PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Tuesday, November 26, 2013

Perginya HERO


ASSALAMUALAIKUM

Lama juga Syeeda tak update blog, sekadar menziarah sahabat-sahabat di blog sahaja. Kelmarin seekor kucing berkaki dua yang menjadi perhatian rakyat Malaysia pergi buat selama-lamanya. Dahulu kisahnya menarik perhatian rakyat Malaysia tatkala kedua belah kaki hadapannya dipotong oleh manusia yg tak berperikemanusiaan yg akhirnya ada insan mulia merawat dan menjaga Hero, siapa lagi kalau bukan Papa Hero. Jom terjah blog PH kat SINI

Ehsan Berita Harian

Kematiannya Hero atau lebih mesra dengan panggilan ABAM IYO ni disebabkan oleh leukemia. Serius, sangat terasa dengan kehilangan abam iyo walaupun tak pernah berjumpa. Siapa yang ada kucing, yang pernah mengalami situasi kehilangan sebegini pasti tahu. Sedih sangat-sangat. 

Mesej yang nak disampaikan kat sini, sayangilah haiwan kerana mereka juga makhluk Allah yang berhak hidup dengan selesa di muka bumi ni. Jangan la dok aniaya depa noo. Serius sejak bela kucing ni, jiwa Syeeda rasa tenang sikit, bila stress tengok ja depa hilang stress. Ibarat satu terapi pulak. Tapi bila bab berebut nak makan, haishh sampai tangan kita digigitnya. Hahaa 

Biarpun abam Iyo dah xda, tapi semangat untuk terus membasmi kekejaman terhadap haiwan akan tetap berterusan. 

Ehsan Kaki Motong Fan Club
(Jom LIKE)

p/s : Sayangilah haiwan


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...