ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Monday, December 26, 2011

Kau Pergi Jua


Assalamualaikum
lama tak update ini blog la.. syeeda balik kampung khamis aritu.. hilang segala tekanan bila dok umah
hari ni dah balik semula ke kampus uum..bersiap sedia untuk ambil exam final sem..hii

Memang dah tertulis jodoh, pertemuan, ajal, maut di tangan Allah swt.
Semua yg terjadi perlu kita terima dengan hati yg redha..
masa balik kampung hari tu, syeeda kehilangan Husun.

Husun tu kucing yang syeeda sekeluarga bela, dia sekor ja kucing jantan dewasa dalam rumah..kira dia ketua keluarga kucing la..hii

24 Dis 2011
Husun mengiaw kuat sangat.. lapaq la tu, padahal baru je breakfast ngn mama tobel n adik kilah n mika
lain benor dia mengiaw, teramat la kuat
dah penat mengiaw, dia p tido atas kerusi kat meja makan..lama jugak tidor
jaga dari tido, terus dia sambung mengiaw
pastu bagi la makan nasi ngn ikan satu pinggan 
dah kenyang lesap terus si Husun
Malamnya syeeda panggil Husun sebab dia tak da dekat luar..

25 DIS 2011
Ayah cakap ada bangkai kucing tersadai kat tepi jalan raya
macam Husun..
Ya Allah..Husun ka tu??
Adik n ayah p tengok utk sesi pengecaman, 
fuh lega bila diorang balik gtaw bukan Husun

tapi 
aku n adik pergi semula utk sesi pengecaman kali kedua
Husun!!!
memang Husun ni!!!!
Patutlah Husun mengiaw kuat sgt semalam ya syg..
Memang Husun selalu main2 dekat jalan tu..tapi kali ni ajal dia 

Husun pergi tanpa sakit pon, mati di jalan raya..kena langgar..
kaki patah, tulang pinggul lebam..muka usah dikata, cukup sadis..nasib anggota bdn yg lain masih sempurna
sekujur tubuh Husun, adik2 syeeda ambik dan bawa balik dan ditanam di belakang umah..



Pasni Mika tak da kawan nak main kan.. kesian dia Husun..

selamat tinggal Husun
kami akan sentiasa ingat dekat Husun yg manja ni

wasalam



Saturday, December 17, 2011

GA For Newbies|End Year 2011



Assalamualaikum
syeeda datang join

KLIK BANNER

TAG;

wokey..jom join ramai2

tQ

Cheritera Zoo Taiping

Assalamualaikum
Selamat Petang. Tengah makan goreng pisang ke? Nak sikit.
Dekat sini kalau boleh masak, alamatnya semakin bulat syeeda. Hii
Tapi bila asyik beli dan beli, balik rumah malas pulak nak masuk dapur.

Ok petang ni nak buat entry terkebelakang. Entry pasal Zoo Taiping.
Bulan Nov aritu, Syeeda join rombongan mak bersama adik syeeda, ciK YaNa
Dah lama sebenarnya tak g sana. Suka tengok binatang-binatang kat sana

ni Cik Jah dengan anak dia..manja giler anak dia..hii

cik-cik dak..berehat selepas makan..bergosip la tu..haha


Bang Ber...ngantok sangat tu

cantik tompok kat badan tu

cik pah n hujung sana ada cik ta..

Ada lagi yg syeeda tak upload, burung flamingo, tapir, rusa..penat jugak pusing satu zoo tu
dah naik train, tapi cam tak puas je tgk, so jalan la pulak..hii

Cuti-cuti sekolah ni apa kata bawak anak ke, anak sedara, cucu, adik dan seangkatan dengannya g zoo.
memberi pendedahan alam org kata..hii
ok setakat tu dulu
jumpa lagi

wasalam




Saturday, December 10, 2011

7 Sebab Cepat Rasa Lapar


Assalamualaikum
new update..sila ke bawah..
hiii (ayat malas)

Cepat rasa lapar walaipun dah melahap 3 pinggan nasi? mari kita tengok apa puncanya



*MINUM TERLALU BANYAK MINUMAN MANIS
haa sapa yg suka minum air manis2 ni? Hasil kajian tunjukkan bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.


*MAKAN MAKANAN TIN
makanan dalam tin banyak bahan kimia tau..ia akan pengaruhi hormon leptin..


*SARAPAN PAGI YG TIDAK MENCUKUPI
haa...bila dah sarapan sikit, so cepat la rasa lapar..lagi pulak kita banyak buat kerja


*TAK MAKAN SAYUR
ish..sayur tu sedap la..kenapa tak nak makan? Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.


*TAK MINUM TEH KURANG GULA
sape yg minum teh dgn kuantiti gula yg sedikit akan membuatkannya berasa kenyang


*KURANG MINUM AIR KOSONG
Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.


*KEBOSANAN
bila dah rasa bosan, apa lagi sumbat makanan la


haa dah tengok tips, lepas ni boleh praktis kan..hii




Tuesday, December 6, 2011

Gemersik Kalbu Ganti Tentang Dhia


Assalamualaikum
selamat pagi semua..
semalam terlepas tengok slot akasia Tentang Dhia..huhu

Khabarnya pas ni Tentang Dhia akan diganti dengan Gemersik Kalbu..
wah mesti best ni..
Novel karya Anis Ayuni ni memang best

sinopsis dari novel:
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?


PELAKON?
sabo2..jom kita kenalkan

credit to:

Drama ni bakal menemui penonton bermula 26 Disember ni 
pukul 7-8 malam 
di TV3

jangan lupa tonton taw.
Mesti best punya.



Sunday, December 4, 2011

Kau Muncul Lagi?


Assalamualaikum
malam ni syeeda sambung CERPEN na..hii
cer la baca dlu n pastu komen..


di saat aku mulai melupakan dirimu..mengapa tiba-tiba kau muncul?
Setiap masa aku memohon padaNya seandai kau bukan jodohku maka jauhlah kau dariku

YA.. memang kau semakin jauh dariku. Namun mengapa esmakin dekat di hatiku..??
KINI aku mula belajar melupakanmu..sungguh aku bukan siapa-siapa bagi dirimu..
aku hanya insan yang lemah..tak mampu ku usir dengan mudah setiap perasaan yg datang menumpang pada hatiku..

Aku akui aku bukanlah tergolong dlm mereka2 yg kau idamkan..aku hanya sekadar seorg wanita 
yg rendah diri..sentiasa tertunduk malu di khalayak ramai..aku tidak sombong, cuma aku malu

Aku mahu berlari jauh darimu..sungguh aku ingin. Namun ke mana harusku bawa pergi diri ini..
aku punyai tanggugjawab sendiri..
Lalu aku kuatkan semangatku. Memohon petunjukNya.

Namun aku yakin..bukan aku pilihanmu..teramat yakin.
kerna perkenalan kita yg amat singkat..tak mungkin kita bersama..
biarlah kenangan singkat yg kau ciptakan utk aku tersimpan erat di dalam lubuk hatiku
pergilah dikau..aku rela kehilanganmu
carilah gadismu..
aku sentiasa mendoakan kau bahagia

biarpun aku sengsara bertemankan bayang-bayangmu, aku redha 
sekurang-kurangnya dengan melihat dari jauh kebahagiaanmu itu, hatiku sedikit terubat
terima kasih...

semoga kita akan bertemu lagi
InsyaAllah

doakan aku bertemu jodohku
amin

p/s: masih tak feeling..huhu

Wasalam

Saturday, December 3, 2011

Tips Nak Cantik

Assalamualaikum
selamat pra-tengahari..hii


Hari nie Syeeda nak kongsi tips agar kita lebih cantik..jom la try pasti menjadi punya tips ni
ni dia tips nya...


pertama:
utk dapatkan bibir yg menawan, sentiasalah ucapkan kata-kata yg baik

kedua:
utk dapatkan mata yg cantik dan indah, carilah kebaikan pada setiap orang yg andai jumpa

Ketiga:
utk dapatkan bentuk badan yg langsing, berbahagilah makanan dgn mereka yg kelaparan

Keempat:
utk dapatkan rambut yg cantik, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.


Kelima:
utk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni..


Kecantikan bukan terletak pada pakaian, bentuk tubuh badan, atau cara menyisir rambut..
kecantikan terletak pada mata, cara kita memandang dunia..
pada mata lah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia.. dimana cinta berkembang

kecantikan juga bukan pada wajah..
tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwa, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang di berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu..

Wallahualam

 


Friday, December 2, 2011

Hati-hati Bila Post/Letak Gambar

Assalamualaikum..

selamat bersantai di hari minggu Jumaat yg mulia ni..(utk org2 di kedah, kltn, tgganu je)hii
cadangnya hari ni nak kuaq tapi tak jadi
yela kita hanya mampu merancang tapi Allah yg menentukan segalanya kan

erm pagi-pagi macam ni, tak ada bendanya nak buat
so ni lah masa nak membaca entry2 n blogwalking
tadi syeeda ada baca satu entry dkt blog sahabat

dengan teknolgi canggih sekarang, macam2 boleh dibuat dengan hanya sekeping gambar
terbaru dengar khabar editor menggunakan sofware tertentu yg boleh bogelkan gambar kita terutamanya yg memakai baju warna putih lagi senang dia edit


jahat manusia lebih dari syaitan, so hati-hatilah sahabat2
seeloknya elakkan letak gambar penuh atau lebih elok lagi xpayah letak langsung kan.
kalau nak letak juga cukuplah gambar muka saja


sungguh menakutkan
berhati-hatilah sahabat
sebelum kita menempah malu


wallahualam





Thursday, December 1, 2011

Andai Jodoh Kita

Bismillahirahmanirrahim

-CERita PENdek-


Air mata kusapu lembut.. Engkau yang aku cintai dalam diamku telah menjauh dari diriku.
Hendakku luahkan terasa tebal satu badan,siapalah aku jika nak digandingkan dengan gadis-gadis sekelilingmu yg cantik, seksi, comel, putih...tak seperti diriku yg sentiasa comot, selekeh dengan baju kurung yang hampir lusuh ini.. tetapi dengan baju kurung lusuh inilah yang menutup seluruh anggota tubuhku..
Alhamdulillah 

Perkenalan singkat secara tak sengaja denganmu membuatkan ku tertarik, namun ketika perasaan cinta semakin memekar dalam taman hatiku, kau melangkah pergi tanpa sebarang sebab...
bermulalah kesuraman hidupku..
semakin dipendam perasaan ini, semakin sakit aku rasakan
Lantas aku memohon petunjuk Illahi..lama aku di tikar sejadah memohon petunjukNya

 "Ya Allah..Seandainya dia jodohku, maka dekatkanlah dia di hatiku, suburkanlah rasa sayang aku padanya, berkatilah perasaan itu..namun sebaliknya jika dia bukan jodohku maka Kau jauhkanlah dia dari aku. Tutuplah pintu hatiku kepadanya...Amin"

Aku akui amat tenang hatiku setelah istiqarah aku lakukan.. Aku lebih ceria berbanding dahulu walaupun kau semakin hilang di pandangan mata..
Sekurang-kurangnya aku peroleh sedikit semangat utk aku terus berjuang di muka bumi Allah swt..
Alhamdulillah
Ku titipkan doa setiap hari..semoga diberi kekuatan kepda diri ini.

Kini kau hilang dari pandangan mataku...
lesap tanpa sebarang petunjuk.

ANDAI JODOH KITA satu hari nanti,
aku rela menunggumu..
aku sedia terima dirimu..

Wallahualam

p/s: nukilan asli syeedasaniey yg tak berapa nak touching..

Monday, November 28, 2011

Kisah Dongeng..

Assalamualaikum
Petang ni layan lagu jap
lagu kisah dongeng by stacy



Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini


Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja


Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini


Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati


Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja









Cuba korang hayati lirik dia..so touching
jgn lah pilih seseorang berdasarkan rupa,
lihat lah hatinya dahulu





Saturday, November 19, 2011

Muslimah Memang Tak Guna...

Assalamualaikum
malam yg cukup membosankan..

Muslimah memang tak guna... jgn cepat melenting.
Ayuh kita baca dulu baru nilai.artikel ni syeeda jumpa di iluvislam..


1. Muslimah memang tak guna kain yg nipis utk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. aurat tu
2. Muslimah memang tak guna rantai kaki yg berloceng utk dililit di kakinya, kerana dapat menarik perhatian org terutamanya lelaki, sila baca surah An-Nur ayat 13..
3. Muslimah memang tak guna minyak wangi yg baunya semerbak.  Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur.Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
4. Muslimah memang tak guna kata-kata keji kerna mereka yg menggunakan perkataan buruk dan keji ini adalah seperti sepohon pokok yg rosak akar tunjangnya. rujuk surah Ibrahim ayat 24-26
5.  Muslimah memang tak guna masanya dgn berborak utk mengata hal org lain yakni mengumpat..mengumpat itu ibarat memakan daging saudara sendiri..
6. Muslimah memang tak guna tudung yg menampakkan dadanya.. Dia melabuhkan tudungnya menutupi dada agar tidak menjadi tatapan 
7. Muslimah memang tak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Berbicara dgn nada yg tegas dengan bukan mahramnya.suara wanita itu bahaya kepada lelaki, dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab, "Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik"
8. Muslimah memang tak guna mekap utk tonjolkan kejelitaannya melainkan dihadapan suaminya sahaja. Elok saja bermekap sederhana dan tak menonjol..
9. Muslimah memang tak guna tudung yg jarang hingga menampakkan rambutnya
10. JADILAH MUSLIMAH YG BERGUNA

WALLAHUALAM
  
Jom baca petikan asal:

Saturday, November 12, 2011

ISU 11.11.11

ASSALAMUALAIKUM

hari nie 11.11.11
tarikh yang cukup cantik.. hari ni jugak ramai yg melangsungkan perkahwinan, menyambut kelahiran org baru
Tetapi ada jugak yg menjadikan tarikh hari ni satu isu pulak..

sebenarnya xda makna apa pun pada 11.11.11, cuma dari segi susunan nombornya yg cantik saja dan mudah diingat..sebab tu la ramai yg berkenan pada 11.11.11..
tapi jgn sampai meruntuhkan akidah kita dek kerna terbawa2 dgn angau 11.11.11
 12.12.12 pun tarikh yg cantik jugak..kalau nak ditulis balik dekat sini byk tarikh cantik yg berbeza dari perspektif setiap org..

usah salahkan tarikh..fitrah manusia nakkan sesuatu yg cantik dan unik.. asalkan jangan terlalu taksub ja.



Friday, November 11, 2011

Selamatkah Deodaran?

ASSALAMUALAIKUM

selesai ushar gambaq fb bersama mak tersayang..hii ushar gambaq member2 sekerja mak. Rasanya tak lama lagi wujudlah akaun fb baru pn azizah..hii


Apa tu deodaran? sapa tak taw rujuk kamus taw..hii
dia dihasilkan utk pastikan badan kita nie bebas dari bau tak xberapa nak enak.

tapi tahukah kita yg deodaran tu, dia bahaya utk kesihatan..
dia mengandungi aluminium dan zirconium..
Kata DOKTOR DON COLBERT dlm buku dia, dia kata aluminium tu boleh menyebabkan penyakit alzheimer dan kerosakan hati.

kalau xpakai pon bahaya jugak kan..hii 
so utk keselamatan, pastikan deodaran bebas dari benda2 nie:

aluminium klorida, aluminium klorohidrat, zink fesnosulfonat, aluminium sulfat, zirconium klorohidrat, 
zircinyl klorida

satu lagi, jgn sesekali tidur dengan memakai deodaran...


Wednesday, November 9, 2011

1st GiVeAwAy By Yana

Assalamualaikum

JOM JOIN GA CIK YANA

KLIK BANNER 

SYARAT PENYERTAAN:
-WAJIB folo Yana
-WAjib folo cik syeeda dan jugak Cik hasifi-buat satu entri yg simple tentang GA nie yg brtajuk "1ST GIVEAWAY BY YANA"-tempek banner yg kat atas tuh dekat entry korang
-dah siap, tinggaalkan URL korang dekat ruangan komen yerr , kalau tinggalkan dekat ruangan lain , tak diterima
JOM memeriahkan GA cik YANA..

tQ

Monday, November 7, 2011

PEMENANG 2nd Giveaway by Syeeda

assalamualaikum

syeeda baru sudah makan nasi lauk siakap bakar..sedap betol. Hii
Nak umum pemenang 2nd Giveaway by Syeeda

kotak harta karun syeeda

tadaa.... ni kertas2 cabutan berjumlah 54 kesemuanya..
JOM KITA TENGOK SAPA YG KENA

cabutan pertama yg bakal mendapat handphone keychain angry bird..

6.  http://zaiikulim.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html

cabutan kedua dan ketiga bakal mendapat fm zoo taiping..

8.  http://mascontestgiveaway.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
48. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html

TAHNIAH!!
bagi yg xmenang xpe, nanti kita cuba lagi ye..terima kasih sebab join GA syeeda.

p/s: PEMENANG sila email nama, alamat ke nursyeda89@gmail.com secepat yg mungkin.




NEW UPDATED PESERTA GA

Assalamualaikum

hari raya kedua..hujan turun membahasahi bumi..ayam2 berkokok menumpang teduh..

*NEw UpDated pEsErta GA

1.  http://citrananizam.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
2.  http://azatiesayang-contest.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
3.  http://kpopfa93.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
4.  http://alongnidar.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
5.  http://cempakakuningku.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
6.  http://zaiikulim.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
7.  http://nurnuha-syakila.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
8.  http://mascontestgiveaway.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
9.  http://tiefazatie.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
10. http://nanakimie.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
11. http://iwishiwillwin.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
12. http://a-door-able.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
13. http://akusukercontest.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
14. http://satuduatigajiha.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
15. http://sweetlittlewhat.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
16. http://bdakkacamata.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
17. http://arefisyaaien.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
18. http://zuraida-rahim.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-sheeda.html
19. http://izzahchot.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
20. http://taufidris.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
21. http://ogy2112.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
22. http://qard91.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
23. http://usharapa.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
24. http://sarah-rinduselalu.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
25. http://izancute.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
26. http://faishaluvnurrfatihah.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
27. http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
28. http://bloguntukikutperaduan.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
29. http://inasepi.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
30. http://inahasan.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
31. http://segalanyerkuterima.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
32. http://emmileen.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
33. http://sofiah-andaikutahu.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
34. http://norazwa50.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
35. http://rinna57.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
36. http://erawatie18.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
37. http://ayuayu101.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
38. http://rosilahi.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
39. http://awansamudera.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
40. http://cinderellacute.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
41. http://goldenrosegacontest.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
42. http://hairulizacontestga.blogspot.com/2011/10/2nd-giveaway-by-syeeda.html
43. http://amar-ga.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
44. http://sukahati-fieda.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
45. http://hatiberbungaros.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
46. http://contest-ga-ld-by-cikmisi.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
47. http://pinknlavender.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
48. http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
49. http://lobaksusue.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
50. http://greenlife91.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
51. http://fadzillah-kamarudin.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
52. http://alvas-87-contest.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
53. http://atienabila.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html
54http://sweetlittle-pumpkin.blogspot.com/2011/11/2nd-giveaway-by-syeeda.html

peserta muktamad..hii dalam pukul 10 pagi nanti syeeda umumkan pemenang
selamat hari raya


 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah