ASSALAMUALAIKUM
Ok semalam saya dah cerita first part bercuti ke Pulau Langkawi 1. Hari ni nak cerita part 2 pulak ok.
Awal pagi lagi kami dah keluar. Tempat pertama yang hendak dituju ialah Oriental Village Langkawi, nak naik cable car. Pergi awal sebab takut nanti kena beratur panjang pulak. Bila dah sampai, orang tak ramai sangat tapi beraturnya dah panjang. Namun dikhabarkan oleh pekerja kat situ, cable car tak boleh naik lagi sebab angin kuat.
Lama jugak tunggu, angin pun semakin kuat dan waktu hampir ke tengahari. Jadi kami ambik keputusan datang balik petang nanti. Dan perjalanan diteruskan ke Beras Terbakar dan Makam Mahsuri. Ok kat sini tak sempat nak ambik gambar. Ok harga untuk ke Makam Mahsuri : (Dewasa : RM 7.00 / Kanak-Kanak : RM 3.50) dan percuma untuk ke Beras Terbakar.
inilah rupanya beras terbakar
(Ehsan Google)
(google SINI)
Petangnya selepas makan tengahari di gerai makan berdekatan, kami menuju kembali ke Oriental Village Langkawi setelah mendapat maklumat kereta kabel sudah beroperasi.
Kali ini memang panjang beraturnya. Dalam pukul 4 lebih baru kami dapat naik kereta kabel. Harga tiket kereta kabel : (Dewasa RM 15.00 dengan mykad). Setelah puas dok dekat atas, kami pun turun untuk solat dan terus pulang ke homestay.
Malam kalau tak keluar memang tak sah. Yela nama pun bercuti kan. Malam tu kami ke Kompleks Haji Ismail Group untuk membeli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang. Tak cukup dengan tu shopping lagi dalam pekan Kuah. Malam tu memang ramai orang yela kebanyakan esok pagi dah nak berangkat pulang.
Dan dek kerana dah lapor, pekena meggi goreng mamak depan Kompleks Haji Ismail Group. Pukul 11 lebih malam tu baru kami balik ke homestay.
Esoknya kami ada lagi tempat untuk dilawati. Tunggu lagi part akhir 'Percutian ke Pulau Langkawi 3' taw.
No comments:
Post a Comment