ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Friday, October 12, 2012

Kisah Si Pensil Dan Si Pemadan




Si Pensil sedang asyik menulis, tiba-tiba disapa oleh si pemadan.



Pemadam: Khusyuk betul kau bekerja ya pensil.

Pensil: Mestilah pemadam. Kan ini kerja aku seumur hidup. Kau pula tak ada kerja ke?

Pemadam: Aku kan sahabat kau. Kita sudah diibaratkan  sebagai isi dan kuku, kau perlukan aku dan aku perlukan kau.

Pensil: Ah pergi kau dari sini. Siapa nak bersahabat dengan kau wahai Pemadam buruk! Aku tak perlukan kau!!



Si Pensil mencebik. Di lubuk hatinya, tak ingin dia bersahabat dengan Si Pemadam. Baginya dia tak perlukan sesiapa pun untuk menolongnya, kerana dia adalah sebatang pensil yang GAGAH.


Pergilah si Pemadam membawa hati yang luka dek kerana keangkuhan si Pensil . Dia akui si Pensil memang banyak berjasa kepada manusia berbanding dirinya. Namun, untuk apa dia dicipta jika tiada guna. Lalu si Pemadam membawa diri dan bersahabat dengan pensil-pensil yang baik hati.

Si Pensil yang angkuh itu terus dengan keangkuhannya.  Namun, suatu hari,satu kesilapan telah berlaku. Di saat itu, si Pensil mula tercari-cari kelibat si Pemadam. Namun, si Pemadam sudah pergi membawa hati yang luka.

Hanya sekadar karya pendek untuk semua di kala kebosanan, khas dari Syeeda.

Mesejnya, hargailah orang yang berada di samping kita, jangan sakiti hatinya, hargailah dia walaupun dia tak sehebat, tak secantik dll macam kita. Sehebat mana pun kita, pasti satu hari kita akan tersungkur jikalau kita sakiti hati orang lain.

Oleh itu, jagalah hati semua orang. Mulut kena jaga, hati kena bersih, sikap kena berakhlak mulia dan berbudi berbahasa.

Pesanan Syeeda, jangan jadi angkuh macam si Pensil tu, ingat ya angkuh tu takkan ke mana pun sebab itu adalah satu sikap yang buruk dan membusukkan hati saja.


 SELAMAT BERHUJUNG MINGGU. (^_*)

2 comments:

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah