ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Saturday, February 1, 2014

Ikut Resmi Padi, Makin Berisi Makin Tunduk

ASSALAMUALAIKUM

Suasana pagi di bendang kampungku..
(tiada gambar padi masa ni)

Dah lama rasanya tak buka kembali peribahasa melayu. Dulu masa sekolah sibuk hafal makna peribahasa yang cikgu bagi sebab takut tak dapat jawab nanti kena denda berdiri atas kerusi. Hehee Ok itu kenangan waktu sekolah dulu, sekarang kita kena juga tahu peribahasa-peribahasa ni tau. Ok, untuk malam ni kita baca, kenali, fahami dan amalkan ok.

"Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk"

Maknanya : Semakin banyak ilmu atau tinggi pangkat seseorang itu, semakin dia merendah diri.

Secara rumusannya, biarpun seseorang ni dia ada pangkat, ilmu yang banyak di dada tapi dia tak sombong pun dan hanya merendah diri. Contoh : Seorang yang dinaikkan pangkat dalam sesuatu organisasi tu, walaupun dah ada jawatan tinggi, besar dan berpengaruh namun dia tetap mesra dengan orang lain, merendah diri dan tidak egois dan sombong kerana memiliki jawatan besar. 

Untuk skop lebih mudah : Ali sentiasa dapat nombor satu dalam kelasnya. Tapi dia tak kedekut ilmu dan sentiasa beri tunjuk ajar kepada kawan-kawan dia yang lain. Baik kan Ali ni..

Ok nanti kita refresh lagi peribahasa-peribahasa melayu yang lain.



1 comment:

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah