Assalamualaikum
Sebagai
seorang manusia, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Walaupun
sedaya upaya kita mengelak, namun kesilapan itu tetap menemani kita. Mengambil
contoh yang paling mudah dan ringkas, sebagai seorang jurutaip di sebuat syarikat
mungkin kadangkala tersilap ejaan dalam keasyikan menaip sesuatu dokumen
terutamanya dokumen yang berjela panjangnya. Memang kita telah cuba mengelak
kesilapan itu untuk hadir dalam tugas yang sedang kita laksanakan itu, namun kadangkala
ia tetap juga hadir.
Ingat,
jangan pernah marah akan kesilapan itu, kerana disebalik kesilapan itu akan
muncul sesuatu yang tidak kita sangka. Bak kata, di sebalik setiap kesulitan
yang kita hadapi bakal muncul sinar kebahagiaan. InsyaAllah.
Ya,
kesilapan itu umpama guru buat kita.
Mengapa?
Bagaimana? Bila? Pasti pelbagai persoalan sedang rancak bermain di minda.
Masakan secubit kesilapan ittu adalah ‘guru’ kita?
Ya,
dialah guru kita. Guru yang menunjuk ajar kepada kita agar kita lebih
berhati-hati dan teliti selepas ini dalam melakukan sesuatu.
Berbalik
kepada kisah jurutaip di atas, apabila dia di marahi majikannya kerana tersalah
ejaan, maka selepas daripada itu jurutaip tadi akan lebih berhati-hati semasa
menaip dan akan menyemak kembali hasil taipan tadi sebelum diserahkan kepada
majikan. Nampak?
Kesilapan
itu ibarat guru, dia mengajar kita supaya lebih berwaspada agar tidak lagi
bertemu dengannya.
Bagi
diri syeeda sendiri, syeeda banyak belajar daripada setiap kesilapan yang
syeeda lakukan. Tak nak la buat kesilapan berulang kali, nanti takut orang dah
tak yakin dengan kita.
Ingat,
apabila kita buat kesilapan, muhasabah diri kita kembali. Jangan mudah mengaku
kalah dan takut kesilapan itu berulang kembali. Walau apapun, kita harus
berusaha. Kita harus berani, yakin diri. Chaiyok!!
Akhir
kalam, selamat berguru dengan ‘kesilapan’.
wasalam
Setuju dengan syeeda. Kesilapan adalah guru. Jadi, belajarlah daripada kesilapan yang telah dilakukan.
ReplyDeletePaling penting, elakkan daripada melakukan kesilapan yang sama berulang kali.
betul.. tq sudi baca entry saya
ReplyDelete