PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Monday, April 7, 2014

Kulit Cempedak Goreng

ASSALAMUALAIKUM

Pertama kali Syeeda cuba makan kulit cempedak goreng masa ada program bakti siswa dekat Sungai Manik, Teluk Intan, Perak. Duduk dengan keluarga angkat merupakan pengalaman pertama masa tu. Takut ada, suka pun ada. Dapat ibu dan ayah angkat yang sporting dan baik memang best. 

Ibu angkat syeeda pandai masak. Malam tu dia hidangkan ikan masak kicap memang sedap. Cukup rasa. Sampai seekor besar ikan tu habis kami makan. Hee 

Masa makan tengahari tu, dia hidangkan sesuatu yang belum pernah syeeda makan. Ingatkan ayam goreng. Bila makan rasa lembik tak macam isi ayam. Rupanya itulah kulit cempedak goreng atau dalam bahasa orang banjar disebut mandai'. Patutlah dalam peti sejuk diorang banyak bekas berisi kulit cempedak macam buat jeruk tu. Ingatkan apalah..hii

ehsan google

Mandai ni diambil dari kulit cempedak yang putih tu bukan yang berutu hijau tu ok.. lepas tu disimpan dalam bekas bertutup bersama-sama air dan garam. 

Cara nak goreng senang ja.. masukkan je mandai lepas tu nak bagi sedap masukkan jugak bawang dan cabai.. ikut citarasa ok. Untuk resepi penuh klik SINI, dan SINI atau carian 'Mandai Goreng'

Selamat mencuba.

p/s : Bilalah dapat buat mandai sendiri. Mengidam dah ni.

1 comment:

Anizz Annisa said...

first time dengar makanan nie.. nampak mcm sedap je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...