ASSALAMUALAIKUM
Kelmarin lepas asar, saya bersama mak, ayah dan adik keluar untuk beli barang di Seberang Jaya. Setelah keputusan dibuat akhirnya kami memilih untuk menuju ke Aeon Big. Sepanjang perjalanan untuk menuju ke Seberang Jaya, kami perlu melalui lebuhraya utara selatan. Jalan jem petang tu, mungkin ramai warga kota yang nak balik ke destinasi masing-masing setelah tamat cuti raya cina. Selalunya jem sampai ke tol Juru. Uish sampai sini jem..
Sampai dekat Aeon Big dah nak dekat pukul 6 petang pun. Kedai pertama yang akan kami masuk kalau mai sini tentulah Hasani Bookstore. Tempat wajib!
Novel.. novel.. novel. Ya lama sudah tak membeli sejak mood membaca dah mula kurang.
Kali ni nekad nak beli satu. Nak baca, nak merajinkan diri kembali. Dari satu novel ke satu novel masih tak pilih. Akhirnya pilih jugak.
Kalau tak silap novel ni keluarag Julai 2013. Novel ni keluaran Lovenovel. Nak tengok novel terbaru diorang klik SINI.
Ok, dah beli kenalah baca.
Wah..sukanya baca novel..
ReplyDeletedah baca nt review tau best ke tak..hehe kalau best boleh p beli jugak..hihi^^
ReplyDeleteminat baca novel jugak rupanya.. sama dengan kita :D
ReplyDelete