ASSALAMUALAIKUM
Cuti Tahun Baru Cina haritu tak sempat nak melancong pun. Banyak memenuhi undangan kenduri kahwin saja. Nak tunggu kenduri sendiri entah bila la pulak (lari topik nampak..haha). Lagipun sah sah jalan jem kan.
Nak melancong ke negeri sendiri pun mesti jem jugak, hari tak cuti pun jem inikan pula cuti..hihi Nanti-nanti nak pi jugak, sebab dah lama tak naik Bukit Bendera.huhu Jadinya plan ke Pantai Merdeka. Ayah suggest last minit, driver kata ok kita ikut saja..hehe
Hari Isnin cuti raya tu, pergilah kami lima beranak ke Pantai Merdeka. Masa perjalanan lebih kurang satu jam dari rumah@Tasek Gelugor-Kepala Batas-Kota Kuala Muda-Pantai Merdeka. Kami bertolak pun dah lewat pukul 11.30 pagi macam tu. Sampai dalam pukul 12.30 tghri kami lunch mee udang Pak Usop dulu dekat Pulau Sayak. *(Sebelum sampai Pantai Merdeka, jumpa Pulau Sayak dulu, ada simpang ke Pulau Sayak) Syeeda pernah cerita dulu pasal UDANG GERGASI kat Pulau Sayak.
Lepas makan solat zohor dulu dan terus ke Pantai Merdeka. Ingatkan tak ramai orang..haha ramai jugak biasalah cuti kan. Masa inilah nak luangkan masa dengan keluarga, kawan-kawan.
Ramai yang berkelah dengan keluarga, bakar ikan, ayam, semua ada.. bestnya!! Kita yang mai dengan tak sengaja ni pakai beli saja makanan kat situ. Nanti plan lain, kita mai bakar ayam pulak.=)
Ramai juga yang naik bot pi Tanjung Dawai. Kalau ikut darat pun boleh tapi kena ikut jalan lain la..ikut Merbok kalau tak silap. Lepak pekena angin pantai tak sedar dah asar, pekena abc gunung jerai dulu sebelum balik.
Dalam perjalanan balik, tudia punyai panjang gerabak kereta nak masuk Pantai Merdeka sampai jalan nak ke Sungai Petani nu..Nasibla tak mai petang sangat. Hihi. Dan kami meneruskan perjalanan ke Jakel Sungai Petani. Kita shopping pulak kan ada promosi kat Jakel. Dah siap pilih kain, bayar dan terus balik.. Nak dekat isyak dalam pukul 8 lebih camtu baru sampai rumah..
Selesailah jalan jalan makan angin 1 hari. Tak kisah dekat atau jauh janji dapat laungkan masa bersama keluarga tersayang, DATING @ PANTAI MERDEKA.
No comments:
Post a Comment