus pergi, tuan.
PEMUDA : Tunggu. Saya selalu melihat kamu dari jauh. Kamu seorang yang baik dan rajin. Orang kampung di sini semua memuji kamu. Kamulah orang yang saya cari.

Si Cantik datang mencelah.

SI CANTIK : Tapi dia hodoh! Tak layak untuk awak..
PEMUDA : Produk mekap dah berlonggok dekat pasaran.. calit sikit dah cantik. Yang penting hati itu kena cantik sebab tak ada lagi mekap untuk hati. Mekap hati adalah diri kita sendiri..

Si Cantik terkedu sambil berkata dalam hati. ‘Betul jugak’.

Kesimpulannya....

Biarpun tidak memiliki rupa paras yang menarik dan cantik, yang penting hati itu cantik. Alangkah indahnya apabila memiliki rupa yang cantik disulam pula dengan hati yang baik.


Saturday, October 20, 2012

Bersantai di Puncak Mutiara Cafe


Assalamualaikum

entry kali ni yang dah lama Syeeda nak buat, tapi biasalah malas sikit
3 Oktober yang lalu, kami sekeluarga p la bersantai di

Makanan dekat sini istimewa kerana mereka menternak sendiri kambing, lembu,
arnab, rusa, dan sebagainya dan disembelih sebelum dimasak mengikut
menu. Sambil makan kita dapat bersantai tau..
Nak tengok lebih lanjut klik link dekat atas tu.

yang ni nasi beriani kambing

yang ni pulak nasi beriani lembu

ni menu sampingan, chicken chop

ni pulak tapai aiskrim.. yummy

(ehsan PMC)
ni tempat makannya, boleh pilih nak duduk wakaf yang mana. privasi gitu
bilik aircond pun ada..tapi lagi fresh kena udara luar kan..

(Ehsan PMC)

Ok sampai di sini dahulu
selamat berhujung minggu

wasalam

Sunday, October 14, 2012

Bersuka Ria di Bendang


Assalamualaikum
penat sungguh malam ni
entry malas Syeeda dah datang

ok nak cerita sikit la, tadi pagi Syeeda pergi bendang. 
Ada sapa-sapa tak tau bendang tu apa?
seronok dapat menghirup udara pagi dekat bendang

hi semua pic yang sempat snap tadi



bendang ni dekat rumah Syeeda je. Tenang rasanya hati bila tengok
matahari sedang terbit, burung bangau berterbangan, pesawah yang bertungkus lumus 
bertani....



ok itu saja buat malam ni
mau rehat dulu

wasalam


Friday, October 12, 2012

Kisah Si Pensil Dan Si Pemadan




Si Pensil sedang asyik menulis, tiba-tiba disapa oleh si pemadan.



Pemadam: Khusyuk betul kau bekerja ya pensil.

Pensil: Mestilah pemadam. Kan ini kerja aku seumur hidup. Kau pula tak ada kerja ke?

Pemadam: Aku kan sahabat kau. Kita sudah diibaratkan  sebagai isi dan kuku, kau perlukan aku dan aku perlukan kau.

Pensil: Ah pergi kau dari sini. Siapa nak bersahabat dengan kau wahai Pemadam buruk! Aku tak perlukan kau!!



Si Pensil mencebik. Di lubuk hatinya, tak ingin dia bersahabat dengan Si Pemadam. Baginya dia tak perlukan sesiapa pun untuk menolongnya, kerana dia adalah sebatang pensil yang GAGAH.


Pergilah si Pemadam membawa hati yang luka dek kerana keangkuhan si Pensil . Dia akui si Pensil memang banyak berjasa kepada manusia berbanding dirinya. Namun, untuk apa dia dicipta jika tiada guna. Lalu si Pemadam membawa diri dan bersahabat dengan pensil-pensil yang baik hati.

Si Pensil yang angkuh itu terus dengan keangkuhannya.  Namun, suatu hari,satu kesilapan telah berlaku. Di saat itu, si Pensil mula tercari-cari kelibat si Pemadam. Namun, si Pemadam sudah pergi membawa hati yang luka.

Hanya sekadar karya pendek untuk semua di kala kebosanan, khas dari Syeeda.

Mesejnya, hargailah orang yang berada di samping kita, jangan sakiti hatinya, hargailah dia walaupun dia tak sehebat, tak secantik dll macam kita. Sehebat mana pun kita, pasti satu hari kita akan tersungkur jikalau kita sakiti hati orang lain.

Oleh itu, jagalah hati semua orang. Mulut kena jaga, hati kena bersih, sikap kena berakhlak mulia dan berbudi berbahasa.

Pesanan Syeeda, jangan jadi angkuh macam si Pensil tu, ingat ya angkuh tu takkan ke mana pun sebab itu adalah satu sikap yang buruk dan membusukkan hati saja.


 SELAMAT BERHUJUNG MINGGU. (^_*)

Sunday, October 7, 2012

Sarapan Hari Minggu


Assalamualaikum

selamat berhujung minggu semua
dah sarapan ke belum?
Hari ni syeeda sekeluarga jamah kuih jer.
Kuih apa?

ni dia...

 kulit dia pakai ubi keledek, inti dia kentang lada hitam..

sedap di makan bersama air kopi panas (abaikan cawan cute tu..hii)


dah kenyang, malas nak buat keja..hii
ok lah sampai bertemu lagi


p/s: korang sarapan apa pagi ni? kongsi ler




Saturday, October 6, 2012

Gubahan Buah-Buahan


Assalamualaikum
malam ni nak buat entry malas ja.

tadi jalan-jalan , jumpa la gubahan buah-buahan ni
cantik, menarik.

ringkas tapi unik!!

ni pun cantik

simple

hello kitty pun ada

Ehsan: Pak Cik Google

itu baru sikit, banyak lagi seni gubahan buah-buahan yang ada.
ok entry malas sampai sini saja

wasalam

KESILAPAN ITU ADALAH ‘GURU’


Assalamualaikum


Sebagai seorang manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Walaupun sedaya upaya kita mengelak, namun kesilapan itu tetap menemani kita. Mengambil contoh yang paling mudah dan ringkas, sebagai seorang jurutaip di sebuat syarikat mungkin kadangkala tersilap ejaan dalam keasyikan menaip sesuatu dokumen terutamanya dokumen yang berjela panjangnya. Memang kita telah cuba mengelak kesilapan itu untuk hadir dalam tugas yang sedang kita laksanakan itu, namun kadangkala ia tetap juga hadir.

Ingat, jangan pernah marah akan kesilapan itu, kerana disebalik kesilapan itu akan muncul sesuatu yang tidak kita sangka. Bak kata, di sebalik setiap kesulitan yang kita hadapi bakal muncul sinar kebahagiaan. InsyaAllah.

Ya, kesilapan itu umpama guru buat kita.

Mengapa? Bagaimana? Bila? Pasti pelbagai persoalan sedang rancak bermain di minda. Masakan secubit kesilapan ittu adalah ‘guru’ kita?

Ya, dialah guru kita. Guru yang menunjuk ajar kepada kita agar kita lebih berhati-hati dan teliti selepas ini dalam melakukan sesuatu.

Berbalik kepada kisah jurutaip di atas, apabila dia di marahi majikannya kerana tersalah ejaan, maka selepas daripada itu jurutaip tadi akan lebih berhati-hati semasa menaip dan akan menyemak kembali hasil taipan tadi sebelum diserahkan kepada majikan. Nampak?

Kesilapan itu ibarat guru, dia mengajar kita supaya lebih berwaspada agar tidak lagi bertemu dengannya.
Bagi diri syeeda sendiri, syeeda banyak belajar daripada setiap kesilapan yang syeeda lakukan. Tak nak la buat kesilapan berulang kali, nanti takut orang dah tak yakin dengan kita.

Ingat, apabila kita buat kesilapan, muhasabah diri kita kembali. Jangan mudah mengaku kalah dan takut kesilapan itu berulang kembali. Walau apapun, kita harus berusaha. Kita harus berani, yakin diri. Chaiyok!!

Akhir kalam, selamat berguru dengan ‘kesilapan’.





wasalam
 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah