ASSALAMUALAIKUM
Rasa nak marah tak? Pantang orang buat salah sikit ja, mula la nak marah kan. Syeeda pun tak terlepas dari emosi yang tak berapa bagus ni. Tambah pula musim sakit gigi dah mai. Dari kelmarin dok berdenyut-denyut.
Jadi kat sini nak kongsi sikit tips kawal nafsu MARAH. Dalam Islam sendiri sudah mengajar cara kita nak mengawal marah antaranya:
- Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
- Berwuduk
- Berdiam diri dan istigfar
- Bawa bertenang dan tarik nafas
- Senyumlah kerna senyuman itu mampu meredakan tekanan. InsyaAllah.
- Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang
- Berfikiran positif
Jadi marilah kita belajar kawal perasaan marah. Kadangkala ia mampu melukakan hati orang lain tanpa kita sedar, yela dah tengah marah kan..hii Syeeda pun tengah belajar nak kawal kemarahan. Yela mai angin tak elok mula la nak marah-marah tak kira apa dah..haha
p/s : Ada lagi tips kawal perasaan marah? Jom kongsi ..
Btul2..marah ni kne kawal...jgn trlalu ikut prasaan
ReplyDeletenice tips :)
ReplyDeletejijah kalau marah mesti nangis.. huuu
ReplyDeletekadang-kadang tak dapat nak kawal :(
ReplyDelete