ASSALAMUALAIKUM SEMUA. SENYUM-SENYUM SELALU

Saturday, November 30, 2013

Belum Ada Rezeki

ASSALAMUALAIKUM

Baru berkesempatan nak mengarang pagi-pagi buta ni. Sunyi, xda ganguan gitu sekadar cengkerik menemani penulisan ni. Cewah padahal ada lagi bunyi kipas, tv masih kerja ot kat ruang tamu.. 

Apabila kita masih tak dapat sesuatu contohnya dah habis belajar masih tak dapat kerja, dah kerja dan dah bersedia untuk berkeluarga namun masih tak ketemu jodoh, ataupun dah berkahwin namun masih belum dikurniakan zuriat dan lain-lain contoh lagi kan.

Kadang-kadang tu mesti stress bila orang asyik dok tanya "ko bila nak kahwin?" "Eh dah dekat 10 tahun ko berniaga, takkan tak dapat projek besar lagi?".. Jadi, pernahkan anda diselubungi perasaan sedemikian? Hii

Ok tak moo stress ok. Ya, rezeki tu pasti ada. Cuma belum sampai waktunya kan. Jadi kena banyak sabar dan berdoa ok. Sini ada tips murah rezeki.


Ehsan Fb Ustazah

p/s : Debaran kian terasa. 


Friday, November 29, 2013

Slot Aurora : Cinta Pandang Kedua Adaptasi Novel Alaf 21

ASSALAMUALAIKUM

Drama adaptasi novel Alaf 21, CINTA PANDANG KEDUA karya LAILA KAMILIA akan menjelma di slot aurora tv9. 

ni novelnya (KLIK)

SINOPSIS DARI NOVEL

‘‘Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan!’’ Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.

Di sekolah, Zairul ‘prince charming’ sedangkan Ainnur si Ugly Betty. Beza mereka macam langit dengan bumi! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam. Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati lalu nekad bertukar sekolah.

Setelah bertahun lamanya masa berlalu…

Ainnur bertemu semula dengan Zairul di dalam sebuah syarikat. Dia menjadi ketua di bahagian itu manakala Zairul hanyalah sebagai budak penghantar surat.

Zairul tidak tahu bahawa gadis cantik yang menjadi bosnya itu adalah Ainnur Azleen yang pernah dikutuk dan dicaci suatu waktu dulu. Pertama kali berjumpa, dia terus jatuh cinta! Sanggup berkorban jiwa dan raga.

Aha, Ainnur mendapat idea! Inilah masanya untuk dia membalas dendam lama.

credit to : SINI

Dibintangi oleh : Izara Aisyah, Dazrin Kamarudin dan ramai lagi
Mulai : 5 Disember 2013
Jam : 8.30 malam
Di : TV9
Dalam Slot Aurora

KLIK SINI untuk menemui Laila Kamilia.

Selamat Menonton

Thursday, November 28, 2013

Karnival Ilmu 3P : Jom Pakat-Pakat Baca

ASSALAMUALAIKUM

Cewah, bila dengar ja ada karnival berkaitan buku-buku ni, rasa teruja ja. Padahal kalau beli, tak dibacanya pun. Haha Tak pela nanti-nanti kita baca ok. 


Bermula kelmarin, telah berlangsung Karnival Ilmu 3P (Pelajar-Pendidik-Penjaga) kat Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Samapi 1 Disember ni ok. Best ni, orang-orang Penang, jom pakat turun pi karnival ni. Bawalah anak-anak, adik-adik pi sana. Boleh la depa cari buku-buku revision dan bahan bacaan utk mengisi masa lapang masa cuti sekolah ni.

Karnival itu dianjurkan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Meneri (JPM), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dengan kerjasama Persatuan Penerbit Buku Malaysia.

Tunggu apa lagi, Jom Pakat Pi dan Pakat-Pakat Baca. Tak rugi beli buku untuk dibaca, kerana buku tu medan untuk kita tambahkan ilmu. Proses pembelajaran bukan hanya sewaktu di sekolah ataupun semasa bergelar pelajar, tetapi ianya berterusan, sepanjang hayat.


Tuesday, November 26, 2013

Perginya HERO


ASSALAMUALAIKUM

Lama juga Syeeda tak update blog, sekadar menziarah sahabat-sahabat di blog sahaja. Kelmarin seekor kucing berkaki dua yang menjadi perhatian rakyat Malaysia pergi buat selama-lamanya. Dahulu kisahnya menarik perhatian rakyat Malaysia tatkala kedua belah kaki hadapannya dipotong oleh manusia yg tak berperikemanusiaan yg akhirnya ada insan mulia merawat dan menjaga Hero, siapa lagi kalau bukan Papa Hero. Jom terjah blog PH kat SINI

Ehsan Berita Harian

Kematiannya Hero atau lebih mesra dengan panggilan ABAM IYO ni disebabkan oleh leukemia. Serius, sangat terasa dengan kehilangan abam iyo walaupun tak pernah berjumpa. Siapa yang ada kucing, yang pernah mengalami situasi kehilangan sebegini pasti tahu. Sedih sangat-sangat. 

Mesej yang nak disampaikan kat sini, sayangilah haiwan kerana mereka juga makhluk Allah yang berhak hidup dengan selesa di muka bumi ni. Jangan la dok aniaya depa noo. Serius sejak bela kucing ni, jiwa Syeeda rasa tenang sikit, bila stress tengok ja depa hilang stress. Ibarat satu terapi pulak. Tapi bila bab berebut nak makan, haishh sampai tangan kita digigitnya. Hahaa 

Biarpun abam Iyo dah xda, tapi semangat untuk terus membasmi kekejaman terhadap haiwan akan tetap berterusan. 

Ehsan Kaki Motong Fan Club
(Jom LIKE)

p/s : Sayangilah haiwan


Sunday, November 10, 2013

Oh Cukai Pintu

ASSALAMUALAIKUM

Pagi minggu dah ada kerja nak buat. Bos mesej minta tolong bayarkan cukai pintu klien sebab dia tak sempat. Esok dah kena submit resit tu untuk loan bank klien. Fikir punya fikir tu kan sebahagian dari tugas kita. Apa salahnya tolong menolong ye idak. So, awal-awal pagi ajak ayah gerak ke majlis perbandaran sungai petani. Yela nak pi sendiri memang taklah. Haha Takkan bagi punya diberi kebenaran nek motor sampai sg petani..

Cari punya cari akhirnya jumpalah jugak bangunan mpspk tu. Ingatkan nak kena beratur panjang la. Entah pukul berapa la boleh bayar ni, mesti orang ramai kan. Tapi bila terpandang banner 'pandu lalu' untuk bayaran cukai pintu sahaja, syukur alhamdulillah. Lima minit selesai. Baguskan ada 'pandu lalu' ni. Mudah dan cepat. hihi

EHSAN PAK CIK GOOGLE

Jadi sempatlah patah balik pi beli ikan kat pekan ahad penaga. Ikan fresh baru naik dari laut. Terbaik.  Dua kilo beli RM 16.00. Alhamdulillah dah pun sampai rumah.

p/s : Dapat pengalaman baru

Wednesday, November 6, 2013

Jalan Sehala


ASSALAMUALAIKUM

Lepas ni mai keja kena awai ok. Haha Motif? Jalan depan ofis syeeda dah nak jadi jalan sehala ok. Nampaknya kenalah ikut pusing jauh nak sampai ofis. Siap kena lalu pekan yang sesak tu. Adoi. Dah la tak biasa bersesak-sesak ni..haha


Jalan depan opis tu bertentangan dengan kawasan perumahan. Maybe bahaya kot buat two way. Tak tau pula sebab tak banyak sangat pun kenderaan ikut jalan tu. Aritu pasar malam kat jalan tu dah dipindahkan ke tapak pasar, kali ni nak buat one way pulak. Banyak sungguh perubahan.hii

Akak  kat opis siap bagitahu jalan lain yang ok sikit daripada kena berhadapan dengan 2 simpang yg sesak tu. Memang la naik motor senang nak lintas, tapi kita kena sentiasa beringat dan cari alternatif untuk elak terkandas dalam kesesakan. 

Hope dapat sesuaikan diri datang kerja ikut jalan lain.

p/s : Sudah mau cuti sekolah. Yeah..hii

 
Copyright 2020 Reserved to Syeeda Saniey Design By Cik Nurfarah