PAKAT-PAKAT MAI NA MELAWAT BLOG SYEEDA

Thursday, November 28, 2013

Karnival Ilmu 3P : Jom Pakat-Pakat Baca

ASSALAMUALAIKUM

Cewah, bila dengar ja ada karnival berkaitan buku-buku ni, rasa teruja ja. Padahal kalau beli, tak dibacanya pun. Haha Tak pela nanti-nanti kita baca ok. 


Bermula kelmarin, telah berlangsung Karnival Ilmu 3P (Pelajar-Pendidik-Penjaga) kat Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Samapi 1 Disember ni ok. Best ni, orang-orang Penang, jom pakat turun pi karnival ni. Bawalah anak-anak, adik-adik pi sana. Boleh la depa cari buku-buku revision dan bahan bacaan utk mengisi masa lapang masa cuti sekolah ni.

Karnival itu dianjurkan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Meneri (JPM), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia.

Tunggu apa lagi, Jom Pakat Pi dan Pakat-Pakat Baca. Tak rugi beli buku untuk dibaca, kerana buku tu medan untuk kita tambahkan ilmu. Proses pembelajaran bukan hanya sewaktu di sekolah ataupun semasa bergelar pelajar, tetapi ianya berterusan, sepanjang hayat.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...