ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Monday, January 13, 2014

Alkisah Ibu Tiri

ASSALAMUALAIKUM

Baru-baru ni, kita digemparkan dengan kes dera melibatkan ibu tiri kejam yang mendera anak tirinya. Boleh baca di sini.

Ibu tiri menjadi simbolik negatif dalam kebanyakan aspek. Jahat, garang, kejam adalah ayat yang mampu menggambarkan sikap seorang ibu tiri. Dan sikap ibu tiri itu juga dapat kita hayati melalui drama yang ditayangkan di kaca televisyen kan.

Sebenarnya, bukan semua ibu tiri itu jahat. Masih ada lagi ibu tiri yang sangat menyayangi anak tirinya. Cuma hanya segelintir ibu tiri sahaja yang bersikap kejam seperti kes di atas.

Ok, berbalik kepada topik asal. Dah tengok drama Berpaling Dari Syurga di RTM 2? Kalau belum jom scroll lagi...

Cerita ini mengisahkan pengorbanan seorang ibu tiri lakonan Jasmin Hamid yang terpaksa mencagar tanah peninggalan arwah suaminya untuk menyekolahkan anak-anak tirinya. Dia menjaga naka-anak tiri tersebut dengan penuh kasih sayang. Setelah dewasa dan berjaya, anak-anak tirinya menyalahkannya kerana mencagar tanah arwah ayah mereka itu. Dia terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan balik tanah yang dicagar itu.. Untuk tahu kisah selanjutnya, kenalah tonton. Bila?

Setiap Jumaat, jam 9.00 malam di RTM 2.

Bagi yang terlepas tonton episod terdahulu, boleh tonton di My Klik


2 comments:

  1. susah nak cari ibu tiri baik camtu... kalau jumpa hargailah kan...

    ReplyDelete
  2. Realitinya,Sudah utk DPT IBU tiri yg baik,tp kalau dh DPT tp xjuga dihargai.malah diambil kesempatan. Apa pandangan semua

    ReplyDelete

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah