ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Saturday, January 9, 2016

Short Trip : Cameron Highlands

ASSALAMUALAIKUM


21 November hari tu Syeeda dan adik ikut rombongan tabika mak. Kali ni destinasinya Cameron Highlands pulak. Selalunya tiap-tiap tahun rombongan tabika mak pi tempat yang dekat-dekat ja, Perlis, Perak, Kedah dan dalam Penang saja. Kira dalam area utara jugak la.. nak pi jauh bajet pun banyak la kan..

Alkisahnya, pukul 11.30 malam tu bila dah cukup korum bas, bermulalah perjalanan kami ke Cameron Highlands. Keluar dari exit Simpang Pulai terus masuk jalan ke Cameron Highlands. Ingatkan naik bas lagi ok dari naik kereta tapi lagilah pening sebab jalan yang bengkang bengkok.. Akhirnya tewas jugak, nasiblah spare plastik dah.

Kami sampai di Brinchang dalam pukul 4.30 pagi. Parking bas semua full.. berhenti ja kat mana yang kosong. Selepas siap mandi dan solat subuh, dalam pukul 8.30 pagi bas pun bergerak menuju ke destinasi pertama, Taman Agroteknologi MARDI.



Oleh kerana parking bas penuh dengan hujan pulak jadi tak banyak tempat yang boleh kami pi..Huhu Pasar malam Brinchang pun terlepas.. yang mana ada parking kami berhenti kejap..Dalam perjalanan balik sempatlah singgah Ladang Teh Bharat dan kedai-kedai sepanjang jalan untuk beli sedikit buah tangan dan terus bertolak balik.


Lebih kurang jam 6.00 petang barulah kami sampai di R & R Sungai Perak.. berhenti solat, makan sekali. Kami bertolak balik dalam pukul 7.30 macam tu. Dan sampai kat Penang pukul 10 malam rasanya.

Tak puas pi Cameron Highlands sehari ja.. penat rasa.
InsyaAllah next time ada rezeki kita pi lagi ok.


No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah