ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Wednesday, April 16, 2014

Makan-Makan : Teluk Tempoyak

ASSALAMUALAIKUM

Entry yang dah lama diperam dalam draf.. aktiviti masa cuti sekolah haritu..

Sempena cuti sekolah Syeeda sekeluarga merancang untuk keluar ambik angin area Penang sebelah pulau saja. Kami keluar seawal jam 11 pagi (awal ke..huhu) dan menyeberangi laut menggunakan jambatan kedua. Adui tak jemu-jemu lagi kan. tumpang tengah free..

Masing-masing lapar lalu menuju ke arah Batu Maung mencari kedai makan yang best. Tetiba termasuklah kami ke simpang Teluk Tempoyak. Hii Memang tak pernah sampai sini, selalu dengar orang cerita ja. Nama ja orang Penang tapi baru first time sampai sini. Hihii Kami pun sampai kat Restoren D'Seafood Paradise, Teluk Tempoyak. Dan kat situ ada chalet jugak bagi sapa-sapa yang nak bermalam.

Kami pesan ikan siakap tiga rasa, sotong goreng tepung, tomyam, nasi untuk lima orang makan, sejag jus oren dan dua tin yeos cincau semuanya berharga RM 80.00. sangat berpatutan.

sotong goreng tepung..

siakap tiga rasa freshhh..


Tomyam yummy..

Selesai makan, solat dulu dekat masjig Kampung Teluk Tempoyak berdekatan dengan restoren ikan bakaq, tapi buka pukul 6 petang. Next time try ikan bakaq sini pula. Dan petang tu hujan turun dengan lebatnya.

Destinasi seterusnya ke Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong dekat je dengan Kem Bina Negara Balik Pulau. 

Last destinasi, Queensbay Mall. Ini pun pertama kali mai. Hai hai orang Penang oi. Sini nak shopping beg baju aksesori ok la kalau gaji baru masuk..huhu Selalu Syeeda shopping area Seberang Jaya pun dah ok. Sini mai window shopping je.

Malamnya kami balik ikut jambatan lama. Dekat sikit untuk sampai rumah. Sebelum sampai rumah sempat lagi singgah makan dulu dekat Keow Teow Kerang Pokok Sena, Kepala Batas.

#RentetanPerjalanan  #PrayForMH370


5 comments:

  1. Dik An haritu g teluk tempoyak jugak tapi g D seafood paradise...nanti nak try tempak syeda ni pulak lah hehe

    ReplyDelete
  2. @nor_farihan rasanya tempat yg sama cuma dah tukar nama ni..syeeda pun xingt nama rstoren tu..huhu

    ReplyDelete
  3. liz puasa tau hr ni. terblogwalking kt sini lah. alaah terliur

    ReplyDelete
  4. Salam dear.. tq singgah blog kak Alycia... senang jgk dik jaga orkid ni kalau kt tau sifat orkid tu..

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah