PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Monday, October 29, 2012

SI CANTIK DAN SI COMOT




Si Cantik dan Si Comot adalah jiran sekampung. Mereka sebaya dan sudah berusia 20 tahun. Si Cantik sangat bangga dengan kecantikan dirinya dan selalu mengejek si Comot yang hodoh itu.

SI CANTIK : Aku cantik, nanti mesti dapat suami yang kacak dan kaya.
SI COMOT : Yela kau cantik. Tak macam aku.. 
(Si Comot menundukkan wajahnya tanda merendah diri).
SI CANTIK : La, sedar pun kau Comot. Kau hodoh! Haha.. Nanti dapat suami miskin dan hodoh macam kau. Sabar ya..Hahahahaaaaaaaa

Begitulah setiap hari. Si Comot biarpun hodoh wajahnya, tetapi dia punyai hati yang sangat baik. Semua orang kampung senang bergaul dengannya. Suatu hari seorang anak usahawan paling berjaya dari bandar datang ke kampung untuk mencari calon isteri. Maka gembira sungguh hati seluruh anak gadis di kampung itu. Upacara pemilihan akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi dan semua gadis diwajibkan hadir ke sesi ini.

SI CANTIK : Kau tak layak untuk pemuda itu. Tengok la rupa kau yang hodoh tu! Jangan kau pergi ke sana!

Si Comot bersedih hati. Dia sedar siapa dirinya. Lalu apabila tiba hari pemilihan itu, dia mengurung diri di dalam rumah. Namun, ibunya mengajak dia berjualan di tempat pemilihan itu.

IBU SI COMOT : Ibu mengerti. Nah pakailah hijab ini agar kamu tidak diketahui oleh mereka di sana.

Pemuda itu cukup kacak. Namun siapalah dia untuk dipadankan dengan pemuda itu.
Tiba-tiba hijabnya terbuka disebabkan angin kuat dan pemuda itu memandang ke arahnya.

PEMUDA : Kamu kenapa tidak menyertai pemilihan bakal isteri saya?
SI COMOT : Saya tidak layak untuk tuan. Saya hodoh.
PEMUDA : Hodoh atau tidak bukan persoalannya. Yang penting hati.
SI COMOT : Saya harus pergi, tuan.
PEMUDA : Tunggu. Saya selalu melihat kamu dari jauh. Kamu seorang yang baik dan rajin. Orang kampung di sini semua memuji kamu. Kamulah orang yang saya cari.

Si Cantik datang mencelah.

SI CANTIK : Tapi dia hodoh! Tak layak untuk awak..
PEMUDA : Produk mekap dah berlonggok dekat pasaran.. calit sikit dah cantik. Yang penting hati itu kena cantik sebab tak ada lagi mekap untuk hati. Mekap hati adalah diri kita sendiri..

Si Cantik terkedu sambil berkata dalam hati. ‘Betul jugak’.

Kesimpulannya....

Biarpun tidak memiliki rupa paras yang menarik dan cantik, yang penting hati itu cantik. Alangkah indahnya apabila memiliki rupa yang cantik disulam pula dengan hati yang baik.


1 comment:

ketikketok said...

idam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...