ASSALAMUALAIKUM
Pagi minggu dah ada kerja nak buat. Bos mesej minta tolong bayarkan cukai pintu klien sebab dia tak sempat. Esok dah kena submit resit tu untuk loan bank klien. Fikir punya fikir tu kan sebahagian dari tugas kita. Apa salahnya tolong menolong ye idak. So, awal-awal pagi ajak ayah gerak ke majlis perbandaran sungai petani. Yela nak pi sendiri memang taklah. Haha Takkan bagi punya diberi kebenaran nek motor sampai sg petani..
Cari punya cari akhirnya jumpalah jugak bangunan mpspk tu. Ingatkan nak kena beratur panjang la. Entah pukul berapa la boleh bayar ni, mesti orang ramai kan. Tapi bila terpandang banner 'pandu lalu' untuk bayaran cukai pintu sahaja, syukur alhamdulillah. Lima minit selesai. Baguskan ada 'pandu lalu' ni. Mudah dan cepat. hihi
EHSAN PAK CIK GOOGLE
Jadi sempatlah patah balik pi beli ikan kat pekan ahad penaga. Ikan fresh baru naik dari laut. Terbaik. Dua kilo beli RM 16.00. Alhamdulillah dah pun sampai rumah.
p/s : Dapat pengalaman baru
wah dah ada drive tu...mcam mcd..tapi mesti mudah tak payah nak mati enjin,kunci pintu,cari parking..haha
ReplyDeletehihi.. memang best la byq cukai pintu tadi..
ReplyDelete