ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Wednesday, April 30, 2014

Wordless Wednesday

ASSALAMUALAIKUM


#Bismillah #Senyum


Tuesday, April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wednesday, April 16, 2014

Makan-Makan : Teluk Tempoyak

ASSALAMUALAIKUM

Entry yang dah lama diperam dalam draf.. aktiviti masa cuti sekolah haritu..

Sempena cuti sekolah Syeeda sekeluarga merancang untuk keluar ambik angin area Penang sebelah pulau saja. Kami keluar seawal jam 11 pagi (awal ke..huhu) dan menyeberangi laut menggunakan jambatan kedua. Adui tak jemu-jemu lagi kan. tumpang tengah free..

Masing-masing lapar lalu menuju ke arah Batu Maung mencari kedai makan yang best. Tetiba termasuklah kami ke simpang Teluk Tempoyak. Hii Memang tak pernah sampai sini, selalu dengar orang cerita ja. Nama ja orang Penang tapi baru first time sampai sini. Hihii Kami pun sampai kat Restoren D'Seafood Paradise, Teluk Tempoyak. Dan kat situ ada chalet jugak bagi sapa-sapa yang nak bermalam.

Kami pesan ikan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam, nasi untuk lima orang makan, sejag jus oren dan dua tin yeos cincau semuanya berharga RM 80.00. sangat berpatutan.

sotong goreng tepung..

siakap tiga rasa freshhh..


Tomyam yummy..

Selesai makan, solat dulu dekat masjig Kampung Teluk Tempoyak berdekatan dengan restoren ikan bakaq, tapi buka pukul 6 petang. Next time try ikan bakaq sini pula. Dan petang tu hujan turun dengan lebatnya.

Destinasi seterusnya ke Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong dekat je dengan Kem Bina Negara Balik Pulau. 

Last destinasi, Queensbay Mall. Ini pun pertama kali mai. Hai hai orang Penang oi. Sini nak shopping beg baju aksesori ok la kalau gaji baru masuk..huhu Selalu Syeeda shopping area Seberang Jaya pun dah ok. Sini mai window shopping je.

Malamnya kami balik ikut jambatan lama. Dekat sikit untuk sampai rumah. Sebelum sampai rumah sempat lagi singgah makan dulu dekat Keow Teow Kerang Pokok Sena, Kepala Batas.

#RentetanPerjalanan  #PrayForMH370


Wednesday, April 9, 2014

Gelas Besar Food Court, Permatang Pauh

ASSALAMUALAIKUM

Sabtu lepas lepas siap beli barang dekat Aeon Big Seberang Jaya, kami singgah makan dekat food court Gelas Besar kat Permatang Pauh. Jarang-jarang sebenarnya balik ikut Permatang Pauh sebab selalunya balik ikut Sungai Dua je.




Malangnya tak order air gelas besar pun, sekadar ambik yang saiz L saja.. Syeeda order jus epal asam boi. Terbaiklah sodap tapi pic nyer tak ada sebab makan cepat-cepat sebab dah nak maghrib masa tu dan nak hujan pulak. 


pilih..pilih saiz mana hangpa nak.. ini le jus epal asam boi tu
terbaikk..

Makan pula kami ambik chicken chop, bihun hailam, dan yee mee sizzling. Ok la habis jugak melantak..hii licin pinggan. Pelbagai jenis menu makanan ada kat sini. Pilih je nak makan apa.. dan tak sempat juga nak snap gambar ye..huhu

Peta untuk ke Gelas Besar Food Court

Untuk makluman lanju bolehlah ke FB Gelas Besar


Tuesday, April 8, 2014

Segmen : Blogwalking Bersama Cikgu Ayu

ASSALAMUALAIKUM

Syeeda join


jom meriahkan segmen cikgu ayu.. sambil blogwalking boleh le kita berkenal-kenalan antara
blogger kan. Di samping dapat juga mengeratkan tali silaturrahim sesama kita.

sehingga 14 April 2014

-Jom bersegmen-


Monday, April 7, 2014

Kulit Cempedak Goreng

ASSALAMUALAIKUM

Pertama kali Syeeda cuba makan kulit cempedak goreng masa ada program bakti siswa dekat Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Duduk dengan keluarga angkat merupakan pengalaman pertama masa tu. Takut ada, suka pun ada. Dapat ibu dan ayah angkat yang sporting dan baik memang best. 

Ibu angkat syeeda pandai masak. Malam tu dia hidangkan ikan masak kicap memang sedap. Cukup rasa. Sampai seekor besar ikan tu habis kami makan. Hee 

Masa makan tengahari tu, dia hidangkan sesuatu yang belum pernah syeeda makan. Ingatkan ayam goreng. Bila makan rasa lembik tak macam isi ayam. Rupanya itulah kulit cempedak goreng atau dalam bahasa orang banjar disebut mandai'. Patutlah dalam peti sejuk diorang banyak bekas berisi kulit cempedak macam buat jeruk tu. Ingatkan apalah..hii

ehsan google

Mandai ni diambil dari kulit cempedak yang putih tu bukan yang berutu hijau tu ok.. lepas tu disimpan dalam bekas bertutup bersama-sama air dan garam. 

Cara nak goreng senang ja.. masukkan je mandai lepas tu nak bagi sedap masukkan jugak bawang dan cabai.. ikut citarasa ok. Untuk resepi penuh klik SINI, dan SINI atau carian 'Mandai Goreng'

Selamat mencuba.

p/s : Bilalah dapat buat mandai sendiri. Mengidam dah ni.

Thursday, April 3, 2014

Hujan

ASSALAMUALAIKUM

Syukur Alhamdulillah, hujan lagi. Lebatnya.. 
Rasa macam nak tidoq pulak udah le tengah selsema ni..huhu


#PrayForMH370

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah