ASSALAMUALAIKUM
Semalam saya dah bercerita tentang percutian kami sekeluarga dekat Pulau Langkawi kat SINI dan SINI. Maka hari ni nak lah cerita part akhir percutian kami yang selama 3 hari 2 malam ni.
Ok, pagi Ahad tu selepas dah siap kemas barang, kami check out awal. Kenapa awal? Sebab masih ada tempat yang belum kami tuju. Misi pertama pagi itu, beli tiket balik. Nanti kalau lambat beli takut penuh pulak. Jadinya kami dapat tiket untuk feri pukul 4.00 petang. Ok la tu, boleh pi jalan-jalan sat.
Lepas itu kami pun menuju ke Air Hangat Village. Awal kami sampai, susana sunyi je. Untuk masuk, tiada bayaran dikenakan.
Dah puas dok dekat sana, kami bergerak pulak ke Galeria Perdana. Bayaran masuk : (Dewasa : RM 5.00 / Kanak-Kanak : RM 2.00) Dekat sinilah terkumpulnya cenderahati yang diterima oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir Mohamad yang diterima beliau semasa menjadi perdana menteri. Sangatlah banyak dan pelbagai cenderahati. Nak tau kena la pergi ye..hii Kat sini pun tak sempat nak bergambar, sebab khusyuk sangat tengok sambil membaca.
inilah Galeria Perdana
(Ehsan Google)
Jam dah pun hampir pukul 1 petang. Masih ada masa nak jalan-jalan. Jadinya kami ke Pantai Tanjung Rhu sekejap. Dek kerana panas, kami pun berpatah balik dan menuju ke Pantai Pasir Hitam. Rehat dan makan sat kat situ sebelum sampai di jeti pukul 3.30 petang. Jalan jem sikit masa tu..
Pantai Pasir Hitam
Kami sampai kat jeti Kuala Kedah hampir pukul 6 petang. Dan selamat sampai kat Penang pukul 8 lebih. Maka tamatlah percutian untuk kali ni. Punyalah lama dok merancang nak pi akhirnya tercapai jugak. Syukur Alhamdulillah.
memang best kan dapat bercuti kat Langkawi :)
ReplyDeletememang best dan rasa nak p lagi.. =)
ReplyDelete